Saturday, 16 January 2016

Cara Mengatasi Penolakan Susu Perahan Yang Disimpan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Sesetengah bayi hanya mahukan susu yang fresh samada direct feeding ataupun susu yang tidak disimpan terlalu lama didalam peti ais. Bila situasi seperti ini terjadi, maka akan berlakulah pembaziran stok ebm yang telah lama disimpan oleh ibu. Kesian ibu. Penat pam susu untuk dijadikan stok tapi bayi menolak susu yang telah lama disimpan. Bagaimana mahu mengatasi jika situasi ini berlaku? 

Pastinya ibu perlulah memeriksa beberapa langkah berikut untuk melatih bayi supaya tidak menolak susu perahan yang disimpan lama lagi. 

1. Bekas Penyimpanan 

cara penyimpanan susu perahan

  • Pastikan susu disimpan dalam bekas penyimpanan susu perahan yang sesuai 
  • Material yang terbaik ialah bekas plastik gred makanan yang BPA FREE 
  • Plastik biasa tidak mampu mengekalkan nutrient dan bahan antibodi 
  • Gunakan plastik liner khas untuk susu perahan 
2. Cara Kendalikan 
  • Jika pasti tidak mahu menggunakan susu perahan  untuk 5 hingga 8 hari, terus bekukan susu perahan selepas diperah 
  • Gunakan secepat mungkin selepas dicairkan dalam masa 24jam 
  • Rasa dahulu susu sebelum memberikannya kepada bayi 
  • Pastikan susu disimpan dalam beg pendingin yang cukup sejuk bagi mengelakkannya mudah masam. 
  • Jika susu dipam dipejabat atau diluar rumah, pastikan kuantiti pek ais seimbang dengan saiz beg pendingin supaya kekal sejuk sebelum dipindah kedalam peti sejuk dirumah 
3. Periksa Peti Sejuk 
  • Suhu peti sejuk perlu dikekalkan  3-5 darjah celcius supaya susu mampu bertahan hingga 8 hari 
  • Periksa bahagian compressor kerana ia mungkin rosak dan menyebabkan suhu didalam peti sejuk menjadi tinggi 
  • Pastikan juga peti sejuk dan tempat pembeku tertutup rapat 
  • Pastikan botol susu penyimpanan atau plastik liner tertutup sempurna supaya susu tidak menyerap bau makanan didalamnya 
  • Simpan dibahagian belakang peti sejuk, bukan didepan atau pada pintu
  • Elakkan daripada kerap membuka dengan lama kerana suhu dalamannya boleh meningkat 
4. Kebersihan 
  • Jika susu berbau sabun, besar kemungkinan botol atau perkakas pengepam tidak dibersihkan dengan bersih 
  • Disarankan untuk menggukan pencuci botol gred makanan untuk membersihkan botol, corong pam payudara, puting dan juga botol penyimpanan susu perahan 
  • Bilas lebih lama untuk menghilangkan bau 
  • Jangan sesekali menggunakan sabun biasa kerana ia boleh menyebabkan botol menjadi berminyak 
5. Pemakanan Ibu 
cara penyimpanan susu perahan
  • Ibu2 tidak disarankan untuk mengambil makanan yang berbau seperti petai, durian atau cempedak kerana ia boleh mempengaruhi bau dan rasa susu yang diperah 
Bagi ibu yang bekerjaya, boleh ikuti tips berikut untuk mengurangkan penolakan susu perahan 
  1. Latih anak menyusu botol empat hari sebelum mula kerja 
  2. Pada hari pertama, hantar bayi bersama pengaruh selama dua jam. Puratanya, dalam dua jam, bayi akan minum 2.5oz ke 3.5oz susu (bagi bayi usia 2 bulan) 
  3. Pada hari kedua, tinggalakan bayi 6 jam dengan 3 botol susu 
  4. Dalam masa yang sama, tingkatkan jumlah jam dan jumlah botol susu perahan yang ditinggalkan 
  5. Perlu dielakkan memberi susu botol ketika dirumah bersama bayi kerana boleh menyebabkan bayi menolak direct feeding 
  6. Ibu2 sendiri perlu bertenang dan rileks dalam menangani hal sebegini kerana jika ibu gagal mengatasinya. InsyaALLAH segalanya akan okay. 
Credit to pa&ma

Susu berkurang? Susu cair? Jangan risau. Dapatkan Set Penyusuan untuk memeriahkan lagi susu ibu. Susu yang lebih pekat membuatkan bayi cepat kenyang, kenyang lebih lama dan tidur yang lena pada waktu malam. 

Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Shaklee Independent Distributor 

Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 012-2570456
Instagram : @amaniehassan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...