Thursday, 14 November 2013

Set Senggugut Shaklee - Cyst Ovary dan Fibroid Mimpi Ngeri Wanita



Senggugut setiap kali datang bulan tidak boleh dipandang remeh kerana ia mungkin tanda-tanda ada masalah pada sistem peranakan seperti sista ovari dan fibroid.

Masalah Ketumbuhan Sistem Peranakan Wanita

Sistem peranakan wanita terdiri daripada rahim, serviks, ovari dan rahim merupakan dua bahagian dalam sistem tersebut yang paling selalu mengalami gangguan seperti fibroid, "cyst" atau sista ovari dan adenomiosis.

Sakit senggugut yang melampau boleh dikatakan antara tanda seorang wanita mempunyai masalah serius pada sistem peranakan mereka.

Pakar Perunding Obstetik dan Ginekologi Hospital Pantai Ampang, Dr. Suhaimi Isa berkata, ada juga kes mereka yang mempunyai sista ovari atau fibroid tidak didatangi sebarang tanda ketara.

Kebanyakan pesakit hanya menyedari berlaku sesuatu yang abnormal terhadap sistem peranakan selepas melakukan ujian kesihatan seperti pap smear.

Menurut Dr. Suhaimi, gangguan sebegitu ada yang tidak memudaratkan seperti sista ovari yang bersaiz kecil setakat 3 sentimeter sahaja dan tidak memerlukan pembedahan.

Ada juga kes gangguan pada sistem peranakan itu berada pada tahap kronik sehingga pesakit dinasihatkan membuang sebelah ovari malah rahim.

Dr. Suhaimi menasihatkan wanita yang berusia 30 tahun ke atas dan aktif melakukan hubungan seksual membuat pemeriksaan pap smear secara berkala.

Mereka yang mengesan sebarang tanda pelik seperti kitaran haid tidak teratur atau darah haid yang banyak serta senggugut yang teruk juga digalakkan segera berjumpa dengan pakar sakit puan kerana ketumbuhan sebegitu boleh dikesan melalui imbasan CT atau ultrabunyi.

Berikut informasi berkenaan masalah di dalam ovari dan rahim.
Keadaan ovari yang mengandungi cyst 
Cyst teratoma mempunyai pelbagai sel manusia seperti sel rambut, gigi dan otak 
Ovari 

Ketumbuhan di dalam ovari adalah masalah yang paling sering berlaku kepada kebanyakan wanita. Setiap bulan, wanita yang sihat akan melalui kitaran menstruasi dan telur dikeluarkan daripada ovari untuk proses yang dinamakan ovulasi. 

Jika anda mula berdepan dengan haid yang tidak teratur atau sakit ketika datang haid atau tanda-tanda seperti bengkak dalam abdomen, berkemungkinan anda berhadapan dengan masalah ovarian cyst / sista ovari. 

Sista ovari merujuk kepada kantung cecair dalam ovari dan biasanya bersifat bernigna iaitu tumor yang tidak berbahaya. 

Serous Cystadenoma of Ovary - kandungannya air 
Air di dalam karung cyst
Jenis-jenis Cyst Ovari 

Ramai orang bingung tentang jenis-jenis cyst dalam kilang ovary, yang mana lebih berbahaya, malignant (jenis kanser), benign (bukan kanser), yang merosakkan benih dan peranakkan (endometriosis) dan yang boleh hilang tanpa rawatan (follicular cyst)

Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovari. Ia digelar cyst kerana tumbuhan ini mesti mengandungi cecair, sama ada air, cecair bercampur perotin, darah beku, darah haid, minyak dan lemak, lendir. Ia boleh disertai dengan tumbuhan daging yang mungkin jenis kanser, rambut, cartilage, tulang dan lain-lain. 

Jenis2 cyst ovari 
1. Follicular cyst 


Mengandungi air, bermula sebagai karung telur tetapi tidak pecah pada waktu subur / evolution, ia terus membesar kadang melebihi 5 cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya diserap badan. Tidak perlu dibedah. 

2. Corpus luteal cyst 


Bermula dari bekas kantung telur yang telah pecah dan kehamilan telah berlaku. Peranan corpus luteum ialah untuk menguatkan kehamilan diperingkat awal sebelum uri mengambil alih peranan tersebut kemudian. Kadang-kadang ia membesar sehingga 8 cm. Jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap badan. 

3. Hemorrhagic cyst


Cyst yang mengandungi darah, ia boleh bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, pendarahan berlaku ke dalam cyst atau pecah dan darah melimpah merata dalam perut menyebabkan kesakitan yang teruk. Perlu pembedahan cemas. 

4. Ruptured ovarian cyst 


Menyebabkan kesakitan dan perlu pembedahan cemas 

5. Endometriotic cyst of ovary 


Mengandungi darah kotor, merosakkan ovary, saluran fallopio dan rahim. Perlu dibedah. 

6. Dermoid cyst ovary


Terratoma mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage, gigi atau tulang. Perlu dibedah. 

Cara rawatan

Pembedahan pada sista ovari hanya disarankan jika saiznya melebihi 5 cm. 

