Friday, 29 November 2013

Hebatnya Anggur Muscadine - Khasiat Terhebat Vivix Shaklee

kesan vivix shaklee

Anggur adalah sejenis tumbuhan hebat dan istimewa. Malah di dalam AL-QURAN ada disebut 6 kali tentang buah anggur. Anggur dikatakan antara buah yang dibawa dalam bahtera Nabi Nuh.

Ada pelbagai jenis anggur di dunia, dan salah satunya ialah anggur muscadine atau dikenali sebagai anggur muskat, yang dikatakan paling istimewa.

Anggur muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom, dan oleh kerana pasangan tambahan kromosom ini, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan termasuk fungsi imun yang tinggi dan antioksidan terbaik.

Anggur ini mempunyai buah yang besar, sebesar bola golf, dan hidup di kawasan ekstrem, menjadikan ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol. Ia juga mengandungi asid allagik, iaitu sejenis polifenol yang tiada dalam anggur jenis lain. Asid ellagik mempunyai peranan dalam menghentikan bahan kimia penyebab kanser, dan juga anti virus dan juga anti bakteria.

Ia sudah lama menjadi hidangan masyarakat di benua Amerika dan Eropah, dikatakan mula dinikmati secara komersial di zaman Mesopotamia (di antaea negara Turki dan Iran).

Kini kita dapat nikmati kebaikan anggur muscadine atau muskat ini di dalam satu botol yang mudah dan penuh kebaikan. Iaitu jus anti penuaan - Vivix Shaklee.



Dapatkan Vivix untuk kebaikan anggur terbaik ini.

Sumber


Saya merupakan pengedar Shaklee di Damansara, Sungai Buloh, Gombak dan Taman Tun Dr. Ismail. COD boleh dilakukan di kawasan-kawasan berikut.

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp : 012-2570456
Instagram : AmanieHassan

Thursday, 28 November 2013

Rahsia Kekal Muda Dengan Vivix



Penuaan kini diertikan sebagai - penuaan sel, tidak lagi digambarkan oleh sel yang semakin berusia. Malah berusia itu tidak semestinya "tua". Ini kerana kita boleh tengok orang yang muda pun dah nampak tua macam orang tua. Baik dari segi rupa mahupun kesihatan. 

Penuaan itu bermula dari sel kita. Sel yang mengalami penuaan ialah sel yang mula rosak kerana perkara-perkara seperti stress, diet yang malnutrisi (sama ada terkurang atau terlebih) dan toksin dari alam sekitar kita. 

Kajian menunjukkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi meningkatkan biologi sekaligus menjadi salah satu faktor penuaan sel. 

Tahukah anda bahawa semakin kita meningkat usia, bilangan dan fungsi mitochondria, iaitu "kilang penghasilan tenaga" dalam sel kita semakin menurun, menyebabkan tenaga sel semakin berkurangan. Ia menjadikan metabolisma kita semakin menurun. 

Setiap hari, sel-sel tubuh kita diserang oleh berjuta-juta radikal bebas yang merosakan DNA sel kita. Kerosakan sel juga boleh disebabkan oleh pengumpulan AGE (advance glycation end product) iaitu hasil tindakbalas sel protein dengan gula. 

Badan kita secara semulajadi menghasilakn radikal bebas, iaitu ekzos dari tindakan metabolisma sel, dan tubuh kita juga ada antioksidan semulajadi. Namun disebabkan perkara-perkara di atas, badan kita tidak mempunyai antioksidan yang cukup bagi melawan radikal-radikal bebas perosak sel terebut. 

Maka dengan itu kita perlukan antioksidan yang bagus dari pemakanan kita. 

Dan hasil daripada kajian bertahun Shaklee, terhasillah Vivix, yang mempunyai resveratrol dan campuran phytonutrient yang diperolehi dari anggur muscadine yang telah menunjukkan 10 kali lebih berkesan dari pengambilan resveratrol semata-mata. Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati, dan ia adalah anggur terbaik kerana ia hidup secara semulajadi dalam cuaca yang ekstem. Semakin buah anggur itu terdedah kepada suasana ekstem, semakin ia menghasilkan resveratrol yang tinggi. 

Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti memperlahankan proses penuaan sel dengan 4 cara :  
  1. Meningkatkan sistem pertahanan sel 
  2. Meningkatkan tenaga sel 
  3. Memperbaiki sel 
  4. Mengoptimumkan potensi sel 
Ada lagi yang menarik tentang Vivix? 
  1. Natural - tanpa pewarna tiruan, pemanis, perasa dan pengawet 
  2. Bahan yang digunakan mempunyai potensi lebih 10 kali dari resveratrol semata-mata dalam memperlahankan penuaan sel. 
  3. Mempunyai lebih dari 15 polyphenol termasuk ellagitannins iaitu antioksidan semulajadi 
  4. Dipatenkan ekslusif untuk Shaklee 



Link Berkaitan : 










Sumber 

Untuk belian produk secara online, klik gambar dibawah.  

hilangkan stretch mark selepas bersalin

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

hilangkan stretch mark selepas bersalin

Pengedar Shaklee Bandar Sri Damansara

Cara Vivix Melawan Penyakit Kronik


Resveratrol adalah sejenis polyphenol yang dipanggil phytoalexin, merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut terhadap penyakit. Ia dihasilkan daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya. 

Tumbuhan yang menggunakan pestidid dan herbasid biasanya tiada atau kurang menghasilkan bahan ini kerana mereka dilindungi oleh racun perosak tersebut. 

Tumbuhan yang paling banyak menghasilkan resveratrol adalah anggur, respberi dan kacang. 

Menurut American Cancer Institute, rasveratrol adalah penyakit antioksidan yang sangat berkuasa. Ia mengurangkan pengaktifan NF kappa B, iaitu sejenis protin yang dikaitkan dengan pembentukan kanser dalam tubuh. 

Menurut laporan kajian yang dibuat oleh Department Of Biochemistry and Molecular Biology, New York Medical College, resveratrol menjadikan proses proliferation dalam kanser payudara menjadi kurang aktif. 

Menurut American Cancer Institute, meminum sumber resveratrol setiap hari menurunkan risiko kanser prostat. Malah meminumnya sekali seminggu boleh menurunkan risiko kanser prostat sebanyak 60%. 

Anggur muscadine adalah anggur yang paling tinggi nilai resveratrolnya. Ikatan kimia dalam anggur muscadine ini jauh berbeza dari anggur-anggur jenis lain, yang mana ia kaya dengan anthocyanins, yang mempunyai antioksidan yang tinggi dan menunjukkan beberapa kesan antitumos, termasuk menghalang sintesis DNA dalam kanser payudara dan pekembangan saluran dalam sesetengah tumor, termasuk enzim penyebar tumor. 

Menurut Department of Pathology, Northwestern University Feinberg School of Medicine membantutkan perkembangan CCR6-mediated migration pada sel yang rosak dalam kes diabetes

Resveratrol juga terkenal sebagai ejen anti penuaan. Dalam kajian oleh Douglas Mental Health University Institute, McGill University, resveratrol melindungi kulit serta melambatkan kesan penuaan kulit dan lain-lain kesan penuaan pada kulit. 

Resveratrol juga berperanan dalam meningkatkan tahap "kolestrol baik" dan melindungi dari kerosakan arteri, sekaligus menjaga kesihatan jantung

Masyarakat di Barat mengambil wain merah untuk mendapatkan sumber resveratrol, namun kajian terbaru menunjukkan kesan alkohol pada wain boleh memberi kesan kepada golongan tertentu. 

Jadi sebagai alternatif yang selamat dan halal, untuk resveratrol ini, Shaklee telah mengeluarkan produk yang sangat bagus, VIVIX yang mana : 
  • Satu sudu teh Vivix mengandungi resveratrol yang bersamaan dengan 100 gelas wain merah 
  • 2500 kajian yang diterbitkan terhadap bahan-bahan yang digunakan dalam Vivix 
  • Vivix adalah 10 kali lebih hebat dari resveratrol semata-mata




Siapa yang patut mengambil Vivix 
  • Warga emas 
  • Mereka yang ada keturunan kanser 
  • Mereka yang menghidap diabetes jenis 1 
  • Mereka yang ingin menjaga kecantikan kulit 
  • Mereka yang tua sebelum masanya 
  • Mereka yang tiggi kolestrol dalam darah 
  • Mereka yang berisiko sakit jantung 
*** jangan ambil Vivix sekiranya anda sedang menjalani rawatan kimoterapi

Jadi, amalkanlah Vivix untuk tahap kesihatan yang unggul. 


