Mata salah satu pancaraindera yang sangat penting bagi manusia kerana dengan matalah manusia dapat melakukan aktiviti rutin dan pekerjaan dengan baik. Walau bagaimanapun, tidak semua manusia dapat menikmati nikmat ALLAH yang satu ini. Oleh itu, mata perlu dijaga dengan sebaik mungkin untuk mengelakkan daripada dijangkiti daripada kuman yang berbahaya.
Bagi yang rabun, sekarang sudah ada rawatan lasik untuk merawat rabun seperti yang dilakukan oleh Prof. Dr. Muhaya. Bagi yang belum mengalami masalah mata, cuba amalkan pemakanan yang betul untuk penjagaan mata supaya tidak menjadi sudah terhantuk baru tengadah.
Berikut saya senaraikan beberapa makanan untuk penjagaan kesihatan mata.
1) Lobak Merah
- Ramai sedia maklum lobak merah mengandungi betacaotene (vitamin A dan nutrien yang diperlukan untuk kesihatan), lycopene (nutrien untuk melindungi sinaran UV pada mata) dan lutein (nutrien untuk melindungi kerosakan pada radikal mata). Jadi, sekiranya belum dan sudah ada masalah dengan mata, amalkan menambah lobak merah dalam pemakanan seharian.
2) Bawang Putih dan Bawang Merah
- Selain menjadi pelengkap dalam masakan, ia mampu mengeluarkan glutation iaitu sejenis sulfur yang berfungsi sebagai antioksidan untuk mata.
3) Teh
- Selain menjadi kegemaran ketika breakfast dan tea break, teh sebenarnya mencegah daripada penyakit katarak. Kajian telah menunjukkan bahawa teh berupaya mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Malah, pakar turut menjelaskan sekiranya saluran darah di sebalik mata terlalu banyak maka ia boleh mengakibatkan kebocoran darah yang mana cecairnya boleh menyebabkan masalah bintik buta.
4) Kacang Walnut
- Sebagai satu langkah untuk mengelakkan radang mata kerana kaya dengan sumber omega-3, vitamin E dan kandungan antioksidan yang mampu menghasilkan nutrisi yang baik terhadap mata.
5) Tomato
- Kandungan dua nutrien penting di dalamnya iaitu lycopene dan lutein dikatakan berupaya mencegah penyakit kanser mata
6) Kacang soya
- Kacang soya bukan sahaja baik untuk kulit malah ia juga membantu melindungi mata dari kering. Produk-produknya seperti kicap dan tempe mengandungi bahan antioksidan yang tinggi iaitu isoflavon. Bahan tersebut membuatkan mata sentiasa lembap dan bercahaya.
Perbezaan Carotomax Shaklee
- Pengambilan purata karotenoid lutein, likopena, and beta karotena adalah hanya 8mg. CaratoMax membekalkan lebih 13mg (21,500IU) karotenoid berfaedah ini.
- CaratoMax baru ini mengandungi 6 varieti karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidant seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dll. Ahli Nutrisi mencadangkan pengambilan 5 – 9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena di dalam darah. seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.
Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.
Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :
Your Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 1003214
E-mail : vitaworldshop@gmail.com
Web : akudanvita.blogspot.com
FB : Noor Amanie
FB Page : Vita World Shop
Call/SMS/Whatsapp : 012-2570456
Instagram : @amaniehassan
No comments:
Post a Comment