Wednesday 13 November 2013

Merawat Anemia - Bahaya Anemia Ketika Mengandung

shaklee pregnancy set

Wanita hamil mempunyai risiko tinggi untuk menghidap anemia. Antara 20-80 peratus daripada wanita yang tinggal di negara membangun boleh diserang oenyakit ini. Sementara negara-negaea maju eanita-wanita hamilnya tidak mengalami risiko yang besar iaitu dianggarkan 5 perauts sahaja. Perbezaan itu mungkin disebabkan pemakanan yang mencukupi, bilangan anak yang sedikit, penggunaan pil perancang kehamilan dan sebagainya. 

Sewaktu hamil, wanita memerlukan lebih banyak sumber makanan berasaskan besi bagi menampung keperluan zat tersebut. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan afar setuao ibu hamil mengambil di antara 1 mg hingga 15mg setuao hari iaitu 1000mg sepanjang tempoh kehamilan. 

Punca Anemia 

Terdapat 2 faktor utama yang menyebabkan ibu mudah menghidap anemia. Faktor yang dimaksudkan ialah : 
  1. Pembentukan sel darah merah kurang akibat kekurangan zat besi dan asid folik 
  2. Kadar kerosakan sel darah merah yang berlebihan seperti thalassemia
Tanda-tanda Anemia
  • Kulit dan tapak tangan pucat 
  • Jantung berdegup laju tanpa aktiviti berat 
  • Cepat letih 
  • Sesak nafas 
  • Sakit dada 
  • Kerap merasa pening
  • Anggota badan berasa sejuk dan kebas 
Bahaya Anemia Kepada : 

1. Ibu
  • Risiko keguguran 
  • Bersalin awal 
  • Kematian janin dalam kandungan 
  • Tumpah darah semasa dan selepas bersalin 
2. Janin 
  • Bayi kurang berat ketika lahir (kurang 2.5kg)
  • Kelahiran tidak cukup bulan (pra-matang)
  • Lemas semasa lahir 
  • Pertumbuhan bayi terbantut
Kematian Bayi Disebabkan Kurang Oksigen 

Sel darah merah berfungsi sebagai pengangkut oksigen untuk dibekalkan kepada bayi. Jika ibu menghidap anemia, sel berkenaan gagal untuk menjalankan tugasnya dengan baik. Oleh yang demikian, bayi akan mati akibat kekurangan oksigen. Selain daripada kematian terdapat beberapa komplikasi lain yang mungkin terjadi akibat anemia. Antaranya ialah pertumbuhan terencat (sewaktu dalam kandungan), keguguran ataupun kelahiran pra-matang. Ibu juga tidak terkecuali daripada menerima kesan anemia. Anemia mendedahkan ibu dengan risiko pelbagai jenis jangkitan dan lambat pulih selepas bersalin. Walau bagaimanapun, ia hanya berlaku pada ibu yang menghidap anemia di tahap yang teruk. 

Lebihkan Makanan Berasaskan Zat Besi 

Pemakanan yang betul memainkan peranana penting. Memandangkan keperluan zat besi bertambah sewaku hamil, ibu perlu lebih peka dalam memastikan keperluan tersebut mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan memakan lebih banyak makanan yang mengandungi zat besi. Antaranya ialah dagung merah, hati, limpa dan sayur-sayuran hijau. Selain daripada jenis makanan ini, ibu juga boleh mendapatkan zat besi dengan mengambil tablet zat besi tambahan. 

Amalan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C disertai dengan zat besi dapat membantu ibu menyerap zat besi dengan baik. Namun, perlu diingati! Minuman berkafein yang diambil bersama zat besi akan mengurangkan khasiat tersebut. 

Kriteria Berisiko Tinggi 

Masalah anemia tahap teruk biasanya beraku akibat daripada kegagalan tubuh untuk menyimpan bekalan zat besi yang mencukupi sepanjang kehamilan. Oleh yang demikian, bagi mengelakkan masalah ini berlanjutan, wanita hamil perlu mengambil zat besi tambahan. Berikut adalah antara kriteria bagi ibu yang berhadapan dengan risiko tinggi untuk menghidap anemia tahap teruk : 
  1. Penjagaan makanan yang tidak betul 
  2. Tidak mengambil makanan yang berasaskan zat besi 
  3. Kandungan rapat 
  4. Kandungan kembar 
  5. Masalah usus seperti pendarahan 
  6. Masalah kecacingan 
  7. Haid berlebihan. 
Rawatan Yang Dapat Membantu 

Terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh membantu ibu berhadapan dengan masalah anemia. Namun rawatan tersebut bergantung kepada tahap anemia yang dialami dan jangka masa kehamilan. 

1. Ubat 
Biasanya doktor akan membekalkan tablet kerana ubat jenis paling bagus. Hal ini kerana, tablet dapat meningkatkan hemoglobin ibu sehingga 1g/dl setiap minggu. Tablet ini tidak diberikan kepada ibu di awal kehamilan. Ini bagi mengelakkan masalah sampingan kerana zat besi boleh menyebabkan loya, mual, cirit-birit atau sembelit. Dalam pada itu, tablet tersebut perlu dimakan sewaktu perut kosong. 

2. Suntikan 
Rawatan jenis ini jarang sekali dilakukan. Ini kerana ada sesetengah ibu mungkin akan mengalami alahan setelah suntikan diberikan. Namun yang demikian, dalam kes-kes tertentu suntikan akan diberikan kepada mereka yang mengalami pedih ulu hati setelah memakan tablet zat besi, tidak boleh menerima (makan) tablet yang dibekalkan, tidak mengikut peraturan perskripsi ubat atau menghadapi masalah lain yang seumpama dengannya. Dengan yang demikian, suntikan dapat memastikan ibu dapat menyerap bekalan zat besi yang diperlukannya. 

3. Pemindahan Darah
Rawatan jenis ini juga jarang sekali dilakukan. Akan tetapi, jika ibu masih menunjukkan bawah tubuhnya kekurangan zat besi, maka pemindahan darah perlu dilakukan terutama di akhir-akhir tempoh kehamilan. 

Apakah Supplement Shaklee Yang Boleh Membantu?


Vita-Lea Iron Formula
Mengandungi zat besi yang membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat ini. Kebiasaannya mereka yang mengalami anemia jenis ini ialah dari kalangan kanak-kanak di bawah 2 tahun, remaja perempuan (yang sudah datang haid), wanita hamil dan warga emas.


Vita-C 500mg Sustained Released 
Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi. Kajian menunjukkan vitamin C membantu penyerapan zat besi sehingga 2 kali lebih banyak. Vitamin C sustained released dilepaskan secara perlahan-lahan untuk membekalkan vitamin C yang secukupnya kepada tubuh. Ini kerana vitamin C tidak dapat disimpan oleh tubuh. Tubuh manusia normal memerlukan 500mg vitamin C setiap hari yang bersamaan dengan 7 biji oren.



B-Complex
Asid folik membantu mengawal dan mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan asid folik. 
Vitamin B12 mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin B12
Vitamin B5 dan B6 membantu dalam penghasilan sel darah merah. 

Jom kita tengok bagaimana ibu hamil ini merawat anemia ketika mengandung secara efektif dan berkesan. 


Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

Saya merupakan pengedar Shaklee di Damansara, Sungai Buloh, Gombak dan Taman Tun Dr. Ismail. COD boleh dilakukan di kawasan-kawasan berikut. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp : 012-2570456
Instagram : AmanieHassan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...