Keburukan Roti Putih Kepada Kesihatan
Rata-rata rakyat Malaysia mengambil roti putih sebagai pilihan berbanding dengan grain bread kan. Paling famous ialah roti putih jenama Gardenia atau High 5. Sama ada disapu mentega kacang, dibakar, dicicah dengan air milo pon ada juga sebab rasanya yang sedap. Pernahkah anda berdiet dengan memakan roti putih tapi berat still maintain ataupun naik juga walaupun tak makan nasi? Haa, jom saya singkapkan, apakah sebenarnya yang berlaku. Kenapa roti putih tidak memberi kesan dalam program diet anda. :)
Fakta roti putih yang anda tidak tahu.
Terdapat banyak roti di pasaran. Salah satunya adalah roti putih. Selain karbohidrat, roti putih juga mengandungi protein, vitamin dan mineral. Rupanya putih, teksturnya lembut dan harganya berpatutan menjadi faktor orang ramai gemar membelinya.
Dikatakan roti putih kurang baik untuk kesihatan kerana :
1. Semasa proses pembuatan roti putih terdapatnya proses penyulingan - roti putih diperbuat daripada tepung putih halus daripada butiran tepung gandum. Ia melalui proses penyulingan sebelum DIPUTIHKAN dengan agen peluntur kimia yang mengandungi klorin. Setelah itu, tepung akan dikeringkan pada suhu yang tinggi sebelum "gluten" sejenis bahan ditambah untuk menghasilkan lebih udara dalam roti. Impak daripada hasil campuran bahan kimia sebenarnya akan memudaratkan tubuh. Metabolisma badan terganggu kerana ketiadaan serat dalam roti yang hilang ketika proses penyulingan. Serat sangat diperlukan tubuh badan untuk melancarkan proses pencernaan, mengawal berat badan, mencegah risiko sakit jantung, diabetis dan kanser.
2. Kandungan karbohidratnya yang tinggi tidak mampu membantu kita untuk mencapai berat badan yang diimpikan. Kecekapan sistem pencernaan akan semakin berkurangan dan ini menyebabkan lemak-lemak terkumpul. Rupa-rupanya 2 keping roti putih bersamaan dengan sepinggan nasi. Better makan nasi kan, lebih mengenyangkan.
3. Kekurangan khasiat dalam roti putih akan menyumbang kepada penyakit Osteoatritis atau tulang rapuh. Keadaan ini selalunya akan berlaku pada tulang belakang, pergelangan tangan dan pinggul yang berubah menjadi semakin nipis, lemah dan muda retak.
info : majalah i-sihat
Bertukarlah kepada roti gandum / serat
Mengandungi 28% kurang karbohidrat dan 35% lebih serabut diet. |
Banyaknya serat kat permukaan roti ni. |
Roti Gandum Penuh (Whole Grain)
Perbezaan nilai pemakanan roti gandum di pasaran |
Jika sebelum ini anda mengambil roti putih sebagai pilihan utama untuk apa jua keadaan, saranan saya tukarlah ke roti gandum. Roti gandum ni rasanya tawar sikit, so pandai2 la sedapkan ikut kreativiti masing2 ye. Makanan yang baik tak semuanya sedap kan.
Gardenia - wholegrain fibremeal
High 5 - High grain
No comments:
Post a Comment