Assalamualaikum...
Hye semua... Harini saya nak share pengalaman pertama saya berjumpa dengan gynae untuk scan baby. Gynae perempuan Islam tau.. Sebenarnya agak susah sebenarnya nak dapatkan gynae perempuan Islam walaupun banyak hospital dalam Malaysia ni. Banyak juga yang kami survey sebelum buat keputusan untuk berjumpa dengan Doctor Arifah di Tropicana Medical Centre. Antaranya Prince Court, KPJ Tawakkal, Puswari, Pantai Hospital Kuala Lumpur, KPJ Damansara dan beberapa lagi.
Asalnya kami dah buat appointment dengan Doctor Seri Suniza di Prince Court, tapi 2 hari kemudian tu pihak hospital call balik katanya date yang saya sepatutnya jumpa pada 9/10/2015 tu tak boleh pulak sebab katanya Doc Seri hanya available pada Jan 2016! nahh... Dah pening nak kena survey balik mana nak cari gynae perempuan Islam yang available lagi nih. End up nya kami pilihlah Doc Arifah.
Doctor Arifah muslimah orangnya. Berbudi bahasa, sopan santun dan tahu comfort patient. So far 9 weeks pregnancy ni saya masih macam biasa. Mengidam tak selalu sangat, morning sickness takde.. kalau ada pon 1-2 kali dalam 2-3 minggu. Allergy makanan pon tak teruk sangat. Kalau ada pon dalam seminggu dua camtu haritu saya tak boleh makan nasi. So doctor kata Alhamdulillah saya boleh dikatakan terlepas ujian pertama. Pregnant ni banyak ujian katanya. Kalau pass ujian pertama, mungkin nanti second trimester kena uji skit, kalau takde mungkin nanti nak bersalin susah sikit. So kena banyakkan berdoa, banyakkan solat wajib solat sunat, dan banyakkan macam2 lah katanya. Maksudnya doctor bukanlah nak menakutkan kita, tapi bagi notice awal2 supaya kita bersedia fizikal dan mental untuk menghadapi unexpected situation. So, saya dengan husband agak puas hati jugaklah.
Free gift Tropicana Medical Centre |
Ni free gift yang saya dapat lepas first appointment aritu. Kos dalam rm290 sebabnya tu first visit saya kat situ. Dan kos tak termasuk vitamin sebab saya dah consume set pregnancy shaklee untuk pregnancy saya kali ni.
Untuk kos delivery pulak lebih murah dari Prince Court sebenarnya. Saya detailkan seperti dibawah.
1) Normal Delivery
- RM4000.00 TO RM5000.00
- 2 DAYS 1 NIGHT
- 4 BEDDED
- INCLUDING DELIVERY SUITE ROOM
- DOCTOR'S FEE (OBSTETRICIAN)
- ADDITIONAL EPIDURAL (APPROXIMATELY) = RM800.00 TO RM1000.00
2) CAESAREAN SECTION
- RM6000.00 TO RM10,000.00
- 3 DAYS 2 NIGHTS
- 4 BEDDED
- INCLUDING OPERATION THEATRE
- DOCTOR'S FEE (OBSTETRICIAN, ANAESTHETIST)
Okay untuk harga tu, harga untuk single bed. Kalau pilih 4 bedded, harga die lebih murah. Pastu doc kata, die tak galakkan mommies berlama-lama kat hospital tu. Kalau mommies dan baby takde masalah, second day tu dah boleh balik. Bukan sebab apa, taknak kos tinggi la. Tapi kalau mommies and husband decide untuk stay longer untuk berehat bersenang lenang, its depend on patient la. Asalkan ada duit nak bayar.. hehehe
Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.
Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :
Your Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 1003214
E-mail : vitaworldshop@gmail.com
Web : akudanvita.blogspot.com
FB : Noor Amanie
FB Page : Vita World Shop
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 012-2570456
Instagram : @amaniehassan
No comments:
Post a Comment