Friday, 11 April 2014

Kenapa Supplement Tidak Berkesan?

kenapa supplement tidak berkesan

Perkara biasa yang akan saya dapat daripada bakal pembeli saya ialah "berapa lama nak tengok perubahan?", "lama tak hasilnya?" "kalau skip takpe ke?" dan macam-macam lagilah. Manusia memang tak boleh lari dari gelojoh, tak sabar dan terburu-buru. Kalau boleh ambil suppelement hari ini, esok dah nak dapat kesan yang luar biasa. Ada ke supplement yang memberi kesan macam tu? Jawapannya takda, melainkan dadah.

Ada juga mereka yang mengambil makanan tambahan a.k.a supplement kecewa dan tidak berpuas hati walaupun telah mengambil pelbagai jenis supplement. Kita disarankan untuk makan supplement secara konsisten selama 3 bulan untuk mendapatkan kerasian dengan tubuh badan kita. Ada juga yang langsung tidak mendapat kebaikan dari supplement walaupun dah berbulan-bulan mengambil supplement. Apakah puncanya? 

1. Pandang remeh pengambilan air kosong 
  • Memang sangat susah untuk biasakan diri untuk minum air putih. Kalau boleh nak air yang berperisa je. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Pengamal vitamin disarankan untuk mengambil banyak air putih supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik dan lebih cepat. 
2. Makan vitamin secara banyak pada 1 masa
  • Hal ini akan menyebabkan kepekatan darah kita pada masa-masa tertentu. Terutamanya pada waktu malam ketika hendak tidur. Sedangkan pada waktu itu adalah waktu untuk tidur dan akan kurang minum air. Jadi, cuba agihkan pengambilan vitamin mengikut masa yang sesuai untuk elakkan peningkat darah berlaku secara mendadak pada satu-satu masa. Paling penting, buah pinggang tidak terlalu dibebani pada masa tertentu. 
3. Mengambil vitamin dengan ubat
  • Elakkan mengambil vitamin dengan ubat sekaligus. Ini kerana darah akan bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Jadualkan pengambilan vitamin dan bahagiakan mengikut masa dari pagi hingga malam. Jika perlukan ubat hospital, jarakkan masa 1-2 jam selepas mengambil ubat barulah ambil supplement. 
4. Mengambil kafein dalam diet harian 
  • Tahukah anda, pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin sedia ada dalam badan. Jadi, pengambilan kafein secara kerap hanya akan membazirkan vitamin yang diambil. Jadi, hasil daripada pengambilan supplement tidaklah seperti yang diharapkan. 
5. Pantang larang 
  • Pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama susu kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Vitamin E dan GLA tidak boleh diambil bersama Alfalfa kerana Alfalfa akan mengganggu penyerapan vitamin E dalam badan. Bagi ibu yang mengandung tidak boleh mengambil alfalfa kerana berisiko mengakibatkan keguguran di awal kehamilan. 
Ini adalah punca utama kenapa pengambilan vitamin tidak berkesan bagi sesetengah orang. Bagi mereka yang membeli dengan saya, saya akan berikan panduan, tips dan cadangan yang terbaik untuk mendapatkan kesan terbaik seperti yang diimpikan. Harga bukan ukuran, kerana hasil yang diperlukan. 

Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Shaklee Independent Distributor 

Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp : 012-2570456
Instagram : @amaniehassan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...