Terdapat 2 kaedah untuk melakukan sistektomi (pembuangan sista) dan pembuangan tumor iaitu : 

1. Laparoskopi. Pembedahan dibuat dengan membuat tiga lubang kecil. Masing-masing satu untuk dimasukkan kamera dan dua lagi dimasukkan peralatan  untuk membuang sista ovari tersebut. 

2. Laparatomi. Merupakan pembedahan biasa. 

# RAHIM 
Menurut Dr. Suhaimi, dua masalah utama sering berlaku kepada rahim iaitu fibroid dan edenomiosis. Seperti sista ovari, majoriti pesakit tidak melalui sebarang simptom ketara dan hanya menyedari kewujudan masalah di rahim apabila menjalani pemeriksaan kesihatan. Namun, ada sesetengah pesakit berepan dengan simptom seperti darah haid berlebihan, tekanan pada pundi kencing seperti mahu kencing, sakit ketika melakukan seks atau perut membengkak dan besar. Bagi mereka yang mengalami edenomiosis pula, ada yang mendapat senggugut teruk. 

# FIBROID
FIBROID beraal daripada otot di dinding rahim dan ia turut digelar myoma. Punca berlakunya fibroid biasanya dikaitkan dengan kombinasi beberapa faktor termasuk genetik, hormon dan faktor persekitaran. Fibroid selalunya tidak menyebabkan masalah kesuburan kecuali pada kedudukan berhampiran bukaan saluran tiub fallopio (dikhuatiri menghalang laluan sperma) atau jika ia membesar ke dalam ruang rahim. Jika saiz fibroid hanya sebesar 2 hingga 3 cm, doktor tidak akan menggalakkan untuk membuangnya kerana ia tidak mengganggu sistem peranakan. Pemeriksaan perlu dilakukan untuk memantau pembesaran saiz serta tanda-tanda berkaitan. Tetapi, pembedahan akan disarankan jika ia terus membesar dan mengganggu kitaran haid sehingga menyebabkan pendarahan yang banyak. 

# ADENOMIOSIS
Ia seperti fibroid tetapi menembusi otot dan tumbuh di dalamnya lalu menyebabkan pendarahan yang teruk. Keadaan ini selalunya berlaku pada peringkat akhir waktu kesuburan wanita untuk melahirkan anak dan selepas seseorang wanita itu mempunyai anak. Simptom yang sering dialami pesakit yang menghidapi edenomiosis adalah senggugut yang teruk. 

# CARA RAWATAN
Sekiranya saiz fibroid melebihi 5 cm, myomektomi (pembedahan membuang fibroid) mungkin diperlukan. Bagi pesakit yang mempunyai edenomiosis, cara untuk membuang adalah dengan melakukan histerektomi (pembedahan membuang rahim) kerana ia telah tertanam di dalam rahim. Ubat tahan sakit hanya diberi jika wanita itu hampir menopaus kerana hormon estrogen hilang semasa menopaus, edenomiosis juga akan berakhir. 

Peka Dengan Tubuh Anda! 

KES 1
Norlia sering mengalami senggugut yang teruk. Oleh kerana menyangkakan ia hanyalah sakit biasa yang dialami oleh wanita setiap kali datang bulan, dia tidak pernah berjumpa dengan pakar sakit puan. Senggugut yang dihadapinya semakin lama semakin teruk disertai dengan darah haid yang lebih banyak daripada biasa. Akhirnya atas nasihat kawan, dia berjumpa dengan pakar sakit puan. Keputusan ujian itu ultra bunyi dan imbsan CT menyatakan terdapat adenomiosis pada rahimnya dan dia dicadangkan menjalani pembedahan membuang rahim. 

KES 2
Nabilah sudah berkahwin dan merupakan seorang wanita yang aktif. Kitaran haidnya sempurna dan tidak mengalami senggugut yang melampau. Atas kesedaran menjaga kesihatan, Nabilah menjalani ujian pap smear serta pemeriksaan kesihatan yang lain dan keputusan ujian menyatakan dia mempunyai sista di dalam ovarinya sebesar 5 cm. Atas nasihat doktor, dia menjalani pembedahan kaedah laparaskopi untuk sisstektami iaitu membuang sista itu kerana dikhuatiri memudaratkan. 

KES 3 
Fatimah mengalami sistem kitaran haid yang tidak tetap sejak pertama kali datang haid sehingga berusia 25 tahun. Oleh kerana risau dengan keadaannya, die bertemu dengan pakar sakit puan dan menjalani imbasan ultra bunyi. Fatimah kemudian menarik nafas lega kerana tiada masalah dengan sistem peranakannya, hanya mengalami ketidakstabilan hormon. 

Sumber : Pancasihat - kesihatan@utusan.com.my 

Bagaimana Shaklee boleh membantu wanita yang menghidapi cyst ovari?

Fungsi GLA Complex
Berikut merupakan testimoni daripada pengguna yang telah menggunakan GLA dari Shaklee. 














Saya merupakan pengedar Shaklee di Damansara, Sungai Buloh, Gombak dan Taman Tun Dr. Ismail. COD boleh dilakukan di kawasan-kawasan berikut.

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp : 012-2570456
Instagram : AmanieHassan

1 comment:

  1. ngerinya tengok gambar-gambar tu. anyway, info yang sangat berguna. tq
    http://tipsihatselalu.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...