Tuesday, 19 November 2013

Set Diabetes Shaklee - Diabetes Semasa Hamil

shaklee sugar control set

Semasa mengandung, badan ibu akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi, terutamanya dari peringkat pertengahan dan seterusnya. Ramai dalam kalangan wanita hamil menghidap kencing manis, yang dikenali sebagai gestasi yang disebabkan oleh penkreas yang tidak boleh menghasilkan hormon insulin. Fungsi insulin untuk mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. Jika badan ibu tidak dapat menghasilkan insulin tambahan, si ibu akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan inilah yang menimbulkan diabetes gestasi kepada ibu hamil. 

Biasanya pesakit diabetes yang tidak terkawal terdedah kepada pelbagai komplikasi seperti buah pinggang, masalah mata, jantung dan luka yang sukar sembuh. 

Kecacatan 

Bagaimanapun pesakit diabetes yang hamil terdedah kepada pelbagai risiko yang menyebabkan kecacatan kepada bayi. Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jayan, Dr. Dharmini Veerakumaran berkata, terdapat dua golongan wanita iaitu pertama, yang mempunyai diabetes sebelum hamil dan kedua, yang tidak mempunyai diabetes tetapi mempunyai masalah penghadaman gula semasa hamil dinamakan diabetes gestasi. 

"Golongan pertama pula terbahagi kepada mereka yang mengetahui menghidapi diabetes dan tidak mengetahui mereka menghidap diabetes," katanya. 

Golongan pertama yang mengetahui diri mereka mempunyai diabetes sepatutnya mendapatkan nasihat dan kaunseling doktor sebelum hamil. "Mereka perlu mengawal kandungan gula dalam darah dan menukar ubat kepada suntikan insulin bagi menstabilkan gula dalam darah," katanya. 

Bagaimanapun golongan ini biasanya datang berjumpa doktor selepas mendapat tahu diri mereka hamil dan ini mendedahkan ibu dan bayi kepada pelbagai risiko. "Paling bahaya apabila wanita yang hamil tidak mengetahui mereka menghidap diabetes dan terdedah kepada pelbagai komplikasi. 

"Biasanya doktor akan mula dengan suntikan insulin bagi mengawal kandungan gula dalam darah dan mereka ini biasanya perlu berada di wad bagi tujuan pemantauan," katanya. 

Golongan kedua ialah wanita yang berisiko menghidap diabetes semasa hamil atau dikatakan menghadapi masalah penghadaman gula. Ujian yang disarankan untuk dianosis diabetes gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT) di mana ujian gula darah diambil semasa berpuasa dan dua jam selepas minum air gula. 

Jika si ibu berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetes gestasi, mereka akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan. Bacaan gula semasa puasa perlu kurang daripada 5.6 mmol/liter dan 7.8 mmol/liter selepas 2 jam minum air gula. Jika bacaan ujian OGTT lebih tinggi daripada yang disarankan, pesakit perlu dirujuk kepada deititian bagi menggalakkan mereka makan sedikit dan selalu. 

Wanita hamil yang menghidapi diabetes perlu melahirkan anak 2 minggu lebih awal bagi mengelakkan komplikasi seperti bayi terlalu besar atau bayi meninggal di dalam kandungan akibat plasenta tidak berfungsi. 

Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit disebabkan oleh pelbagai hormon yang dihasilkan oleh plasenta/uri (organ yang membekalkan zat pemakanan kepada bayi melalui tali pusat). Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon  seperti estrogan, kortisol dan human placental lactogen akan mengganggu pengeluaran insulin. Plasenta anda akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, dimana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin. Semakin plasenta membesar, semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Lazimnya, organ pankreas akan bertindak balaa dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes kemudian. 


Pankreas yg tidak dpt menghasilkan hormon insulin akan menyebabkan GDM berlaku  
Paras glukosa pada ibu akan membawakan glukosa tambahan kpd bayi yg menyebabkan berat bayi berlebihan. 
Perlukah Melakukan Senaman? 


