Thursday, 25 September 2014

Harga Vitamin Shaklee Cekik Darah

Assalamualaikum..

Yesss.. Vitamin Shaklee mahal giler. Orang kaya je yang mampu beli dan makan vitamin Shaklee.. Orang yang poket tebal je boleh makan vitamin Shaklee.. Orang duit kepuk-kepuk je mampu ambik supplement Shaklee.. Orang biasa-biasa tak boleh makan vitamin Shaklee sebab vitamin Shaklee untuk orang kaya-kaya je..

harga vitamin shaklee cekik darah

Haa penah dengar tak conversation or statement macam tu? Biasa sangat kan. Apetah lagi bagi pengguna dan juga pengedar Shaklee ini sendiri.. That is normal thing. Ape yang mahalnye? Apa yang kaya nyer? tak paham tak paham..

Okay let me explain k. MAHAL bila vitamin shaklee itu dibeli sekaligus untuk full pack yang sebotol penuh tu tapi MURAH apabila ianya sangat menjimatkan. Contohnya B-Complex ada 120 tablets, Vitamin C ada 180 tablets, Lecithin 120 capsules which is lasts for 4-6 months. Means sekali beli terus jadi stock untuk 4-6 bulan yang akan datang. Bukannya perlu dibeli pada setiap bulan.

Tak percaya? Mari saya tunjukkan pengiraan harga vitamin shaklee dengan kuantiti yang diberi. Adakah ianya setanding dengan kualiti yang diberikan? Memang sangat murah tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya tunjukkan beberapa contoh disini ye.

1. Vitamin C
RM92.50/180 = RM0.51 per tabs..

2. Zinc Complex
RM33/120 = RM0.28 per tabs

3. Lecithin
RM53/120 = RM0.44 per capsules

Wednesday, 24 September 2014

Lokasi Santai Terbaik Bersama Keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Wohooo lama xupdate blog.. rindu tak? kikiki.. 

Okay la, amanie nak share pasal port best nak lepak bersama family, pakwe makwe, adik angkat abang angkat pon boleh. Sure baik dan happening lah. Macam-macam activity boleh buat dari yang kecik sampailah ke dewasa. Kat mana? Setia Alam Convetion Centre sebelah Setia City Mall. Nak navigate boleh terus navigate either one laa.. 

Friday, 25 July 2014

Bahaya Asid Folik Ketika Mengandung

Pengambilan asid folik bukan hanya ketika mengandung, malahan sangat penting untuk bakal ibu mengambil asid folik 5 hingga 6 bulan sebelum tempoh kehamilan. Ini kerana, asid folik sangat bahaya kepada ibu yang sedang hamil. Bahaya? Kenapa bahaya kepada ibu yang sedang hamil? Yes, memang sangat bahaya sekiranya ibu-ibu tidak mengetahui fungsi asid folik kepada kandungan. Ini kerana, kekurangan asid folik boleh membawa kepada kecacatan kepada bayi yang sedang dikandung. Jadi, sangat bahaya bukan? 

Masalah pembentukan saraf tunjang (spinal bifida) 
Gangguan pembentukan otak dan tempurung kepala tidak sempurna atau langsung tidak terbentuk (anecephaly/encephalocele) 

Vivix Bahaya Untuk Kesihatan Manusia

Assalamualaikum.. 

Masing-masing tengah update pasal vivix bulan ni kan. Maklumlah bulan ni kan promo vivix, banyak sangat beza harga kalo nak dibandingkan dengan harga biasa. So memang rugilah kalau tak rembat banyak-banyak bulan ni. Lebih dari rm100 jugak tu bezanya.. 

Vivix merupakan satu-satunya produk yang boleh masuk dalam DNA kita. Jadi, hebat sangatlah produknye kalau sampai boleh masuk dalam DNA untuk repair sel-sel dna dalam badan kita. Bila dna kita direpair, automatically ianya baik untuk skin. Pendek kata, awet muda gitu.. 

Lagi satu hebatnye vivix shaklee ialah ia menggalakkan biogenesis iaitu menggalakkan pembentukan mithocondria yang baru. Mithocondria ialah salah satu sel dalam badan yang membekalkan tenaga kepada kita. Makin lama fungsi sel makin berkurang, dan disinilah vivix berfungsi untuk membekalkan lebih banyak tenaga kepada kita. 

Thursday, 26 June 2014

Vitamin E Shaklee - Man Of Steel?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. 


Bila ditanya fungsi vitamin e untuk kesihatan lelaki of course fungsinya untuk performance dan juga kesuburan kan, sesuai dengan jolokan namanya vitamin cinta. Sape yang tak bahagia kalau rumah tangga yang dibina ditemani dengan suara riang kanak-kanak. Vitamin e baik untuk lelaki dan juga wanita. Tapi untuk hari ini, saya fokuskan kepada kaum adam. 