Sumber

Untuk belian produk secara online, klik gambar dibawah.  

hilangkan stretch mark selepas bersalin

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

hilangkan stretch mark selepas bersalin

Pengedar Shaklee Bandar Sri Damansara

Jus Vivix - Jus Anti-Penuaan


Tubuh kita terdiri dari sel-sel yang tidak terbilang jumlahnya. Sel-sel kita menjalani kehidupan seperti manusia misalnya bernafas, makan dan berkumuh contohnya. 

Sel kita memerlukan pemakanan seimbang yang optimum untuk kekal sihat dan kuat. Sel dalam tubuh kita menjalani kitaran iaitu baikpulih, mati dan meninggalkan sel yang mati dengan sel baru. 

3 keadaan yang mungkin berlaku semasa penggantian sel :  
  • Sel mati digantikan dengan sel yang lemak kerana kurang nutrien. Proses ini dinamakan degenerasi. Kanser dikatakan berpunca dari keadaan ini. 
  • Sel mati digantian dengan sel yang sama dengan sel yang asal 
  • Sel mati digantikan dengan sel yang lebih baik dan lebih kuat. Inilah proses janasemula atau juga dikenali sebagai anti-penuaan.
Bagaimanakah fungsi sel-sel kita menjadi lemah dan tidak cantik? 

Salah satu faktor utama ialah dari pemakanan yang kita makan. Makanan yang ditapis hingga hilang nutrien, yang tinggi kalori kosong, tinggi gula dan sebagainya merosakkan sel-sel kita. Faktor lain ialah pencemaran alam termasuk udara dan juga pemikiran yang terbeban dengan tekanan dan stress. 

Anti-penuaan bukanlah untuk menolak proses tua meniti usia, tetapi ia adalah untuk memastikan sel kita sentiasa sihat agar tubuh tidak mudah mendapat penyakit yang berkaitan dengan aktiviti penuaan ini : 
  • Penyakit berkaitan jantung 
  • Penyakit berkaitan otak 
  • Kekurangan tenaga di peringkat sel 
  • Penyakit berkaitan sistem imun 
Jadi, peliharalah sel kita dari kerosakan DNA yang menghasilkan "typo" dalam pangkalan genetik kita. 



"Typo" dalam pangkalan genetik menurut ahli sains ialah mendedahkan kita kepada pelbagai jenis penyakit kanser dengan setiap "typo" 

Perlukah tunggu sehingga banyak "typo" dalam DNA kita? Jadi, jagalah aktiviti, pemakanan dan rohani. 

Dapatkan jus anti-penuaan, Vivix Shaklee, OFFER BULAN INI (November 2013) 


Saya merupakan pengedar Shaklee di Damansara, Sungai Buloh, Gombak dan Taman Tun Dr. Ismail.

Dengan pembelian 6 botol vivix, anda akan dapat

  1. Percuma 1 botol vivix
  2. Keahlian percuma
  3. Penghantaran percuma
  4. Cash reward yang akan dimasukkan ke akaun anda pada 15hb bulan hadapan
Manakala dengan pembelian TWIN PACK VIVIX pula, anda akan dapat
  1. Potongan harga 5%
  2. Pembelian pada harga ahli
  3. Keahlian percuma
  4. penghantaran percuma
  5. Cash reward yang akan dimasukkan ke akaun anda pada 15hb bulan hadapan
Sumber


Untuk belian produk secara online, klik gambar dibawah.  

hilangkan stretch mark selepas bersalin

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

hilangkan stretch mark selepas bersalin

Pengedar Shaklee Bandar Sri Damansara

Wednesday, 27 November 2013

Boleh Ke Shaklee Rawat Migrain?


Sakit kepala ada banyak sebab dan kategori sebenarnya. Ramai yang tidak tahu punca sakit kepala dan tak tahu macam mana nak hilangkan sakit kepala. Mind set bila sakit kepala panadol, pain killer dan macam-macam lagi la ubat yang konon untuk hilangkan sakit kepala tanpa fikirkan kesan jangka masa panjang untuk kesihatan diri. Ramai juga yang persoalkan, kenapa mesti Shaklee, kenapa bukan benda lain. Shaklee tidak diwajibkan pun untuk anda yang ada apa-apa masalah kesihatan, tapi sebagai alternatif lain sebab Shaklee ni selamat dan semulajadi. Jadi tidak salah mencuba kan.. :) 

Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 ketegori iaitu : 
  1. Sakit kepala kerana tekanan 
  2. Sakit kepala kerana sinus 
  3. Sakit kepala kerana migrain 

Tuesday, 26 November 2013

Makanan Untuk Keghairahan Seksual Lelaki

Adakah lelaki yang katakan tidak kepada seks? Kalau ada, mungkin kemampuan tenaga batin seorang lelaki itu berada pada tahap yang rendah atau kesihatan seksual yang tidak stabil yang mungkin disebabkan oleh gaya hidup dan pemakanan yang mempengaruhi keinginan seks seorang lelaki. 


