Saturday, 17 October 2015

Doa dan Amalan Ketika Hamil Untuk Diamalkan

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah hari ni dah 10 minggu usia kandungan saya. Next check up ialah 29/10 nanti. Alhamdulillah segalanya masih okay lagi. Cuma ada beberapa symptoms lah macam breast tenderness, nipple soreness, sometimes perut cramps, dan sakit tulang bontot especially bila nak rukuk. Yang teruk2 macam morning sickness, pening, rasa nak pitam, hidung berhingus tu takdelah. Alhamdulillah. 


Saya nak share beberapa amalan dan doa yang saya amalkan sejak disahkan mengandung. Banyak sebenarnya amalan, doa dan zikir yang boleh dibuat. Tapi antara buat dan tak terbuat je la kan. So saya pilih beberapa amalan dan cuba untuk konsisten tanpa sebarang miss la.. 

Baca Quran. Surah yang saya amalkan ialah : 
  • Yusuf (untuk dapat anak yang baik rupa dan juga baik akhlak) 
  • Maryam (untuk mudah bersalin dan anak yang baik dan taat) 
  • Luqman (untuk dapat anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa) 
  • Al-Hujurat (untuk memperbanyakkan susu ibu) 
  • Yaasin (untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan dan maksiat) 
  • Khatam Al-Quran. (sepanjang tempoh kehamilan selama 9 bulan 10 hari insyaAllah sempat) 
Nampak macam banyak kan. Cara saya, Lepas zohor baca surah Yusuf. Surah yusuf panjang sikit so saya baca sikit2 dalam 2-4 mukasurat, lepas tu sambung baca quran macam biasa. Selebihnya surah Yusuf baca esok. Lepas asar pulak baca surah Maryam. Tak panjang sangat so boleh terus habiskan. Surah Luqman dengan Hujurat tu saya baca sekali sebab pendek je. Biasa saya baca lepas solat maghrib. Dah habis baca Hujurat dengan Luqman, ambil Yaasin dan baca kat ruang tamu sementara tunggu masuk waktu Isyak. Lepas Isyak, baca Quran macam biasa, biasanya saya baca 2 mukasurat. 

Doa yang spesifik untuk anak dalam kandungan. Doa ni saya tulis dekat sticky note dan tampal dekat al-Quran di helaian pertama. Ni doa yang saya amalkan 

Ya Allah, peliharalah anakku ini semasa ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkau yang menyembuhkan dan tidak ada penyembuhan melainkan penyembuhanMu yang tidak meninggalkan penyakit. 
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah didalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu. 
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. 
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. 
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan bekat Nabi Muhammad saw dan segala puji Allah SWT Tuhan Semesta Alam. 
Lepas tu sambung baca doa dari surah Al-Hijr ayat 97-99 untuk elakkan keguguran bayi, dan ayat an-nahl ayat 78 untuk mudahkan bersalin. 

Lepas tu amalan lain macam biasalah 
  • Cakap dan fikir yang baik2
  • Selalu senyum 
  • Elakkan terlalu tertekan dan stress 
  • Jaga hubungan suami, keluarga dan orang sekeliling 
  • Banyakkan berjalan atau buat kerja rumah yang ringan2 untuk mudahkan proses bersalin 
  • Makan dan minum yang berkhasiat, baik dan halal. 
  • Elakkan makanan yang berbahaya seperti nanas, tebu, kafein, tapai, dll 
  • Jaga apa yang kita baca, tengok, cakap dan dengar 
  • Berborak2 dengan anak dalam perut 
  • Konsisten pengambilan vitamin sepanjang kehamilan 
Okay tu je yang saya nak share harini. Semoga ianya bermanfaat untuk saya dan juga ibu2 di luar sana. Kita sebagai ibu pastinya inginkan yang terbaik untuk anak2 kita kan. Apa yang kita boleh buat, berusaha, berdoa dan bertawakal. Segalanya milik Allah SWT. 

Sepanjang kehamilan, saya consume set kehamilan shaklee. Alhamdulillah doctor pon akui produk Shaklee bagus dan suruh saya teruskan macam biasa. Yang ni insyaALLAH saya kongsikan di entry yang lain. 

Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Shaklee Independent Distributor 

Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 012-2570456
Instagram : @amaniehassan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...