Friday, 15 November 2013

5 Makanan Untuk Jantung Sihat

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM), penyakit jantung adalah penyebab kematian nombor 1 di Malaysia yang merangkumi 16.5 peratus kematian di hospital pada tahun 2008. 

Secara anggaran, penyakit jantung koronori di negara ini sebanyak 40,000 kes baru setiap tahun bagi sejumlah 28 juta orang penduduk. Manakala kematian akibat penyakit jantung pula adlaah 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kematian akibat kanser di kalangan kaum wanita. Malah kika di lihat kepada statistik kematian di hospital kerajaan tahun 1990 sehingga 2006 menunjukkan pesakit jantung di kalangan wanita meningkat sehingga 136 peratus!

Justeru jangan tunggu anda menjadi mangsa, jaga kesihatan jantung. Cara paling mudah, gunakan makanan sebagai platform memastikan kelangsungan fungsi jantung yang baik. 

1. Beri biru (blueberry) 

Antioksida dalam Beri Biru cukup hebat. Ia berperanan menghalang kehadiran kolestrol jahat, LDL di dalam salur arteri yang menjadi punca masalah kardiovaskular dan strok. USDA Human Nutrition Center juga menemui, antioksidan bari biru adalah paling aktif berbanding 40 makanan laun yang mengandungi antioksidan! Apa kata selepas ini anda amalkan makan satu cawan beri beru segar setiap hari atau gunakan buah ini perasa tambahan dalam bijirin sarapan pagi serta semasa memasak muffin. 

2. Bayam 

Bayam kaya dengan folate yang berperanan menurunkan paras acid homocysteine. Sekiranya kandungan asid tinggi di dalam darah ia akan menyebabkan seseorang itu berdepan dengan risiko penyakit jantung. Selain bayam, brokoli juga sama hebatnya dalam menjaga jantung anda. 

3. Oat 

Makanan ini mendatangkan banyak kebaikan pada tubuh. Bukan sahaka membuatkan perut berasa kenyang setiap kali mengambilnya, oat seumpama span yang menyerap kolestrol berlebihan dalam tubuh. Setengah cawan oat sehari mengandungi 130 kalori dan 5 gram serat yang cukup mantap melindungi dan mengekalkan tahap kesihatan jantung anda. 

4. Protein soya 



Individu yang punya kolestrol tinggi harus menjadikan protein soya sebagai makanan wajib pilih. Selain kaya dengan omega-3, ia juga tinggi mineral dan boleh menggantikan khasiat daripada daging merah. Makanan ini boleh diperoleh daripada kacang soya, susu soya, tepung soya, tempe dan juga taufu. Food and Drug Administration (FDA) memaklumkan, untuk jantung sihat 28 gram sehari adalah jumlah pengambilan protein soya paling minimum. 

5. Salmon

Ayuh makan lemak sihat si omega-3. Ia banyak terdapat dalam ikan salmon. Lemak ini berupaya menghalang pembentukan darah berketul di dalam arteri dan dalam masa yang sama menghalang darah melekat pada dinding salur darah. Selain salmon, ikan kembung dan sardin juga boleh membekalkan omega-3. American Heart Asociation mencadangkan sekurang-kurangnya dalam seminggu ambil 85-150 gram dua kali seminggu. 

Makanan tambahan dari Shaklee untuk penjagaan jantung adalah CoQHealth Plus (CoQ10). Jom kita tengok apakah kehebatan CoQ10 dalam memeliharan jantung. 









Saya merupakan pengedar Shaklee di Damansara, Sungai Buloh, Gombak dan Taman Tun Dr. Ismail. COD boleh dilakukan di kawasan-kawasan berikut.

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp : 012-2570456
Instagram : AmanieHassan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...