Saturday, 23 November 2013

Panduan Mengurut Bayi

panduan mengurut bayi

Urutan adalah satu daripada cara ibu berkomunikasi dengan bayi mereka. Urutan juga mampu merangsang pengeluaran hormon serotonin yang juga dikenali sebagai terapi gembira yang membantu melega dan memberi ketenangan kepada bayi.

Kajian menunjukkan bahawa urutan bayi dengan cara betul memberi banyak kesan positif, termasuk menggalak interaksi antara ibu bapa dan bayi. Namin untuk melakukan urutan pada bayi perlu tahu caranya. Ini adalah apa yang ibu perlu lakukan. 

Persediaan 
  1. Pastikan keadaan selesa dan tenang 
  2. Suasana bilik senyap dan sederhana panas kerana bayi mudah berasa sejuk. Letakkan bayi di atas permukaan yang lembut dan selesa 
  3. Gunakan minyak bayi bagi mengurangkan geseran pada kulit bayi yang halus. Gosokkan kedua-dua tangan bagi mendapatkan rasa hangat. 
  4. Sebilangan bayi lebih suka diurut waktu pagi, sementara yang lain selepas mandi ataupun sebelum waktu tidur. 
Cara Urutan 

1. Muka
Gunakan ibu jari anda dan buatkan isyarat senyuman pada bahagian atas bibirnya, kemudian di bawah bibir bayi. Ulang tiga kali. 

2. Dada 
Menggunakan kedua-dua tangan yang diletakkan di tengah dada batyi, tolak keluar ke arah tepi dan mengikut susunan tulang rusuk. Tanpa beralih tangan daripada badan dan bayi, gerakkan tangan di sekeliling mengukit bentuk hati sehingga bahagian tengah. 

3. Tangan 
Pegang tangan bayi sampai bahagian bahunya dengan kedua belah tangan. Kemudian usaplah lengan dengan bergerak ke atas dari bahu membawa ke arah pergelangan tangan dan rentak diselang-selikan. Pada masa yang sama picit dengan lembut. 

4. Kaki 
Pegang kaki bayi dan pusingkan dengan kedua belah tangan bergerak ke arah bertentangan. Pada masa yang sama, picit dengan lembut. Kemudian, dengan memegang kedua-dua kaki, buat gerakan seperti menggulung dari lutut ke buku lali 

5. Perut 
Menggunakan hujung tangan, lakukan gerakan mendayung pada perut bayi, berselang seli tanga, seolah-olah anda sedang menyodok pasir ke arah diri sendiri. 

Buatkan gerakan separa bulat dengan tangan kanan anda,dari kiri ke kanan. Kemudian buat gerakan bulatan penuh hala mengikut pusingan jam dengan tangan kanan. Ketika tangan kanan anda bergerak di atas, tangan kiri anda di bawah, lakukan satu pusingan bulatan mengikut hala songsang jam dengan tangan kanan anda. 

Menggunakan hujung jari, buat gerakan berjalan di atas perut bayi anda dari kiri ke kanan. Anda mungkin terasa gelembung udara bergerak-gerak di bawah bayi anda. 

6. Bahagian Belakang
Letak bayi dalam keadaan tertiarap dengan kepalanya ke sisi. Mulakan dengan bahagian atas belakang, bersudut tegak pada tulang belakang. Gerakkan tangan anda dari depan ke belakang, pada arah bertentangan, membawa ke bahagian punggung, kemudian naik ke bahu. 

Kelebihan Mengurut Bayi 
  1. Membantu merangsang pembesaran fizikal bayi 
  2. Menguatkan ketahanan tubuh badan 
  3. Mmebina keyakinan diri 
  4. Melancarkan perjalanan darah dan memperbaiki sistem penghadaman 
  5. Membantu memudahkan bayi tidur 
  6. Merangsang aliran oksigen dalam badan
  7. Membantu perkembangan fungsi otot 
  8. Meredakan kesakitan apabila demam 
  9. Memudahkan penyingkiran bahan toksik 
  10. Merangsang perkembangan fizikal dan psikologi 
  11. Mmebuatkan bayi rasa tenang dan selesa 
  12. Mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi 
Tips Hentikan Sendu Bayi 
  1. Ubah posisi menyusu untuk membatasi jumlah udara yang ditelan bayi 
  2. Sendawakan bayi agar udara berlebihan di perutnya boleh keluar 
  3. Urut punggung bayi untuk menenangkannya 
  4. Susu bayi secara berkala dan berhentikan menyusuinya jika bayi masih sedu. Jika diteruskan, bayi akan muntah. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...