Tuesday, 19 November 2013

Keajaiban Airmata


Assalamualaikum semua. 
Entry kali ni saya nak sharing info pasal airmata. Airmata tu menangis la kan. hihi. Menangis tu ada banyak sebab. Ada yang menangis sebab sedih, ada yang sebab gembira, ada yang berduka lara, kadang2 rindu orang yang jauh dimata pun boleh menangis jugak kan. Tambah2 orang perempuan, hati yang sangat lembut dan senang sangat nak nangis. Ramai yang tak tahu hebatnye nilai setitik airmata. Semua benda yang tuhan ciptakan atas dunia ni tak sia2 ciptaanNYA. Pasti ada keajaibannya yang tersendiri. So, jom kita ungkap apa keajaiban airmata. *bahasa tinggi betul* kekeke

Keajaiban Airmata 

1. Membantu Penglihatan 
Airmata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah hidrasi pada mata yang boleh membuat penglihatan kabur. 

2. Membunuh bakteria 
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibiotik. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria2 yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit. 

3. Meningkatkan Mood 
Seseorang yang menangis boleh  menurunkan kadar emosi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24% protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisma tubuh berbanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata. 

4. Mengeluarkan racun 
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah faham, keluarnya air mata beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan dari mata

5. Mengurangkan stress 
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi. 

6. Membina komuniti 
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang untuk bangun dengan semangat dan azam baru. Biasanya seseorang akan menangis setelah menceritakan masalahnya kepada kawan2 atau seseorang yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang. 

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam masalah dan ujian, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran dengan menangis. 

So dah tahu kan hebatnya ciptaan tuhan atas manusia ni. Sesungguhnya manusia ialah sebaik-baik ciptaan. Bagi yang takde kawan untuk mengadu, atau masalah terlalu complicated untuk diluahkan, menangislah. Menangis juga merupakan satu terapi diri. Tapi jangan la xde pape masalah tibe2 nak nangis pulak. Haa kalau yang tu memang betul2 masalah.. hahaha.. ok lah, kita berjumla lagi di entry yg akan dtg ok.. Bubye dan assalamualaikum. have a nice day. ;) 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...