Kaum lelaki dan juga iseri boleh semak dan buat check list pemakanan suami anda untuk mengekalkan kesihatan tubuh dan juga kesihatan seksual sebagai seorang suami. Kesuburan suami isteri akan terhasilnya benih cinta kan. hihi 

Saya kongsikan beberapa jenis makanan yang diperlukan oleh lelaki untuk kekal bertenaga, gagah dan perkasa dari luaran dan dalaman. Barulah isteri sayang sentiasa dan hubungan intim mesra selalu. 

Monday, 25 November 2013

Berpantang Secara Moden Tanpa Jamu

Berpantang kini secara moden, tanpa jamu, tanpa air akar kayu yang pelik-pelik yang susah nak diterima tekak. Paling penting, khasiat ibu yang berpantang turut diterima oleh anak melalui penyusuan. Kini hanya dengan Shaklee. Tapi, disarankan juga untuk berpantang cara tradisional seperti bertungku untuk betulkan balik peranakan selepas bersalin. 


Sunday, 24 November 2013

Set Kurus Shaklee Untuk Badan Fit, Kurus dan Cantik

Secara asasnya Set Kurus Shaklee bertindak dengan tiga proses yang dipanggil 3B, iaitu Bakar, Buang dan Bina. Tapi, perlu diingatkan ya, untuk kurus, bukannya proses yang ambil masa sehari dua, jadi jangan pernah bermimpi ambil vitamin kurus hari ni, esok dah hilang 10kg, baru je telan pagi tadi, esok pagi dah langsing ya. No no no.. Tidak ada satu pun supplement kurus yang memberi kesan secepat itu selain dari dadah. Shaklee is always safe, work and green. So, barang semulajadi take time la sikit tapi yang penting, selamat dan berkesan kan. Itu yang utama. Jom tengok macam mana Shaklee membantu anda untuk kurus. 



BUANG

Langkah pertama adalah buang. Maksud buang disini ialah DETOX! Maksudnya membuang toksin dan kekotoran dalam usus kita. Toksin yang banyak dalam usus dan badan menyebabkan badan tidak dapat menyerap vitamin dengan sempurna. Apabila vitamin tidak dapat diserap secara sempurna, pengambilan vitamin tidak akan berkesan untuk apa-apa kegunaan sekalipun walaupun dah ambil bertahun-bertahun dan berbotol-botol. 

Antara pilihan untuk detoksifikasi ialah : 


  • Alfalfa Complex merangsang proses pencernaan agar menyingkirkan toksin yang terkumpul dalam badan 
  • Merangsang aliran hempedu 
  • Membuang unsur mineral bahaya dari tubuh 
  • Membantu melindungi dari radiasi 
  • Membantu mengawal bau badan 
  • Herb-Lax membantu mengempiskan perut 
Boleh pilih salah satu daripada tiga detok ini bergantung kepada budget. Paling popular Alfalfa sebab ibu menyusu pon boleh ambil sebagai milk booster. Ibu menyusu tidak boleh ambil Herb-Lax kerana takut menyebabkan anak cirit-birit. 

BAKAR 

Selain dari aktiviti metabolisma, Shaklee juga menyediakan produk untuk membakar lemak dna kalori dalam badan walaupun hanya duduk diam. Tapi kalau yang rajin bersenam dan bergerak aktif, lagi cepat proses pembakaran lemak berlaku. Pilihannya ialah : 