Contoh senaman utk ibu2 mengikut peringkat kehamilan
Untuk ibu2 yg sedang pregnant, jgn buat alasan pregnant xnk bersenam ok. bersenam penting utk ibu2 yg mengandung. Kalau dah xnak bersenam sangat, cukup untuk melakukan aktiviti fizikal yang sederhana tapi kerap. Ia dapat kurangkan risiko yg disebabkan oleh GDM dengan meningkatkan keberkesanan tindakan indulin dalam sel2 badan sekali gus mengekalkan paras glukosa darah yang optimal selain dapat membantu mencegah masalah sembelit, sakit belakang dan kekejangan otot semasa mengangdung. 

Banyakkan minum air untuk mencegah penyahhidratan dan sentiasa berhati-hati semasa bersenam. Elakkan dan hentikan aktiviti yang membuatkan ibu2 tidak selesa, rasa sakit, pening, sesak nafas, berdebar-debar, sakit belakang atau pelvis atau berlakunya pendarahan faraj. 

Suntikan Insulin 



Doktor atau jururawat terlatih akan mengajar teknik suntikan insulin apabila rawatan diperlukan. Suntikan yang biasanya dilakukan di bawah bahagian tisu subkutaneus. Kawasan suntikan yang biasa ialah di bahagia hadapan paha atas dan di bahagian abdomen juga boleh dilakukan. 

Insulin mesti disimpan di bahagian kering dalam peti sejuk, seperti di tempat menyimpan hasil tenusu. Ibu2 digalakkan untuk menggunakan jarum baru untuk setiap suntikan sebabnya penggunaan jarum yang sama akan menjadikannya tumpul dan ibu2 akan merasa sakit apabila membuat suntikan. 

Masalah kepada Obstetrik dan Ginekologi 
  1. Risiko keguguran adalah tinggi 
  2. Tinggal di wad kerana perlu pemantauan berterusan 
  3. Masa bersalin bila gula tidak terkawal, mereka perlu bersalin awal dua minggu daripada jangkaan dan biasanya perlukan pembedahan. 
Masalah Kepada Ibu 
  1. Jika si ibu mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, ia akan merentasi plasenta ke bayi, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi akan menjadi terlalu besar. 
  2. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. 
  3. Bayi perlu dilakukan 2 minggu lebih awal bagi bagi mengelakkan meninggal dalam kandungan kerana plasenta tidak dapat berfungsi dengan baik. 
Masalah kepada Bayi 
  1. Bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis 
  2. Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetes jenis 2 di kemudian hari nanti 
  3. Biasanya 3 bulan pertama kehamilan amat penting tumbesaran bayi pada ketika itu darah penuh dengan gula mengalir dalam bayi dan boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. 
  4. Bayi juga menghadapi pelbagai masalah jantung berlubang, jantung satu dan masalah injap, masalah saraf seperti spinal bifida, masalah otak dan bayi juga terdedah kepada diabetes dan obesiti. 
Jadi, saranan saya kepada bakal ibu atau ibu2 yang bakal dapat baby lg, jaga kesihatan anda dengan baik. Jaga pemakanan, elakkan minum alkohol dan merokok, banyakkan minum air putih, elakkan makanan yang tinggi kandungan gula, dan sentiasa check up dengan doktor untuk mengelakkan diabetes semasa mengandung ni. Kesannya bukan hanya kpd ibu shj, tp anak2 kita nanti, masa depan mereka, kesihatan mereka adalah tanggungjawab kita. 

Selain daripada itu, Shaklee juga menyediakan set kehamilan untuk ibu2. Set ni kehamilan dr Shaklee ada dua peringkat, Trimester 1 dengan Trimester 2 & 3. Kedua2 set ini sama sahaja vitaminnya cuma untuk Trimester 2 & 3, hanya tambah Omega Guard. Sebab trimester 2 janin bayi sudah terbentuk jadi pentingnya DHA dan EPA untuk pekembangan otak dan juga tumbesaran bayi dalam kandungan. 



Kebaikan set ini ialah : 
  • Ibu yang mengalami alahan teruk 
  • Ibu yang mengalami masalah tekanan darah rendah 
  • Sering keletihan dan lesu, mengalami kekejangan kaki, sakit pinggang dan kebas2
  • Untuk perkembangan otak bayi 
  • Untuk pembetukan otak dan otot bayi 
  • Mengatasi masalah sembelit 
Saya merupakan pengedar Shaklee di Damansara, Sungai Buloh, Gombak dan Taman Tun Dr. Ismail. COD boleh dilakukan di kawasan-kawasan berikut.

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp : 012-2570456
Instagram : @amaniehassan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...