Ini adalah isu biasa. Sebut je MLM masing-masing punya persepsi wah wah wahhh.. kemain lagi ka.. hahaha. Well saya tak nak cerita yang tu.. Saya cuma ingin berkongsi dengan semua kenapa saya memilih jatuh cinta dengan Shaklee. Walhal saya join member Shaklee hanyalah untuk dapatkan side income, dan upline saya bukanlah orang yang mengajak saya untuk menjadi ahli Shaklee. Tapi dah terlanjur bersama Shaklee, terpaksalah menerima bonus setiap tengah bulan. ngehngehngeh So dari situlah saya kenal apa bendalah Shaklee ni.. Walopon dari 1956 lagi Shaklee ni wujud, tahun 2013 baru saya tahu Shaklee ni ape kemendenya.. huhuhu
1. Penghantaran Vitamin Oleh Pihak Shaklee
Bagi yang nak COD tu saya akan COD lah. Kawasan COD saya ialah Klang, Shah Alam, Meru, Bandar Bukit Raja, Puncak Alam, dan Kuala Selangor. Jadi, pelanggan yang jauh dari kawasan COD dan perlukan penghantaran, Shaklee akan uruskan semuanya. Paling best, sekiranya pembayaran dan pembelian dibuat sebelum pukul 12 tengah hari, barang-barang yang dipesan akan sampai keesokan harinya. In Sha ALLAH.
2. Vitamin Yang Sangat Berkualiti, Harga Yang Mampu Milik dan Tahan Lama!!
Seperti yang kita semua sedia maklum vitamin Shaklee merupakan vitamin semulajadi. Vitamin semulajadi patut lebih mahal kerana pemprosesannya leih rumit serta kawalan kualitinya juga lebih ketat berbanding vitamin sintetik kerana ianya melibatkan khasiat semulajadi. Tapi Shaklee masih mampu meletakkan harganya sebaris dengan harga vitamin-vitamin lain di pasaran malah lebih murah lagi!
3. Mudah Dapat Repeat Order.
Kebanyakan pelanggan saya yang telah menggunakan produk Shaklee akan repeat order berulang-ulang kali sebab dah jatuh cinta dengan keberksanan Shaklee. Hinggakan mempromosikan kepada kawan-kawan terdekat siap kasi harga yang saya berikan kepada mereka. Hebat tak bila dah jatuh cinta dengan Shaklee ni? Tau-tau je dapat wassap "sis, saya dah bank in duit ke acc sis untuk sekian-sekian vitamin". hahaha
4. Mudah Berkesan.
Pengambilan air yang banyak semasa pengambilan vitamin sangat penting. Kalau tak ambil vitamin sekalipun, pengambilan air putih yang banyak memang sangat penting. Untuk menampakkan kesan yang cepat, saya selalu nasihatkan pelanggan saya untuk banyakkan minum air putih sekurangnya 8 gelas setiap hari. Dan saya berikan cadangan yang bersesuaian untuk pengambilan 8 gelas air setiap hari untuk memudahkan pelanggan saya. Best tak jadi pelanggan saya? hehehe
5. Masa Yang Fleksibel.
Memandangkan saya fokus kepada pemasaran online, masa untuk saya buat promosi dan pemasaran produk Shaklee adalah sangat fleksibel. Memandangkan saya bekerja makan gaji, jadi ini sangat memudahkan bagi saya kerana tidak terikat dengan masa. Bila free boleh buat, dan paling best boleh buat sambil meniarap atas katil lagi taw. Shaklee mudah kan?
6. Bonus Selari Dengan Usaha.
Bisnes Shaklee bukanlah bisnes head hunter yang nak kena cari downline ramai-ramai. Dlam Shaklee, berapa ramai pun downline kita tidak memberi apa-apa manfaat kepada kita sekiranya kita sendiri tidak berusaha keras untuk memajukan bisnes dan tingkatkan jualan sendiri. So Shaklee bukanlah dapat bonus berdasarkan berapa ramai downline kita, tapi berapa banyak jualan kita dan kumpulan kita. Jadi, bisnes Shaklee ialah bisnes yang adil kerana siapa yang berusaha keras dialah yang akan dapat banyak. Tak kiralah downline ke upline ke, masing-masing akan dapat reward based on their efforts.
7. Boleh tentukan bonus sendiri.
Sperti yang saya beritahu, bonus Shaklee berdasarkan jumlah jualan kita dan kumpulan kita. Paling penting ialah jualan kita sendiri kerana kita tidak boleh berharap pada jualan downline kita. Jadi, saya akan tentukan berapa banyak jualan yang saya nak jual pada bulan tersebut untuk dapatkan berapa banyak jumlah bonus yang akan saya dapat pada bulan berkenaan. Jadi mestilah saya akan rajin dan berusaha supaya saya boleh beri banyak juga kepada keluarga dan juga kepada mereka yang memerlukan. Memang sangat adil kan?
8. Shaklee Dah Terkenal.
Shaklee sekarang dah menjadi fenomena dan sudah terkenal. Jadi sangat senang untuk buat promosi mengenai produk-produk Shaklee kerana kebanyakan rakyat Malaysia sudah tahu dan yakin dengan produk Shaklee. Tapi, jangan pulak risau dengan adanya ramai pengedar Shaklee di Malaysia ni dan takde orang nak beli ngan kita. Rezeki manusia hanya ALLAH yang tahu. Jadi, fokuskan kepada usaha untuk mempromosikan produk Shaklee, kerana tuhan tidak akan mensia-siakan usaha hambaNYA.
9. Buatkan Saya Rasa Muda, Ceria dan Bahagia.
Saya sebagai pengguna dan pengedar Shaklee sangat sukakan pengambilan vitamin Shaklee dan sangat suka jual Shaklee. Shaklee buatkan saya sentiasa awet muda, cergas, cantik, langsing, ceria dan bahagia kerana dapat berkongsi kebaikan Shaklee bersama semua orang di seluruh Malaysia. Saya seronok dapat membantu membaiki taraf kesihatan dan ekonomi keluarga, kawan-kawan dan semua orang. Saya ingin semua orang rasa apa yang saya rasa dan dapat apa yang saya dapat. Sekurang-kurangnya kita tidaklah terasa sangat dengan kenaikan harga barang dan segala macam jenis benda yang naik dalam dunia sekarang ni. Alhamdulillah.
10. 100% Online
Bermula bulana Oktober 2013 Shaklee telah upgrade kepada sistem online dimana kesemua urusan jual beli, register member, transfer uv dibuat secara online. Tak perlu lagi nak email dan call pihak Shaklee. Lagi mudah, senang dan menjimatkan masa. Paling penting, saya ni pemalu orangnya. Jadi saya gunakan 100% online untuk membuat promosi dan jualan Shaklee, jadi tak perlulah saya jumpa dengan customer dan bakal customer face to face kan.. i kn pemalu. kikiki
So, this is the reason why i love Shaklee soooo much. Bukan sahaja membantu meningkatkan taraf kesihatan dan ekonomi saya, bahkan dapat meningkatkan lagi tahap keimanan saya dimana kami mengamalkan teknik menjemput rezeki instead of mencari rezeki. Back to basic, back to ALLAH, berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk kita.
Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.
Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :
Your Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 1003214
E-mail : vitaworldshop@gmail.com
Web : akudanvita.blogspot.com
FB : Noor Amanie
FB Page : Vita World Shop
Call/SMS/Whatsapp : 012-2570456
Instagram : @amaniehassan
No comments:
Post a Comment