  • Omega Guard dengan fungsi minyak ikan ialah membantu pembakaran lemak yang termendap!
  • Melancarkan perjalanan darah ke otot ketika bersenam, maka lebih banyak pembakaran lemak akan berlaku 
  • Menghalang pembentukan lemak (tambah metabolisma untuk pembakaran lemak) 
  • Menghalang penghasilan hormon cortisole yang menggalakkan penyimpanan lemak 
  • Memperbaiki kadar penghasilan serotorin (kimia otak yang buat kita rasa kenyang) 
  • Lecithin merupakan pengemulsi lemak yang tidak dihasilkan oleh badan 
  • Mengemulsi lemak dan memastikan lemak kekal di dalam sistem pencernaan dan tidak memendapkan diri di dinding membran menjadi lemak kental 
  • Memecahkan molekul lemak kepada yang lebih kecil supaya senang bergerak ke sistem pencernaan 
  • Kurangnya lemak termendap, kuranglah lemak terkumpul
  • Sesuai diambil oleh ibu menyusu untuk mengelakkan bengkak susu
BINA 

Membina otot adalah penting dalam berdiet. Otot yang sihat membakar lemak dengan lebih baik dan menjadikan pengawalan berat badan lebih baik dan mengelakkan berat badan mudah turun naik. Oleh itu, pengambilan protein penting dalam proses penurunan berat badan. 

  • Cinch Shake Mix merupakan produk hebat untuk inchloss dan weight loss kerana ia kaya dengan leucine yang penting dalam pembinaan otot
  • Membakar lemak
  • Membuang inci yang tidak diperlukan 
  • Membina dan mengekalkan otot untuk elakkan kulit menggeleber 
  • Membina otot yang cantik dan menawan 
  • ESP adalah alternatif lain untuk Cinch Shake Mix 
  • Membekalkan protein soya yang istimewa 
Tips Gaya Hidup Yang Sihat 
  • Jangan skip mengambil sarapan dan makanan kerana ia membantu metabolisma aktif 
  • Kurangkan mengambil minuman manis, bergas dan juga ais terutama semasa sedang makan. Minum air suam membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak
  • Kurangkan makan fast food yang tinggi kandungan lemak 
  • Selalu bersenam 
  • Selalu mengambik sayur-sayuran hijau dan juga buah-buahan segar. Buah adalah elok dimakan sebelum mengambil hidangan utama 
  • Kurangkan pengambilan yang berminyak 
  • Banyakkan minum air putih. (8 gelas sehari) 
  • Kurangkan minum kafein 
Risau budget tak cukup? Jangan risau, saya ada set cadangan mengikut budget anda. Full set, medium set and budget set. 

FULL SET 


SET PERTENGAHAN 


SET BUDGET



Bagi yang betul-betul ingin turunkan berat badan, nasihat saya, pilih produk yang selamat dan berkesan. Check dulu kandungan produk sebelum beli. Kesannya diri kita yang akan tanggung nanti. Baik untuk jangka masa panjang ataupun jangka masa pendek. Pengambilan makanan tambahan untuk cantik, untuk kurus dan untuk apa-apa tujuan sekalipun, ambil secara konsisten, istiqomah. Jangan ambil hari ni, esok skip, lusa ambil balik.

Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Trusted Healthy & Beauty Consultant

Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 012-2570456
Instagram : @vitaworldshop1

Shaklee Detox Program (Buang Toksin Secara Semulajadi)

Set Detox Shaklee Untuk Pembuangan Toksin Dalam Badan Secara Menyeluruh 

Shaklee Detox Program
Buang toksin dalam badan secara semulajadi
Detox sekarang sangat popular dengan fungsinya untuk membuang toksin dalam badan secara dari dalam. Boleh tengok di pasaran sekarang sama ada secara online ataupun offline, banyak produk-produk berasaskan detox dijual. Tidak ketinggalan Shaklee pun ada Set Detox Program untuk nyahtoksin dari dalam badan. Pastinya Shaklee lebih selamat, berkesan dan semulajadi. In sha ALLAH. 

Detox dengan kata lain ialah "membersih" badan dari dalaman. Detox sangat penting untuk penyerapan nutrien atau vitamin. Sekiranya organ yang terlibat dengan penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna. Jadi tidak hairanlah kalau anda mengambil vitamin semahal apa pun, selama manapun, tidak memberikan kesan apa-apa pada diri anda. Sebabnya vitamin yang dimakan hilang tanpa dapat diserap oleh badan. 

Tidak hairan dari mana datangnya toksin yang banyak dalam badan kita. Dengan keadaan udara dunia sekarang yang bermacam jenis bahan kimia yang dilepaskan, dengan makanan yang pelbagai dengan penggunaan bahan pewarna, pengawet, perisa tambahan dan lain-lain lagi adalah penyumbang kepada toksin yang ada dalam badan. 

