Wednesday 20 November 2013

Shaklee Collagen Powder - Apa Itu Kolagen?

shaklee collagen powder testimoni
shaklee collagen powder
Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari setiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.

Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut dan kuku), tulang, tendon, rawan sendi, dan gigi, hati. tulang sum-sum, tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.

Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen 1,2,3, 4 dan 5.
  • Kolagen 1 terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi 
  • Kolagen 2 : tulang rawan (kompenan utama tulang rawan) dan mata 
  • Kolagen 3 : reticulate (kompenan utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tidu lembut seperti hati, jantung, tulang sumsum, arteri, kulit, usus dan rahim 
  • Kolagen 4 : membentuk asas kepada sel membran dasar (serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah 
  • Pembuluh 5 : permukaan sel, rambut dan uri. 
Fungsi Kolagen

Menghasilkan asid amino penting seperti : 
  • Lysin, prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel 
  • Hydroxyprolin - memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang 
  • Glisin - melembapkan kulit 
  • Alanin, prolin dan asparagin - menstabilkan struktur, melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan 
  • Arginin - memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur 
  • Mengawal metabolisma tubuh dengan mencerna secara enzimatik 
  • Melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif 
  • Menegang, menganjal dan melembapkan kulit 
  • Menampung air dalam tubuh 
  • Meningkatkan penyerapan kalsium 
  • Menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit 
  • Meningkatkan isyarat induki 
  • Menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik 
Kesan Kolagen Ke Atas Badan 
  • Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit 
  • Memelihara kelembapan kulit 
  • Menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang 
  • Menguatkan otot dan tulang 
  • Membantu hati dalam proses detoksifikasi (buang toksin) 
  • Memelihara kelenturan sendi 
  • Mengurangkan inflamasi (keradangan) 
  • Memberi tenaga 
  • Membantu pola tidur 
  • Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf 
Kesan Kekurangan Kolagen Dalam Badan 

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan penurungannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan. 

Oleh itu, kolagen di ambil sebagai makanan tambahan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembap kulit. 

Tanda-tanda Penuaan 
  • Kulit kusam 
  • Tak bermaya 
  • Tiada seri 
  • Kulit kedut dan mula kendur 
  • Pigmentasi kulit 
  • Cepat letih dan lesu 
  • Sakit badan dan sendi 
  • Mudah lupa 
  • Kurang penglihatan 
Kolagen Yang Diambil Sebagai Supplement Makanan 
  • Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung 
  • Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit 
  • Kolagen hidrolisis adalah supplement pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal. Ia adalah dari jenis kolagen 1
  • Berat molikul rendah daripada 1000 adalah lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing, lembu atau babi seberat 400 000 
  • Menyediakan predigested collagen telah dicernakan dahulu dan cepat diserap 
  • Kolagen ikan dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian "Triple Helix", struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini
  • Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro)
  • Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan. Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan)
  • Memberi nisbah asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu, dan mengekalkan fungsi sel 
  • Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan pembentukan otot. Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisma. Ini mempercepatkan kadar pembakaran lemak. 
  • Lemak yang terbakar daripda peningkatan otot tanpa lemak diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga 
  • Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tisu penyokong terutamanya pada sendi 
  • Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit 
  • Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan. Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan
  • Mempercepatkan proses pemulihan kecederaan 
  • Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi 
  • Ia boleh membentuk dan menegangkan badan 
  • Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan 
  • Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku 
  • Ia membantu menegangkan kulit dalam melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
  • Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrate kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga 
  • Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betuk selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%. 
Saya merupakan pengedar Shaklee di Damansara, Sungai Buloh, Gombak dan Taman Tun Dr. Ismail. COD boleh dilakukan di kawasan-kawasan berikut. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp : 012-2570456
Instagram : AmanieHassan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...