Friday 15 November 2013

5 Makanan Kaya Serat

Menjaga kesihatan tubuh merupakan kewajipab bagi setiap manusia. Ini adalah kerana banyak penyakit yang boleh menghampiri kita bila-bila masa sahaja tanpa diduga. Kebanyakan penyakit sekarang adalah datangnya daripada makanan. 

Pada masa sekarang, 80% penyakit adalah berpunca daripada makanan. Selebihnya adalah berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat, tabiat buruk, dan juga persekitaran yang tidak sihat. Dalam menjaga kesihatan, salah satu cara perkara yang perlu diubah adalah pemakanan. 

Dengan mengambil banyak makanan yang kaya dengan serat anda akan terhindar dari pelbagai penyakit yang akan menyerang bila-bila masa sahaja. Makanan yang berkhasiat ialah makanan yang akan memberikan kesan yang baik bagi kesihatan kita. Contohnya makanan yang mengandungi serat akan membantu metabolisma tubuh kita secara teratur. 

Makanan-makanan yang kaya dengan serat ialah : 

1. Avocado 


Avocado merupakan salah satu jenis buah-buahan yang kaya dengan serat. Boleh diambil setiap hati kerana buah avocado boleh mencukupi keperluan serat dalam tubuh. 

2. Kacang 



Kacang sangat bagus untuk dimakan. Selain mengandungi protein yang cukup tinggi, kacang juga mengandungi serat yang cukup bagi tubuh. Jenis kacang yang tinggi serat ialah kacang badam dan walnut. 

3. Gandum 


Gandum merupakan jenis makanan yang kaya dengan serat serta boleh diproses menjadi bubur gandum atau roti gandum. Gandum juga mampu mengurangkan berat badan. Mempunyai kandungan serat yang sangat tinggi. 

4. Buah-buahan seperti oren, epal dan pisang 


Ada banyak jenis buah-buahan yang kaya dengan serat. Kerana buah-buahan juga mengandungi air yang banyak. Anda disarankan untuk mengambil pelbagai jenis buah yang rendah lemak tetapi kaya dengan serat. 

5. Sayur-sayuran 


Aneka jenis sayuran seperti : 
- Bayam 
- Bungan Kol 
- Kentang 
- Labu 

Makanan yang kaya dengan serat banyak fungsinya kepada tubuh. Salah satunya akan membantu menjaga sistem pencernaan agar tetap sihat dan seimbang. Makan berserat juga boleh mencegah penyakit jantung dan beberapa jenis penyakit yang lain. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...