Set Detox Shaklee Untuk Pembuangan Toksin Dalam Badan Secara Menyeluruh
Buang toksin dalam badan secara semulajadi |
Detox sekarang sangat popular dengan fungsinya untuk membuang toksin dalam badan secara dari dalam. Boleh tengok di pasaran sekarang sama ada secara online ataupun offline, banyak produk-produk berasaskan detox dijual. Tidak ketinggalan Shaklee pun ada Set Detox Program untuk nyahtoksin dari dalam badan. Pastinya Shaklee lebih selamat, berkesan dan semulajadi. In sha ALLAH.
Detox dengan kata lain ialah "membersih" badan dari dalaman. Detox sangat penting untuk penyerapan nutrien atau vitamin. Sekiranya organ yang terlibat dengan penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna. Jadi tidak hairanlah kalau anda mengambil vitamin semahal apa pun, selama manapun, tidak memberikan kesan apa-apa pada diri anda. Sebabnya vitamin yang dimakan hilang tanpa dapat diserap oleh badan.
Tidak hairan dari mana datangnya toksin yang banyak dalam badan kita. Dengan keadaan udara dunia sekarang yang bermacam jenis bahan kimia yang dilepaskan, dengan makanan yang pelbagai dengan penggunaan bahan pewarna, pengawet, perisa tambahan dan lain-lain lagi adalah penyumbang kepada toksin yang ada dalam badan.
Selain daripada kegagalan menyerap vitamin oleh organ, pembentukan toksin dalam badan juga boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius termasuk :
- Sakit kepala yang kerap
- Sakit sendi
- Keletihan
- Kulit melepuh
- Masalah sistem pencernaan
- Nafas berbau
- Jangkitan yang berulang-ulang
- Kekurangan daya imun tubuh
Sekiranya ada simptom-simptom di atas, anda memerlukan Detox. Shaklee menawarkan produk detox untuk membantu membersihkan hati, kolon, membina mikroflora usus dan banyak lagi.
Jom berdetox dengan Shaklee!!!
Detox Hati / Liver Detox
Hati adalah organ dalaman terbesar di dalam badan dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan metabolisma yang normal dan detoksifikasi badan secara semulajadi. DTX Complex Shaklee menyediakan sokongan untuk fungsi hati yang sihat. Produk ini mempunyai campuran proprieari yang terdiri daripada enam ramuan botani dengan antioksidan dan sifat-sifat yang melindungi aliran cecair hempedu, yang bergabung untuk melindungi dan merangsang keupayaan semulajadi badan bagi mengekalkan sel-sel hati yang sihat.
DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah :
- milk thistle seed
- Schizandra chinensis seed (tanaman yang berasal dari China yang telah digunakan selaam lebih 2000 tahun untuk meningkatkan jumlah enzim detoksifikasi di dalam hati)
- Cendawan Reishi (dikenali kerana sifat antioksidannya)
- Dandelion
- Kunyit
- Artichoke (untuk membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal)
Pembersih Usus / Colon Detox
Badan yang sihat mengandungi bertrilion mikroorganisma baik. Majoriti bakteria baik ini tinggal di dalam usus dan dirujuk sebagai mikroflora. Sekurang-kurangnya 400 jenis mikroorganisma yang dijumpai dalam saluran gastro-usus, dan berjumlah kira-kira 3 lbs bakteria dalam usus kita sepanjang masa.
Tugas bakteria baik ini ialah untuk mengawal penguasaan bakteria jahat. Bakteria baik haruslah berada dalam jumlah optimum untuk mengawal bakteria jahat.
Punca Utama Ketidakseimbangan Bakteria
- Penggunaan antibiotik
- Umur
- Pemakanan tidak sihat
- Pengambilan serat yang rendah
- Kontraseptif oral
- Ubat-ubatan seperti aspirin dan kortikosteroid
- Tekanan
- Pengambilan gula yang tinggi
Dr Shaklee telah memperkenalkan Herb-Lax pada tahun 1917. Ia direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu proses semulajadi badan. Herb-Lax adalah gabungan 9 herba, termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.
Herba yang digunakan dalam Herb-Lax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual dimana-mana. Produk-produk julap buatan ini biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, berhati-hati memilih sebarang produk ya.
Sebaliknya, Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herb-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus.
Pencuci Darah
Seawal 300 SM, orang-orang Babilon menggunakan manfaat bawang putih yang serba boleh. Ia digunakan sebagai ubat untuk pelbagai tujuan, termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen antibiotik dan anti-mikrob.
Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk menyucikan darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan. Walau bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan bawang putih sama. Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari ini, termasuk serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dan sebagainya, mengurangkan atau menghapuskan kandungan allicin. Allicin adalah komponen utama aktif bawang putih dan diperlukan untuk banyak manfaat bawang putih.
Garlic Complex Shaklee diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan semua allicin. Garlic Complex Shaklee juga telah dirumus untuk kawalan bau. Bawang putih menyebabkan nafas berbau, tetapi tablet Garlic Shaklee tidak dipecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal bau dengan sempurna.
Pencuci Keseluruhan Tubuh
Alfalfa adalah bahasa Arab untuk "Bapa Kepada Semua Makanan". Akar herba yang mengagumkan ini tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrein penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.
Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyaktoksik, alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain. Menurut seorang pakar nutrisi, alfalfa membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. Ia membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolestrol. Hanya alfalfa yang mempunyai kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimia atau baja bukan organik, menjadikan ia alfalfa berkualiti tinggi. Selain itu, berpuasa juga merupakan satu cara untuk detox.
Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.
Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :
Your Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 1003214
E-mail : vitaworldshop@gmail.com
Web : akudanvita.blogspot.com
FB : Noor Amanie
FB Page : Vita World Shop
Call/SMS/Whatsapp : 012-2570456
Instagram : @amaniehassan
No comments:
Post a Comment