Tuesday, 24 June 2014

Elakkan Vitamin Dari Ibu Hamil!!!

Assalamualaikum...

Apa khabar ibu dan bakal ibu.? Ibu sihat? Baby okay? Kesihatan bagus? Melalui fasa hidup yang penuh ceria? Menanti kehadiran ahli baru dengan berdebar? Alhamdulillah.. Terima kasih Allah atas nikmat yang tidak terhingga.

set hamil shaklee

Semua ibu-ibu yang sedang melalui fasa-fasa kehamilan pastinya menginginkan suasana kehamilan yang ceria dan penuh bertenaga. Oleh yang demikian, pelbagai jenis makanan tambahan diciptakan untuk kegunaan para ibu. Walau bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan itu penting bagi ibu yang mengandung, ianya perlulah mengikut keperluan yang diperlukan oleh badan.

Friday, 23 May 2014

Kenapa Mesti Shaklee? Bukan MLM Lain?

vita world shop

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Ini adalah isu biasa. Sebut je MLM masing-masing punya persepsi wah wah wahhh.. kemain lagi ka.. hahaha. Well saya tak nak cerita yang tu.. Saya cuma ingin berkongsi dengan semua kenapa saya memilih jatuh cinta dengan Shaklee. Walhal saya join member Shaklee hanyalah untuk dapatkan side income, dan upline saya bukanlah orang yang mengajak saya untuk menjadi ahli Shaklee. Tapi dah terlanjur bersama Shaklee, terpaksalah menerima bonus setiap tengah bulan. ngehngehngeh So dari situlah saya kenal apa bendalah Shaklee ni.. Walopon dari 1956 lagi Shaklee ni wujud, tahun 2013 baru saya tahu Shaklee ni ape kemendenya.. huhuhu

Ok ini adalah sebabnya kenapa saya memilih Shaklee dan jatuh cinta padanya. 

Thursday, 22 May 2014

Shaklee Lain Dari Yang Lain?


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sejak terlibat dengan perniagaan Shaklee, macam-macam perkara saya dengar dan belajar daripada ramai orang, terutamanya prospek la. Tapi itu semua proses pembelajaran dan juga ilmu tambahan kepada saya apabila berhadapan dengan situasi yang sama.


Memandangan Shaklee ada beberapa produk makanan tambahan, ianya disalahanggap sebagai ubat. Suka untuk saya jelaskan mengenai benda ni. Seperti yang kita semua sedia maklum, dan bagi yang belum tahu sini saya kasi tahu ya, produk Shaklee berasaskan unsur semulajadi. Bukan sahaja vitaminnya yang semulajadi, malah botol vitamin juga menggunakan unsur semulajadi. Ubat pula kandungannya adalah sintetik, kimia dan campuran lain yang memberikan kesan dengan cepat. Walaupun pelbagai produk menggunakan ahan sintetik di seluruh dunia sama ada dalam penghasilan makanan tambahan, produk kecantikan dan lain-lain, ramai pengguna memilih untuk menggunakan produk yang berunsurkan semulajadi kerana sedar bahawa produk sintetik berkemungkinan besar membawa kesan sampingan yang buruk. Tetapi Shaklee adalah semulajadi dan pihak Shaklee memberikan jaminan selama 3-9 bulan untuk mendapatkan kesan hasil pengambilannya. Walaubagaimanapun, tidaklah kesemua makanan tambahan Shaklee mengambil masa dalam tempoh tersebut. Sebagai contoh, Advanced Jointh Health Tablet memberikan kelegaan kepada sendi dalam tempoh 5 hari sahaja. Set migrain seperti Ostematrix dan B-Complex pula memberikan kelegaan dalam masa 1 hari apabila diambil ketika migrain.

Thursday, 8 May 2014

Snek Segera Untuk Penyerapan Nutrien Dengan Segera

akudanvita.blogspot.com

Alhamdulillah bulan ni Shaklee masih lagi setia bersama promosinya setiap bulan... Bulan May adalah bulan untuk Meal Shakes.. 

Selalunya apabila yang dinamakan snek, majoriti makanan dan minuman tersebut adalah yang tidak berkhasiat, banyak kandungan msg, gula, pewarna dan perasa yang macam-macam yang boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan terutamanya kanak-kanak yang memang sangat gemarkan memakan snek. Jadi, Meal Shakes adalah snek yang berkhasiat yang penuh dengan nutrien yang baik, seimbang dan penuh gizi kerana lengkap dengan kandungan buah dan sayur. Kenapa saya kata Meal Shakes adalah snek segera yang berkhasiat? Inilah sebabnya. 

Friday, 25 April 2014

Turunkan Kolestrol Secara Semulajadi

 Assalamualaikum.. 