Selain daripada kegagalan menyerap vitamin oleh organ, pembentukan toksin dalam badan juga boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius termasuk : 
  • Sakit kepala yang kerap 
  • Sakit sendi 
  • Keletihan 
  • Kulit melepuh 
  • Masalah sistem pencernaan 
  • Nafas berbau 
  • Jangkitan yang berulang-ulang 
  • Kekurangan daya imun tubuh 
Sekiranya ada simptom-simptom di atas, anda memerlukan Detox. Shaklee menawarkan produk detox untuk membantu membersihkan hati, kolon, membina mikroflora usus dan banyak lagi. 

Jom berdetox dengan Shaklee!!! 


Detox Hati / Liver Detox 
Hati adalah organ dalaman terbesar di dalam badan dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan metabolisma yang normal dan detoksifikasi badan secara semulajadi. DTX Complex Shaklee menyediakan sokongan untuk fungsi hati yang sihat. Produk ini mempunyai campuran proprieari yang terdiri daripada enam ramuan botani dengan antioksidan dan sifat-sifat yang melindungi aliran cecair hempedu, yang bergabung untuk melindungi dan merangsang keupayaan semulajadi badan bagi mengekalkan sel-sel hati yang sihat. 

DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah : 
  • milk thistle seed 
  • Schizandra chinensis seed (tanaman yang berasal dari China yang telah digunakan selaam lebih 2000 tahun untuk meningkatkan jumlah enzim detoksifikasi di dalam hati) 
  • Cendawan Reishi (dikenali kerana sifat antioksidannya) 
  • Dandelion 
  • Kunyit 
  • Artichoke (untuk membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal) 

Pembersih Usus / Colon Detox 
Badan yang sihat mengandungi bertrilion mikroorganisma baik. Majoriti bakteria baik ini tinggal di dalam usus dan dirujuk sebagai mikroflora. Sekurang-kurangnya 400 jenis mikroorganisma yang dijumpai dalam saluran gastro-usus, dan berjumlah kira-kira 3 lbs bakteria dalam usus kita sepanjang masa. 

Tugas bakteria baik ini ialah untuk mengawal penguasaan bakteria jahat. Bakteria baik haruslah berada dalam jumlah optimum untuk mengawal bakteria jahat. 

Punca Utama Ketidakseimbangan Bakteria 
  • Penggunaan antibiotik 
  • Umur 
  • Pemakanan tidak sihat 
  • Pengambilan serat yang rendah 
  • Kontraseptif oral 
  • Ubat-ubatan seperti aspirin dan kortikosteroid 
  • Tekanan 
  • Pengambilan gula yang tinggi 
Dr Shaklee telah memperkenalkan Herb-Lax pada tahun 1917. Ia direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu proses semulajadi badan. Herb-Lax adalah gabungan 9 herba, termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi. 

Herba yang digunakan dalam Herb-Lax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual dimana-mana. Produk-produk julap buatan ini biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, berhati-hati memilih sebarang produk ya. 

Sebaliknya, Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herb-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus. 


Pencuci Darah 
Seawal 300 SM, orang-orang Babilon menggunakan manfaat bawang putih yang serba boleh. Ia digunakan sebagai ubat untuk pelbagai tujuan, termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen antibiotik dan anti-mikrob. 

Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk menyucikan darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan. Walau bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan bawang putih sama. Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari ini, termasuk serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dan sebagainya, mengurangkan atau menghapuskan kandungan allicin. Allicin adalah komponen utama aktif bawang putih dan diperlukan untuk banyak manfaat bawang putih. 

Garlic Complex Shaklee diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan semua allicin. Garlic Complex Shaklee juga telah dirumus untuk kawalan bau. Bawang putih menyebabkan nafas berbau, tetapi tablet Garlic Shaklee tidak dipecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal bau dengan sempurna. 


Pencuci Keseluruhan Tubuh 
Alfalfa adalah bahasa Arab untuk "Bapa Kepada Semua Makanan". Akar herba yang mengagumkan ini tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrein penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan. 

Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyaktoksik, alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain. Menurut seorang pakar nutrisi, alfalfa membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. Ia membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolestrol. Hanya alfalfa yang mempunyai kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimia atau baja bukan organik, menjadikan ia alfalfa berkualiti tinggi. Selain itu, berpuasa juga merupakan satu cara untuk detox. 

Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Shaklee Independent Distributor 

Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp : 012-2570456
Instagram : @amaniehassan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...