Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Waktu mengandung memang diketahui waktu yang sering kita mengidam nak makan macam2 kan. Tambahan pula waktu mengandung memang rasa asyik lapar je memanjang. Sedar tak sedar berat badan naik melebihi dari yang sepatutnya. Jangan gunakan alasan "makan untuk 2 orang" kerana pertambahan berat badan yang berlebihan akan menyukarkan kita untuk mengembalikan badan kebentuk asal sebelum mengandung. Tapi, jangan pula sampai tidak mengalami pertambahan berat badan secara sepatutnya kerana kedua2nya mempunyai risiko yang tersendiri. Jadi, bolehkah berdiet semasa mengandung? Boleh ke nak control makan masa tengah mengandung?