Tahun lepas Shaklee telah memperkenalkan produk baru iaitu CoQHealth Plus untuk penjagaan kesihatan jantung khususnya. Tahun ini, pada bulan 6 ketika majlis National Conference 2013/2014.. 

Jadi, tahun ini Shaklee telah memperkenalkan produk baru iaitu Phytocol-st khusus untuk rakyat Malaysia yang sememangnye suka mengambil makanan berlemak setiap hari, dan sekaligus menyumbang kepada masalah kolestrol tinggi dalam badan yang memberi kesan kepada masalah jantung. 

ubat turunkan kolestrol dalam badan

Wednesday, 23 April 2014

Manisnya Ukhuwah Fillah (Master Celebration)

Assalamualaikum.. 

Hari ni saya nak jamu mata dengan gambar je la bole tak? hehe. Gambar semasa saya pergi Master Celebration  my super duper upline iaitu Master Azrin dan Master Azmie. So pretty young women with beautiful daughter and charming husband. 

noor amanie hassan


Inilah the beauty on that day. Her name is  Azrin Mohd. Ni ikut nama facebook. hehe.. First time say jumpa mamarin time kat Sabah sempena OSF Family Gateway. Ni kali kedua jumpa dan dilantik menjadi usherer semasa Mascel beliau. love u mama.. 

Friday, 11 April 2014

Kenapa Supplement Tidak Berkesan?

kenapa supplement tidak berkesan

Perkara biasa yang akan saya dapat daripada bakal pembeli saya ialah "berapa lama nak tengok perubahan?", "lama tak hasilnya?" "kalau skip takpe ke?" dan macam-macam lagilah. Manusia memang tak boleh lari dari gelojoh, tak sabar dan terburu-buru. Kalau boleh ambil suppelement hari ini, esok dah nak dapat kesan yang luar biasa. Ada ke supplement yang memberi kesan macam tu? Jawapannya takda, melainkan dadah.

Ada juga mereka yang mengambil makanan tambahan a.k.a supplement kecewa dan tidak berpuas hati walaupun telah mengambil pelbagai jenis supplement. Kita disarankan untuk makan supplement secara konsisten selama 3 bulan untuk mendapatkan kerasian dengan tubuh badan kita. Ada juga yang langsung tidak mendapat kebaikan dari supplement walaupun dah berbulan-bulan mengambil supplement. Apakah puncanya? 

Thursday, 27 March 2014

Rahsia Yogurt Untuk Kecantikan Semulajadi

rahsia cantik jelita secara semulajadi

Sekarang ramai yang menghabiskan duit beribu-ribu untuk kecantikan kulit. Suntikan dan pembedahan menjadi jalan singkat yang mudah dan cepat untuk menjadi cantik dalam masa yang singkat. Sedangkan banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk mencantikkan kulit dengan lebih mudah, murah dan menjimatkan serta tidak mendatangkan masalah untuk jangka masa panjang. Syaratnya, mestilah rajin, berdisiplin dan konsisten dengan amalan tersebut. 

Hari ini saya ingin kongsikan kebaikan yogurt dalam memberikan kecantikan secara semulajadi kepada kita. Selain daripada murah dan mudah untuk didapati, yogurt sangat mujarab dalam merawat pelbagai jenis masalah kulit dan rambut. So let's check it out. 

Wednesday, 26 March 2014

Merawat Rabun Jauh dan Dekat

petua merawat rabun

Mata salah satu pancaraindera yang sangat penting bagi manusia kerana dengan matalah manusia dapat melakukan aktiviti rutin dan pekerjaan dengan baik. Walau bagaimanapun, tidak semua manusia dapat menikmati nikmat ALLAH yang satu ini. Oleh itu, mata perlu dijaga dengan sebaik mungkin untuk mengelakkan daripada dijangkiti daripada kuman yang berbahaya. 

Bagi yang rabun, sekarang sudah ada rawatan lasik untuk merawat rabun seperti yang dilakukan oleh Prof. Dr. Muhaya. Bagi yang belum mengalami masalah mata, cuba amalkan pemakanan yang betul untuk penjagaan mata supaya tidak menjadi sudah terhantuk baru tengadah. 

Tuesday, 25 March 2014

Bahaya Rokok Kepada Kesihatan Bayi


Walaupun kita sendiri tidak merokok, tapi asap rokok dari orang lain di sekeliling turut sama menjejaskan kesihatan terutamanya kepada ibu yang sedang menyusu dan bayi. 

Kajian di Santiago, Chili menunjukkan bahawa asap rokok yang terhirup oleh ibu menyusu dapat mengganggu penghasilan susu ibu. Dalam masa tiga bulan, dapat dilihat berat badan bayi daripada ibu yang perokok atau menghirup asap rokok, juga tidak menunjukkan perkembangan yang optimum.

