Sunday, 25 October 2015

12 Makanan Tinggi Serat Untuk Kurus

Assalamualaikum.. 

Salah satu tips untuk penurunan berat badan adalah dengan mengambil makanan berserat. Makan berserat terdiri daripada 2 iaitu serat larut dan juga serat tidak larut. Serat banyak boleh didapati dalam buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan juga kekacang. 


Serat yang paling baik ialah serat larut yang berfungsi untuk mempercepatkan lagi proses perkumuhan dalam usus besar manusia. Badan manusia tidak mempunyai apa2 enzim untuk mencernakan serat sebagai sumber tenaga. Maksudnya serat tidak menyumbangkan tenaga, kalori dan tidak menggemukkan. 

Bagaimana pentingnya serat dalam diet? 

  • Ia mampu mengurangkan nafsu makan kerana memberikan kira rasa kenyang
  • Memerlukan kita mengunyah dengan lebih banyak. Jadi kita akan lebih menimati makanan lebih lama daripada biasa
Apa makanan yang tinggi serat tu? 

1) Oat 
Mengandungi campuran kedua2 serat iaitu serat larut dan serat tidak larut. Mengandungi beta glucan yang memberikan kesan penurunan berat badan dengan cepat 

2) Betik 
Melancarkan proses pembuangan dan mengelakkan sembelit 

3) Berries 
Berries merupakan sumber serat yang terbaik kerana mengandungi 8 hingga 10gram serat untuk setiap 1 cawan hidangan 

4) Makanan berdaun hijau 
Seperti  bayam, bit hijau dan juga sawi mengandungi 4 hingga 5gram serat untuk 1 cawan hidangan 

5) Jagung 
Makanan yang tinggi dengan antioksidan. Setengah cawan hidangan membekalkan 2gram serat. 

6) Avocado 
Melancarkan sistem pencernaan dan juga mengelakkan masalah sembelit. Untuk setiap 100gram hidangan mengandungi 2.2gram serat 

7) Brokoli 
Antara makanan yang mampu mencegah kanser. 1 cawan brokoli mengandungi 5.5gram serat. 

8) Epal
Antara buah yang boleh dimakan dengan kulit. Jangan kupas kulitnya kerana disitulah tersimpanya nutrisi. 1 cawan hidangan epal mengandungi 4.4gram serat 

9) Pear
Hampir sama dengan epal. Buah yang boleh terus dinikmati tanpa dikupas kulitnya. 1 cawan hidangan mengandungi 5.5gram serat 

10) Tomato 
Buah yang mampu mencegah kanser prostat. So lelaki2 dan abang2 sado boleh consume setiap hari. Setiap 100gram tomato mengandungi 4.2gram serat 

11) Mangga 
Kandungan gizi dalam mangga bermanfaat untuk menguatkan daya tahan badan, mengurangkan dehidrasi, melancarkan saluran pencernaan dan mencegah sembelit. Setiap 100gram mangga mengandungi 1.6 gram serat. 

12) Kacang hitam 
Mengandungi flavonoid iaitu sejenis antioksidan yang kuat. 1 cawan hidangan mengandungi 15gram serat. Digalakkan untuk banyakkan minum air 


Jangan lupa untuk masukkan set kurus shaklee dalam rutin diet harian untuk mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan berlaku dengan cara yang selamat dan berkesan. 



Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Trusted Healthy & Beauty Consultant

Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 012-2570456
Instagram : @vitaworldshop1

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...