Friday, 16 October 2015

Review Percutian Ke Avani Sepang GoldCoast Resort

Assalamualaikum.. 

Cerita pasal bulan lepas punya kejadian. Husband bagi surprise bermalam kat Avani Sepang GoldCoast. Alkisahnya 4-5 bulan lepas lagi kot kami plan nak pegi sini tapi tak terpegi2. So end up husband buat surprise. Hari Sabtu beli tiket, hari Ahad pergi. Dahlah jerebu teruk tau masa tu.. hahaha. Dia kata masa beli tiket tak ingat la plak pasal jerebu. ngeeehh 

Pintu masuk 
Restoran
Check in sepatutnya pukul 3 petang. Tapi sampai sana hampir pukul 4 petang kot. Dengan tak breakfast and lunch lagi. So sampai je terus check in, zohor (tak cukup 90km so tak boleh jamak) pastu terus lah ke restoran ni pegi makan. Time ni dah lapar sangat tak boleh nak cakap. 


Ni saya punya makanan. Mee kari Nyonya kot nama die. Husband makan nasi goreng ayam. Saya order air ice lemon tea and hudband minum orange juice. Total RM80.50!!!! terkejut gilaks.. tapi tulah sape suruh tak alas perut dulu kan.. kan dah kono.. 

Malam tu kami pegi cari kedai makan kat luar. Kat tepi2 pantai tu ada banyak kedai mostly seafood lah. 


Makan malam kedai tu ada bakar2. so boleh pilih nak makan apa nak masak macam mana. Sebab kami berdua je kami pilih ikan pari bakar, udang masak butter, pepahat masak sambal dengan ikan bawal masak sweet sour. Total RM50.. Makan sampai nak pecah perut baru 50 hengget.. 


Bilik aritu lupa nak snap picture. So google je lah. Lebih kurang macam ni lah bilik kami aritu cuma bezanya katil tu king size and ada kelambu. hahaha Katil, comforter, quilt cover, bantal memang best. Macam taknak bangun je rasa. 


Ni view dari balkoni bilik. Kami dapat bilik 907. Belah atas.  Agak gayat lah jugak. Handphone memang kene careful lah kalau tak titanic la jadinya. Total bilik untuk 2 days 1 night lebih kurang RM650. Tak ambik breakfast beza RM70. 



Dari entrance nak ke bilik kami naik trem. Memang die prepare. Basikal pon ada. Boleh naik free dan boleh sewa. Untuk parking, kalau taknak parking valley boleh parking kat tempat disediakan tapi agak jauh. Tapi dont worry sebab dorang jugak sediakan van untuk hantar dan ambik kita dari hotel ke parking park. Staf? Seriously sangat friendly dan baik. 

Ni kat bawah bilik kami. Time ni nak balik dah. 

Kesimpulannya, this is first and the last time kami datang sini. huhu Nothing special. Walaupun hotel 5 bintang. Paling mengecewakan ialah breakfast. Tak banyak choice, tak refill, quality makanan tak terjaga. The main reason husband bawak sini nak suruh saya makan banyak banyak2 and banyak choices sebab time ni perut dengan tekak tengah tak betul. Mabuk2 pembawakan lagi. huhu Kat restoran dan kat bilik ada lalat. Nak makan berebut ngan lalat sapa nak masuk mulut dulu. Yerks 


2months preggy mommy says goodbye. Experience. Bubye Avani. I dont wanna see u again. hahaha 


Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Shaklee Independent Distributor 

Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 012-2570456
Instagram : @amaniehassan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...