Monday, 24 March 2014

Bahaya Alergi Pada Bayi

bahaya alergi kepada bayi

Kanak-kanak cirit-birit, muntah dan mengalami bengkak di bahagian anggota tubuh badan merupakan sinptom kanak-kanak mengalami alergi dan ini amat merungsingkan ibu bapa untuk menyelesaikan masalah tersebut. Untuk pengetahuan, masalah anak kecil alergi semakin meningkat dewasa ini. Jadi, langkah berjaga-jaga perlu diambil oleh ibu bapa untuk elakkannya menjadi lebih teruk dan membahayakan kanak-kanak. 

Alergi anak kecil dengan alergi orang dewasa berbeza. Alergi sebenarnya merupakan reaksi tubuh yang berlebihan terhadap bahan-bahan yang tidak boleh diterima oleh tubuh. Alergi ini lazimya berlaku pada kaak-kanak berumur 3 tahun dan kebawah kerana pada usia ini organ tubuh yang paling sensitif ialah kulit dan pencernaan. Jadi tidak hairanlah kanak-kanak yang mengalami alergi adalah kerana faktor pemakanan. 

Sunday, 23 March 2014

Kanak-Kanak Gemuk Comel Atau Bahaya?


Malaysia memang terkenal sebagai negara yang majoriti rakyatnya adalah obesiti termasuklah kanak-kanak. Mind set sesetengah pihak mengatakan bahawa kanak-kanak yang gemuk adalah comel, sihat, dan bebas dari penyakit. Tapi, tahukah anda bahawa kanak-kanak yang gemuk sejak bayi akan berisiko untuk menjadi gemuk apabila dewasa nanti dan akan menghidapi penyakit-penyakit yang berbahaya ekoran daripada "kecomelan" tersebut seperti penyakit kardiovaskular, diabetes dan gangguan pernafasan. 

Saya akan kongsikan beberapa info dan tip berkenaan masalah yang sedang meningkat sekarang ini. 

Saturday, 22 March 2014

Makanan Kesuburan Dan Selepas Bersalin


Bagi pasangan yang sudah lama inginkan cahaya mata, bermacam-macam cara yang telah dilakukan untuk mendapatkan zuriat. Sama ada secara moden mahupun tradisional iaitu berubat secara kampung. Tapi, kali ini saya tidak berkongsi tips untuk mendapatkan cahaya mata sahaja, malahan penjagaan bagi ibu yang telah melahirkan anak. Ini kerana selepas bersalin sangat penting untuk meningkatkan imuniti untuk mencegah penyakit endometriosis, fibroid, dan ovarian cyst daripada kembali sekaligus untuk meningkatkan peluang untuk hamil lagi dan lagi. 2 in 1 hanya di Vita World Shop. Jom check it out mommies. 

Friday, 21 March 2014

Kepentingan Vitamin Untuk Kesihatan Berpanjangan

benefit of supplements

Penting sangat ke vitamin a.k.a makanan tambahan ni? Masih ramai yang belum tahu akan kepentingan makanan tambahan pada badan dengan alasan dah dapat zat dan vitamin yang mencukupi daripada makanan. Haa itu salah ok. Badan tidak akan dapat 100% vitamin secara langsung dari makanan kerana makanan telah melalui beberapa proses dan fasa sebelum dimakan. Sebagai contoh, ikan yang dimasak menggunakan api yang besar semakin hilang kandungan vitamin, buah yang dipetik dan disimpan lama dalam peti ais semakin berkurang kandungan vitaminnya dan begitulah semuanya. Jadi, penting ke tak mengambil makanan tambahan yang boleh meliputi segala jenis makanan tambahan yang tak mampu untuk kita ambil dalam masa satu hari? 

Thursday, 20 March 2014

5 Kesilapan Ketika Melangsingkan Badan

kesilapan ketika kuruskan badan

Ramai yang ingin turunkan berat badan. Tapi tak ramai yang tahu cara dan kaedah yang betul untuk kurangkan berat badan sekaligus membentuk otot yang cantik dan menawan. Kesudahannya, hasil yang diimpikan tidak menunjukkan sebarang hasil yang memuaskan. 

