Friday, 15 November 2013
Mentega Kacang Kurangkan Risiko Kanser
Enaknya mentega kacang yang dimakan bersama roti. Sejak beberapa dekad yang lalu, mentega kacang antara pilihan snek pagi, malah hampir setiap masa kerana rasanya yang berlemak dan mengenyangkan.
Selain enak, kajian terkini mendapati mentega kacang seta beberapa jenis kekacang lain yang kaya kombinasi protein-lemak dapat mengurangkan risiko kemunculan tumor kecil (BBD) yang membawa kepada penyakit barah payudara sehingga 39 peratus.
Penemuan ini direkodkan selepas kajian ke atas lebih 9,000 remaja perempuan dan wanita muda menyertai projek Growing Up Today yang dianjurkan Sekolah Perubatan Harvard, Sekolah Perubatan Universiti Washington dan beberapa hospital ternama dunia.
Projek itu mulanya mengkaji tabiat pemakanan remaja perempuan berusia antara sembilan hingga 15 tahun pada 1996 hingga 2001.
Pada 2005 hingga 2010, sebilangan peserta dilaporkan menghidap BBD atau "benign breast disease" yang disahkan menerusi biopsi.
Penyelidik bagaimanapun mendapati remaja perempuan yang makan mentega kacang secara tetap selama seminggu kurang berisiko menghidap BBD sehingga 39 peratus.
Bagi yang mengalami alahan pada kacang tanah, bahan utama dalam mentega kacang, penyelidik menyarankan pengambilan kekacang lain seperti kacang soya, kacang dal atau sayuran kaya protein.
Sumber : wanitametro@mediaprima.com.my
Labels:
Tips & Info
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment