Sekarang ramai yang menghabiskan duit beribu-ribu untuk kecantikan kulit. Suntikan dan pembedahan menjadi jalan singkat yang mudah dan cepat untuk menjadi cantik dalam masa yang singkat. Sedangkan banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk mencantikkan kulit dengan lebih mudah, murah dan menjimatkan serta tidak mendatangkan masalah untuk jangka masa panjang. Syaratnya, mestilah rajin, berdisiplin dan konsisten dengan amalan tersebut.
Hari ini saya ingin kongsikan kebaikan yogurt dalam memberikan kecantikan secara semulajadi kepada kita. Selain daripada murah dan mudah untuk didapati, yogurt sangat mujarab dalam merawat pelbagai jenis masalah kulit dan rambut. So let's check it out.
1) Kulit Lebih Halus
- Bagi mereka yang mengalami masalah kulit kusam dan kasar, amalkan bermasker yogurt 2-3 kali seminggu. Biarkan selama 10 minit, kemudian bersihkan dengan air suam. Hasilnya, wajah akan cerah, lembut dan berseri.
# Untuk kesan yang lagi hebat dan terbaik, campurkan plain yogurt dengan sedikit ESP Shaklee. Kesan yang lagi cepat dan memuaskan.
2) Atasi kulit terbakar
- Terlalu lama terdedah kepada cahaya matahari akan menyebabkan kulit terbakar atau sun burn. Kesannya kulit akan merah dan menggelupas. Untuk merawatnya kembali, campurkan yogurt dengan minyak pati bunga chamomile. Gaulkan sebati dan sapukan di bahagian yang terbakar.
3) Bantu Kecutkan Jerawat
- Jerawat adalah masalah kulit yang biasa dihadapi oleh semua termasuklah golongan lelaki. Untuk mengatasi masalah ini, bersihkan wajah, dan sapukan yogurt dengan nipis di bahagian berjerawat. Biarkan 30 minit, kemudian bilas dengan bersih. Jerawat akan beransur pulih dan kulit tiada masalah parut jerawat.
4) Lebih Cerah Sekata
- Campurkan yogurt dengan pati lemon dan sapukan di bahagian leher dan wajah. Lakukan 3 kali seminggu dan pasti puas hati. Tak caya sila cuba ya..
5) Rahsia Awet Muda
- Semakin bertambah usia, maka akan kelihatanlah garis-garis halus petanda usia semakin meningkat. Tapi, jangan gabra terus suntik sana sini untuk kasi tegang, tapi gunalah cara yang mudah dan jimat. Gaulkan yogurt dengan minyak zaitun dan jadikan masker. In Sha ALLAH parut, garis-garis halus akan beransur hilang dengan sendirinya.
6) Buang Sel Kulit Mati
- Ayuh manfaatkan yogurt untuk dapatkan kulit tubuh yang halus dan lembut. Caranya parutkan timun dan campurkan dengan yogurt. Sapu diseluruh wajah dan tubuh. Biarkan selama 15-30 minit, gosok perlahan-lahan untuk tanggalkan ramuan ini. Ia akan membuang sel kulit mati dan jadikan kulit lebih lembap.
7) Rambut Lebih Cantik, Sihat dan Bersinar
- Yogurt mengandungi banyak khasiat seperti kalium, protein dan vitamin D. Kandungan mineral ini akan membuatkan rambut lebih sihat dan bersinar. Yogurt mampu mengatasi masalah rambut seperti bercabang, kering dan kasar. Caranya lumurkan yogurt pada rambut, kemudian bungkus atau balut kepala dengan tuala. Perap selama 15-20 minit kemudian bilas dengan bersih.
# Boleh juga gunakan revitalizing shampoo dan conditioner dari Shaklee untuk mengurangkan masalah keguguran rambut.
Saya merupakan pengedar Shaklee di Damansara, Sungai Buloh, Gombak dan Taman Tun Dr. Ismail. COD boleh dilakukan di kawasan-kawasan berikut.
Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :
Your Shaklee Independent Distributor
Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :
Your Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 1003214
E-mail : vitaworldshop@gmail.com
Web : akudanvita.blogspot.com
FB : Noor Amanie
FB Page : Vita World Shop
Call/SMS/Whatsapp : 012-2570456
Instagram : AmanieHassan
No comments:
Post a Comment