Wednesday, 19 March 2014

Berpantang Moden Dari Hari Pertama Kelahiran

akudanvita.blogpsot.com

Sekarang ramai ibu-ibu yang keliru untuk berpantang sama ada untuk berpantang secara moden atau secara tradisional. Sekarang tidak perlu pening lagi kerana set berpantang moden dengan shaklee setanding dengan berpantang secara tradisional. Bagaimana shaklee membantu berpantang secara moden dengan merawat seperti tradisional ialah : 
  1. Memulihkan dalaman dengan ESP, Alfalfa dan Vitalea 
  2. Mengelakkan meroyan dengan B-Complex 
  3. Memanaskan badan dengan B-Complex 
  4. Mengatasi sembelit dengan Ostematrik 
  5. Minuman herba detoks dengan Alfalfa 
  6. Menyembuhkan luka sama ada secara normal atau pembedahan dengan Zinc 
  7. Banyakkan susu ibu dan merawat bengkak susu dengan Alfalfa, ESP dan Lecithin

Tuesday, 18 March 2014

Langkah Mudah Pengawalan Berat Badan

cara mudah turunkan berat badan

Dalam dunia ni ada 2 pilihan je. Nak gemuk dan nak kurus. Masing-masing risaukan berat badan sama ada terkurang atau terlebih dan susah untuk naikkan berat badan dan juga untuk turunkan berat badan. Hari ni saya nak fokuskan kepada mereka yang ingin turunkan berat badan memandangkan Malaysia merupakan negara yang majoriti rakyatnya adalah penghidap obesiti. 

Macam mana nak kurus dengan cepat, selamat, berkesan dan menjimatkan? Ikuti 2 langkah ini dengan secara konsisten dan berdisiplin, in sha ALLAH keputusannya memang sangat memberansangkan. 
  1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi. 
  2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.

Monday, 17 March 2014

Rahsia Turunkan Berat Badan Dengan Cepat

set shape up programme

Semua orang menginginkan kesihatan yang baik dan bentuk badan yang menarik. Subjektif kepada empunya diri, ada yang suka kelihatan kurus dan ada yang suka kelihatan ‘comel’. Namun, obesiti adalah sesuatu yang patut ditakuti oleh semua kerana banyaknya risiko penyakit kronik yang berkaitan dengan obesiti.

Oleh itu, ramai yang ingin turunkan berat badan dengan cepat melalui diet yang ketat. Malah, ada yang menerima kesan sampingan yang lebih teruk akibat obses kurus, iaitu anorexia. Mahu kurus, itu sangat bagus. Namun biarlah turun berat badan secara sihat, bukan secara menyeksa tubuh kita.

Masih Gemuk Dengan Pelbagai Produk Kurus

akudanvita.blogspot.com

Stress dengan berat badan tak turun-turun? Frust try macam-macam produk slimming tapi tak berkesan? Kecewa dengan side effect slimming product untuk jangka masa yang panjang especially merosakkan buah pinggang?

Kini tiada lagi kerisauan dan kekecewaan dengan adanya minyak ikan dari Shaklee iaitu Omega Guard. Kenapa mesti minyak ikan Omega Guard?
  1. Meningkatkan metabolisma 
  2. Membantu pembakaran lemak
  3. Menghalang pembentukan lemak
  4. Mengawal selera makan 

Thursday, 13 March 2014

Punca Perut Buncit Walaupun Kurus

akudanvita.blogspot.com

Badan kurus langsing, tegap, tuff cukup lengkap semua aset. Tapi, bila sampai tang perut, Alamak, buncitnye?

Haaaa, ada tak yang mengalami masalah macam ni? Makan banyak ke, tak banyak ke, perut masih juga buncit. Yang kurus walaupun makan banyak, tapi berat tak naik, tang perut je naik. Pernah tak? Tak tahu punca macam mana boleh jadi macam ni? Dah habis cara buat tapi buncit tak juga hilang? Rileks ok, jangan down, jangan stress, jangan mental breakdown semata-mata kerana buncit.

Sebelum tu jom tengok apa punca yang menyebabkan kebuncitan melanda tak kiralah lelaki ke perempuan ke, sama je semua.

Tuesday, 11 March 2014

Kuruskan Badan Dengan Kacang Tanah

akudanvita.blogspot.com

Assalamualaikum..

Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, pemilihan diet yang betul dan seimbang sangat perlu dititikberatkan selain daripada melakukan senaman. Untuk menyempurnakan diet yang sihat, sangat digalakkan untuk menambahkan kacang tanah dalam diet harian.

Tahukah anda pengambilan kacang dengan minyak EPO merupakan gandingan hebat untuk turunkan berat badan? Kacang tanah kaya dengan protein dan lemak, selain mengandungi zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B Complex, fofforus, vitamin A, vitamin K, lecithin dan kolin. Semua orang tahu lecithin  memang fungsinya untuk memecahkan lemak, jadi ini adalah salah satu sebab kenapa kacang tanah membantu dalam proses penurunan berat badan. Lebih hebat lagi apabila kandungan protein di dalamnya boleh menandingi protein yang terdapat di dalam daging, telur serta kacang soya.

Monday, 10 March 2014

Rahsia Badan Solid Selepas Kurus

Apakah cara untuk membuatkan sentiasa kenyang, pada masa yang sama berpuas hati dengan proses pelangsingan badan yang berlaku, dan paling penting memelihara otot supaya sentiasa solid dan menawan?

Leucine iaitu asid amino sangat penting dalam memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa proses penurunan berat badan berlaku. 

Leucine dalam protein sangat diperlukan oleh badan kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma dimana metabolisma ini adalah untuk membakar kalori dalam badan. Makanan yang kaya dengan protein dapat membantu dari rasa lapar, sekaligus membantu menahan diri dari mengambil makanan ringan terutamanya pada waktu malam. 

Wednesday, 5 March 2014

Membongkar Rahsia Kandungan ESP Protein

esp shaklee ingredients

Assalamualaikum.

Masing-masing dah kecoh pasal ESP seminggu ni kan. Almaklumlah, promosi harga durian runtuh la katakan. Bagi yang sudah tahu apakah ESP tu memang takkan lepaskan peluang keemasan bulan ni untuk borong ESP banyak-banyak. Bagi yang belum tahu apa bendalah ESP ni, saya nak sharing sedikit mengenai kandungan yang terdapat dalam ESP ni. Apa yang membuatkan ESP ni begitu unik, begitu istimewa, begitu ommphhhh.. 

Tuesday, 4 March 2014

Dapatkan ESP Dengan Harga Gila Kentang

akudanvita.blogspot.com

Assalamualaikum... 

Honestly ramai yang bersorak gembira sebaik sahaja tahu bulan Mac ni ialah promotion ESP. Mana taknya harga biasa RM150 satu tong ni boleh dapat dengan harga giler kentang punyer murah. Terbaik kan. Harga yang sangat murah tetapi dengan kebaikan dan manfaat yang terkandung di dalamnya buat orang tak keruan. Sorang-sorang borong bertong-tong kot buat stock kat rumah. Al maklumlah, bulan ni sahaja dapat harga super special macam ni. Entah bila la pulak akan dapat promotion ESP ni lagi. 

Thursday, 27 February 2014

Vitamin C Buat Hidup Lebih Lama?

akudanvita.blogspot.com

Dr. Atkins kata, mereka yang mengamalkan vitamin C hidup lebih lama berbanding mereka yang kekurangan vitamin C. Betul ke? Apa fungsi Vitamin C jom lets check it out. 

Wednesday, 26 February 2014

Tips Tingkatkan Metabolisma Untuk Kurus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. 

Ramai orang tak tahu apa kaitan metabolisma dalam proses penurunan berat badan. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisma ialah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Saya kongsikan beberapa tips untuk meningkatkat metabolisma untuk memudahkan proses penurunan berat badan berlaku.  
akudanvita.blogspot.com

Friday, 21 February 2014

Dapatkan Shaker Shaklee Dengan Percuma!!

akudanvita.blogspot.com

Assalamualaikum. 

RM0.00 Shaklee: We are pleased to inform that the New Shaker O0062 is now available for sale. Thank you

Hari ni dapat mesej dari Shaklee. Katanya shaker yang hot stuff walopon tiada uv, dah ada stock. So of course la saya pun salah seorang yang akan memborongnya banyak-banyak untuk dijadikan free gift kepada customers saya. 

Thursday, 20 February 2014

Rahsia Merawat Batu Karang Tanpa Menyakitkan

akudanvita.blogspot.com

Apa itu penyakit batu karang?

Penyakit batu karang bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia terutamanya. Batu karang atau “renal stone” membawa maksud terdapat batu di buah pinggang atau salur kencing  seseorang. Batu ini terbentuk apabila terdapat mendakkan mineral dalam air kencing. Selalunya kaum lelaki lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini, namun kaum wanita juga juga tidak terkecuali dari mendapat penyakit ini. 

Manfaat Vitalea - Multivitamin dan Multimineral Terbaik Di Dunia

multivitamin dan multimineral terbaik di dunia

Perbezaan Shaklee:

Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi    30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. 

Wednesday, 19 February 2014

Manfaat Lecithin Bagi Tubuh - Lecithin Shaklee

akudanvita.blogspot.com

Lecithin adalah makanan super semulajadi yang hebat seperti mana kebanyakan supplement yang digabungkan di dalam satu kapsul kerana ianya membekalkan gabungan lemak yang bernutrisi dan sesetengah vitamin B. Orang ramai menggunakan supplement Lecithin sejak berdekad lalu. Sumber terbaik Lecithin boleh ditemui di dalam kuning telur dan susu soya (serta otak haiwan, yang diambil sebagai makanan) tetapi kita tidak mampu untuk mengambil sumber Lecithin tersebut di dalam kuantiti yang diperlukan oleh keperluan harian kita. Ini adalah perkara yang sangat merugikan kerana Lecithin sangat berguna kepada hampir kebanyakan sel di dalam tubuh badan kita. Lecithin digunakan oleh tubuh badan kita dalam beberapa cara yang berbeza tetapi kebanyakan menggunakan supplement Lecithin terutamanya untuk kawalan kolestrol atau pun untuk meningkatkan minda. 

