Tuesday 12 November 2013

Fakta Kemandulan Lelaki.!! Punca Lelaki Mandul dan Lemah Tenaga Batin

Ini adalah fakta yang mengejutkan tentang kemandulan lelaki. Golongan isteri juga memainkan peranan penting untuk membantu sang suami dalam meningkatkan kesuburan untuk kebahagiaan bersama. 

1. Stress yang terlampau boleh mempengaruhi kesuburan lelaki


Anda mungkin tahu bahawa gaya hidup yang sihat diperlukan untuk setiap orang mencapai kesihatan yang optimum. Tetapi mungkin anda tidak sedar bahawa sebenarnya emosi yang stabil juga sangat penting dalam memastikan lelaki mempunyai tahap kesuburan yang bagus. Stress mampu menyebabkan masalah mati pucuk, ketegangan zakar, dan kalenjar yang terlibat dalam sistem reproduksi lelaki, Oleh itu, cubalah berbincang dan mencari jalan unuk menangani stress dengan sebaiknya jika pasangan anda sentiasa nampak sugul dan bermasalah. 

2. Sauna dan tab air panas mengganggu penghasilan sperma

men's vital health set

Pendedahan terhadap suhu yang tinggi turut menaikkan suhu testikal lelaki lalu membunuh sperma dan menghalang penghasilannya. Oleh itu, jika pasangan anda gemar berendam dalam tab air panas atau menikmati sauna, mungkin anda perlu menasihatkannya agar berhenti daripada melakukannya buat seketika- bukan buat selama-lamanua, kerana ia tidak akan menyebabkan kerosakan kekal terhadap testikal. Oleh itu, setelah anda berhasil mendapatkan keputusan positif daripada ujian kehamilan, bolehlah dia kembali melakukan aktiviti tersebut. 

3. Peningkatan usia lelaki turut menjadi faktor kemandulan



Wanita sering dikaitkan dengan menopaus. Lelaki pula sering berbangga dengan tiadanya istilah sebegitu buat mereka. Sungguhpun demikian, kajian telah menunjukkan bahawa tahap kesuburan lelaki juga makin menurun setelah mencecah usia 40-an. Walaupun begitu, ramai kaum lelaki yang masih boleh menghasilkan zuriat setelah mencecah usia 50-an berbanding wanita. 

4. Sukan dan olahraga berlebihan juga menurunkan paras kesuburan


Walaupun lelaki sinonim dengan sukan dan aktiviti lasak, ia sebenarnya boleh menjadi salah satu sebab kemandulan. Pastikan pasangan anda mengawal penglibatannya dalam aktiviti sukan sekiranya anda berdua berhajat untuk mendapatkan zuriat dalam masa terdekat ini. Aktiviti sebegitu mampu meningkatkan suhu badan, sekaligus meningkatkan suhu pada bahagian skrotum dan mempengaruhi penghasilan sperma.

5. "Boxer" atau "brief" tidak mempengaruhi kesuburan lelaki



Mungkin terdapat nasihat yang mengatakan bahawa seluar dalam lelaki jenis "brief" tidak elok kerana cengkaman yang kuat pada bahagian tersebut. Namun, sehingga kini perdebatannya masih belum mendapatkan hasil yang benar-benar meyakinkan. Sementara itu, ramai doktor dan pakar menganjurkan lelaki agar memakai apa sahaka yang selesa, asalkan tidak terlalu ketat. 

Tips untuk pasangan meningkatkan kesuburan
  1. Mengamalkan pemakanan yang sihat 
  2. Jangan merokok atau meminum minuman keras 
  3. Mengawal pengambilan kafein dan makanan ringan
  4. Mengalakkan obesiti dan berusaha mencapai berat badan ideal
  5. Elakkan penggunaan sebarang jenis dadah dan ubat-ubatan
  6. Mengamalkan senaman yang secukupnya
  7. Sama-sama memahami dan mengambil kira kitaran ovulasi wanita
  8. Menangani stress dengan berbincang dan saling memberi sokongan moral anatara satu sama lain. 
Tapiii, jangan risau ye abang-abang ganteng gagah perkasa. Shaklee boleh tolong abang-abang semua untuk tingkatkan stamina kelelakian anda, especially bagi golongan suami. Kalau dah nama lelaki mestilah kena kuat fizikal dan mental, lahiriah dan zahiriah kannn... 
Meh tengok Men's Vital Health Set Shaklee dengan klik disini

Saya merupakan pengedar Shaklee di Damansara, Sungai Buloh, Gombak dan Taman Tun Dr. Ismail. COD boleh dilakukan di kawasan-kawasan berikut.

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp : 012-2570456
Instagram : AmanieHassan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...