Tanda-tanda penyakit akibat daripada keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar saat keputihan berlangsung. Namun, perlu anda ketahui bahawa tidak semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda penyakit.
Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh kulat. Ini termasuklah wanita hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stres ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.
1) Jernih
- Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu subur dan apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stres. Malah, keputihan seperti ini turut sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil.
2) Putih
- Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk.
- Malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda menderita jangkitan yang yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.
3) Putih pekat
- Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamana ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.
4) Coklat
- Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.
5) Merah muda
- Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini terjadi setelah melahirkan. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul saat anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.
Warna-warna lain
1) Kelabu
- Apabila lelehan berwarna kelabu dengan garis darah, berair, sangat banyak dan berbau busuk, anda perlu lebih prihatin dan segera mendapatkan pemeriksaan doktor kerana ia bekemungkinanan petanda awal kanser.
2) Kuning kehijauan
- Jika lelehan yang keluar berupa kuning kehijauan, berbuih, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan sakit di sekitar kawasan bahagian intim serta kemerahan pada vagina, kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh kuman protozoa trichomonas vaginalis.
3) Kuning
- Jangkitan yang disebabkan oleh nisseria gonorrhoe mungkin berlaku apabila lelehan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan; sakit di daerah sekitar kemaluan serta sakit ketika anda membuang air kecil.
Jika anda mengalami gejala keputihan seperti ini, segeralah berjumpa dengan doktor kerana rawatan khusus harus dilakukan segera bagi mencegah komplikasi yang lebih teruk. Komplikasi yang dimaksudkan sering berlaku apabila kuman mula menyerang serviks. Komplikasi jangka panjang yang lebih ngeri ialah anda mungkin mengalami masalah mandul organ peranakan terutamanya tiub fallopio rosak.
INFO
Antibiotik yang diambil ketika sakit akan menghapuskan sekali gus bakteria baik dan jahat. Untuk mengembalikan kewujudan bakteria baik dalam tubuh, anda digalakkan untuk mengambil yogurt atau minuman berkultur yang mengandungi banyak lactobacilus.
Set Keputihan Shakee mampu mebantu mengatasi masalah keputihan yang di alami.
Saya merupakan pengedar Shaklee di Damansara, Sungai Buloh, Gombak dan Taman Tun Dr. Ismail. COD boleh dilakukan di kawasan-kawasan berikut.
Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :
Your Shaklee Independent Distributor
Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :
Your Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 1003214
E-mail : vitaworldshop@gmail.com
Web : akudanvita.blogspot.com
FB : Noor Amanie
FB Page : Vita World Shop
Call/SMS/Whatsapp : 012-2570456
Instagram : AmanieHassan
No comments:
Post a Comment