Khasiat Boswellia dalam Advanced Joint Health Tablet (AJHT) Shaklee

shaklee joint health set

Ciri-ciri AJHT Shaklee adalah:
  1. 100% bebas kekerang (boleh diambil oleh orang yang elegik seafood)
  2. 100% vegeterian
  3. 100% bebas kondrotin (untuk penyerapan glukosamin yang baik)
  4. Hanya dua biji sehari
  5. Kaplet yang mudah ditelan
  6. Tiada perasa tiruan, pemanis atau pengawet
  7. Bebas gluten 

Vitamin Untuk Hilangkan Stress - B Complex Shaklee

b complex shaklee

Tahukah anda dengan mengambil vitamin, ia juga dapat menangani anda daripada stress? Supplemen boleh kurangkan stres sebab dengan peningkatan kualiti nutrisi pemakanan secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur.

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi?
Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita. 

Tuesday, 4 February 2014

Merawat Keputihan Dengan Berkesan - Kesan Keputihan

akudanvita.blogspot.com

Tanda-tanda penyakit akibat daripada keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar saat keputihan berlangsung. Namun, perlu anda ketahui bahawa tidak semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda penyakit.

Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh kulat. Ini termasuklah wanita hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stres ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah. 

Rawatan Asthma Untuk Kanak-kanak

akudanvita.blogspot.com

Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam. Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara.

Monday, 3 February 2014

Cara Merawat Resdung Kronik

akudanvita.blogspot.com

Penyakit Resdung adalah antara penyakit yang sering menjadi masalah kepada ramai orang di Malaysia.Pelbagai rawatan telah dicuba untuk atasi masalah penyakit resdung ini.  Set Resdung Shaklee disyorkan bagi membantu mengatasi masalah yang menghantui anda selama ini. Dalam istilah perubatan, penyakit resdung dikenali dengan nama sinusitis. Masyarakat lazimnya menganggap penyakit ini adalah penyakit yang tidak berbahaya walaupun hakikatnya jika dibiarkan menjadi kronik ia boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

Saturday, 1 February 2014

Vitalea Shaklee Multivitamin Terbaik

akudanvita.blogspot.com

Multivitamin menyokong keperluan zat dan nutrisi pemakanan harian untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Pengambilan multivitamin terbaik membantu menguatkan sistem imun dan menggalakkan kesihatan jangka panjang. 

Memilih multivitamin terbaik menyokong diet harian kerana makanan disekeliling kita dipenuhi makanan yang telah diproses daripada sos, kicap dan makanan segera. Jadi sangat sukar bagi kita untuk mendapatkan 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Manfaat Multivitamin & Multimineral Terbaik Di Dunia

vitalea shaklee

VitaLea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai “Vitaliza-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.

Friday, 31 January 2014

Adakah Shaklee Bahaya dan Tidak Selamat?

akudanvita.blogspot.com

Shaklee adalah sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee. Shaklee sudah bertapak di Malaysia melebihi 55 tahun dan telah mendapat kepercayaan yang tinggi dari pelanggan termasuk golongan Profesional.

Keistimewaan Produk Shaklee - No Harm Done!

Selain dari menjalani ujian kualiti dan diperbuat dari bahan-bahan terpilih, cara vitamin-vitamin Shaklee bertindak juga berbeza.

Sebelum itu jom kita lihat bagaimana nutrien dari makanan kita diserap oleh sistem penghadaman kita:

akudanvita.blogspot.com

Secara umumnya, kebanyakan nutrien makanan kita diserap di usus kecil. Proses pencernaan makanan bermula dari dalam mulut lagi, oleh air liur. Kemudian esofagus menghantar makanan yang kita kunyah, atau vitamin yang kita telan ke dalam perut. Asid hidroklorik dalam perut adalah sangat penting, bukan saja untuk pencernaan, malah ketidakseimbangan asid dalam perut boleh mendatangkan pelabagi masalah kesihatan, misalnya ulser perut, kelesuan melampau, rambut gugur dan sebagainya.

Thursday, 30 January 2014

Alfalfa Herba Terhebat Dari Tanah Arab


Sejarah alfalfa bermula lebih 5000 tahun dahulu di Timur Tengah, apabila bangsa Arab menggunakan alfalfa untuk makanan kuda mereka. Mereka mendapati kuda yang diberi makan alfalfa, lebih cergas dan tangkas. Mereka mula mencuba alfalfa untuk diri sendiri dan mendapati hasilnya sangat hebat!

Alfalfa yang mula dikenali sebagai ‘al-fash fash’ yang bermaksud ‘bapa segala tumbuhan’ di Timur Tengah, mula diperkenalkan ke seluruh dunia sebagai sumber nutrien yang hebat. Di Sepanyol, namanya diolah menjadi ‘alfalfa’ yang kekal hingga hari ini.

