Masalah kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak agak kurang dibincangkan berbanding dengan masalah obesiti mahupun masalah lain. Gaya hidup ibu bapa hari ini yang semakin hectic secara tidak langsun memberi kesan ke atas corak atau pola tumbesaran anak-anak.
Tanggapan mudah bagi kita adalah, apabila anak membesar secara normal maka dia dalam keadaan sihat tanpa mempedulikan sama ada berat badannya itu sesuai atau tidak dengan ketinggian, usia mahupun jantina.
Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus ataupun langsing. Ada segelintir kanak-kanak yang kurus tetapi dia tidak mengalami kekurangan berat badan. Kekurangan berat badan dikaitkan dengan masalah pemakanan, kesihatan atau emosi.
Pertumbuhan atau proses tumbesaran adalah petunjuk yang baik bagi status pemakanan seseorang kanak-kanak. Ia dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak itu mengikuti corak pertumbuhannya. Cara untuk mengawasinya adalah dengan menimbang berat badan serta mengukur ketinggian serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.
Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor. Disebabkan kurang mengambil makanan, ibu bapa atau penjaga harus memberi makanan berkalori tinggi serta utamakan sumber lemak tambahan. Seperti minyak sayuran sebagai pengganti mentega dan marjerin.
Kerap Mengambil Makanan
Galakkan anak makan dengan kerap. Enam hidangan kecil mungkin lebih mudah berbanding tiga hidangan utama. Anak anda harus makan sebanyak yang boleh tanpa merasa tidak selesa. Jangan paksa dia makan. Berikan pelbagai jenis makanan dan snek kepada anak anda sepanjang hari.
Jika anak ke sekolah, bekalkan makanan snek sihat seperti biskut kraker, buah-buahan kering (seperti kismis), lobak merah dan kacang.
Doktor mungkin mengesyorkan lawatan ke klinik yang kerap unruk memantau perkembangan anak anda. Gunakan kesempatan ini untuk memperoleh maklumat mengenai berat badan anak anda. Selain itu, tumpukan perbincangan mengenai berat badan.
Berat badan sihat adalah berat yang boleh dikekalkan secara sihat dengan memastikan kanak-kanak cukup zat, aktif dan mempunyai perasaan yang positif terhadap tubuh badan dan saiz mereka.
Objektif Pertambahan Berat Badan
- Menggalakkan anak mengambil kalori yang lebih. Mulakan dengan merancang hidangan snek yang berkalori tinggi mengikut setiap kumpulan makanan daripada Panduan Piramid Makanan Malaysia.
- Adalah penting bagi anak anda mengambil protein, karbohidrat serta lemak dengan secukupnya bagi membekalkan tenaga untuk aktiviti, perkembangan dan tumbesaran
- Galakkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. Sekiranya anak anda akrif bermain, pastikan dia berehat sekurang-kurangnya 1 minit sebelum waktu makan.
- Elakkan memberi anak makan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula, minuman ringan ataupun makanan tinggi kandungan lemak dari kedai makanan segera.
- Hadkan pengambilan snek sebelum waktu makan kerana amalan ini akan mengurangkan selera makan.
- Elakkan pengambilan kafein, galakkan minuman berkhasiat seperti jus dan susu.
- Pilih makanan yang digemari oleh anak anda.
Contoh Makanan Berkalori Tinggi
- Roti. Ditambah marjerin, mentega kacang dan keju
- Nasi / Bubur. Ditambah ayam, daging, minyak, marjerin
- Telur. Ditambah susu, minyak marjerin atau keju
- Kentang (Lenyek / Bakar). Ditambah susu, minyak atau marjerin.
Shaklee boleh membantu anak anda untuk menambahkan berat badan dengan set kesihatan kanak-kanak Shaklee.
1. Meal Shakes sangat sesuai untuk anak yang :
- Tiada / kurang selera makan
- Memilih makanan - tidak mendapat nutrien sepenuhnya dari diet harian
- Selalu demam / kurang sihat, terutama yang tinggal di nursery
- Mempunyai asthma dan bronchitis
- Mempunyai ekzema (protein bantu bina semula sel yang lebih sihat)
Pendek kata, sumber multivitamin yang lengkap beserta protein dan serat di dalam bentuk serbuk. Mudah dibancuh, baunya sangat wangi (French Vanilla) dan rasanya yang sangat lazat.
2. Omega Guard ialah sumber minyak ikan yang mengandungi Asid Lemak Omega-3, termasuk DHA dan EPA
- Menggalakkan fungsi otak
- Untuk kesihatan sistem saraf dan fungsi mata
- Mengurangkan keradangan
- Menambahkan kolestrol baik dalam badan (HDL)
Saya merupakan pengedar Shaklee di Damansara, Sungai Buloh, Gombak dan Taman Tun Dr. Ismail. COD boleh dilakukan di kawasan-kawasan berikut.
Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :
Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :
Your Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 1003214
E-mail : vitaworldshop@gmail.com
Web : akudanvita.blogspot.com
FB : Noor Amanie
FB Page : Vita World Shop
Call/SMS/Whatsapp : 012-2570456
Instagram : AmanieHassan
No comments:
Post a Comment