Alfalfa dikenali dengan fungsinya yang sangat banyak, dan juga kerana semua bahagian pokoknya boleh dimakan, dari akar hingga ke pucuk. Selain dari digunakan sejak ribuan tahun, alfalfa digunakan dalam perubatan Tradisional Cina, Eropah, homeopati, malah juga dalam kajian perubatan moden. Dalam penyelidikan “Journal of Nutrition” oleh para ahli sains di University of California, pada tahun 1984 bahawa Alfalfa disimpulkan sebagai dapat menggantikan insulin untuk penderita diabetes.

Banyak sangat khasiat alfalfa ni. Ini kerana ia mengandungi mineral utama seperti kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, kuprun, dan zinc terkandung di dalamnya. Vitaminnya pula,dari vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, C, hingga K.

Memang hebat khasiat khazanah alam, alfalfa ni. Anugerah Ilahi untuk kita kecapi. Ia juga sangat bagus untuk suami dan isteri!



Alfalfa Shaklee / Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950-an

Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan“. Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.

Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet alfalfa Shaklee  mengandungi 300mg.



  • Kaya dalam nutrisi dan mineral surih
  • Mengurangkan toksin 
  • Melegakan rasa kebas dan sakit sendi
  • Merendahkan kolestrol 
  • Mengandungi enzim penting untuk penghadaman makanan


Manfaat Utama Alfalfa Shaklee
  • Mencuci hati, darah dan usus – ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan Alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
  • Menyingkirkan lemak dan kolestrol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.
  • Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor. 
  • Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit
  • Mencegah/ merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan
Saya merupakan pengedar Shaklee di Damansara, Sungai Buloh, Gombak dan Taman Tun Dr. Ismail. COD boleh dilakukan di kawasan-kawasan berikut. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp : 012-2570456
Instagram : AmanieHassan

Wednesday, 29 January 2014

Supplement Untuk Bakal Bapa

shaklee men's vital health set

Biasanya untuk merancang kehamilan, banyak memberi tumpuan kepada persediaan bakal mama. Hakikatnya dalam proses merancang kehamilan bukan bakal mama sahaja yang perlu mempersiapkan badan sihat tetapi bakal papa juga sama pentingnya.

Penghasilan sperma yang berkualiti daripada bakal papa diperlukan untuk menjayakan kehamilan. Jadi, sebaiknya jagalah kesihatan diri dan perbaiki pengambilan makanan yang sihat agar barjaya menghasilkan sperma yang berkualiti.

Selain daripada mengamalkan pemakanan sihat, pengambilan suplemen juga membantu usaha tersebut.

1) Vitamin E 
Berperanan untuk membantu pengeluaran sperma dan mencegah kerosakan sperma kerana bersifat sebagai antioksidan, serta membantu meningkatkan tugas hormon-hormon seks lelaki.

2) Vitamin C 
Diperlukan untuk meningkatkan jumlah sel-sel sperma yang dihasilkan, meningkatkan aktiviti pergerakan sperma supaya mampu bercantum dengan sel telur, memanjangkan masa hidup sperma, serta mengelakkan daripada kerosakan akibat radikal bebas.

3) Vitamin B12 
Berfungsi meningkatkan kualiti sel-sel sperma, sama ada kuantiti sel-sel sperma yang dihasilkan serta kemampuan pergerakkannya.

4) Zat besi 
Berperanan membantu proses pembentukan sel-sel sperma serta menjaga kualiti sperma yang dihasilkan agar tetap baik.

5) Zink 
Diperlukan dalam proses metabolisma oleh lebih daripada 200 enzim serta membantu menjaga fungsi organ-organ seksual lelaki. Kekurangan zat ini dapat mengakibatkan hormon testoteron menurun, testis mengalami penyusutan, sehingga pengeluaran sel-sel sperma yang sihat jadi menurun.

6) Kalsium  
Membantu meningkatkan pH tubuh, ketika proses percantuman dilakukan dan  pertemuan antara sperma dengan ovum. Zat ini membantu perkembangan sel yang terbentuk daripada hasil percantuman sperma dan ovum dengan lebih baik.

7) Selenium 
Yang bersifat antioksida membantu mencegah terjadinya proses oksidasi sel-sel sperma. Oleh itu, kualiti sel-sel sperma dapat dihasilkan dengan baik.

makanan tambahan untuk bakal bapa

Set Men's Vital Health Shaklee membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki. 
Antara kebaikan set ini ialah : 
  • Memelihara kesihatan prostat 
  • Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan 
  • Memelihara jantung yang sihat 
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal 
  • Mengawal tahap kolestrol yang sihat
Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Trusted Healthy & Beauty Consultant

Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 012-2570456
Instagram : @vitaworldshop1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...