Friday, 8 January 2016

Bahayakah Sakit Bawah Perut Ketika Mengandung?

Assalamualaikum..

Seminggu yang lepas bawah perut saya sakit sangat. Berlanjutan sampai seminggu lebih jugak lah. Masa tu dah la sibuk dengan nak pindah rumah. Saya sakit tu lepas berkemas kat rumah lama. Bila jadi macam tu suami cakap suruh rest je jangan buat keje langsung. Jadi sambil2 tu saya google la jugak pasal tu.. 

tegang bawah perut ketika hamil

Dr.Zubaidi cakap ada beberapa faktor yang menyebabkan jadi m acam tu. Kemungkinan rahim "jatuh", "round abdoment pain" dan macam2 lagi. Saya punya case mungkin sebab round abdoment pain sebab menurut Dr.Zubaidi ia boleh terjadi apabila kita melakukan kerja yang berat, mengemas rumah, nak tukar posisi dari duduk ke bangun, dari baring ke duduk. Sebab saya kena tu lepas seharian kemas rumah, packing barang dalam kotak siap susun tinggi2, basuh toilet, sapu rumah lagi. Malam tu kena marah dengan husband.. hahaha 

Dia punya sakit sampai saya tak boleh jalan, naik tangga memang menyeksakan, nak buang air kecil pon rasa sakit kat bawah perut tu, bersin dan batuk memang sakit, solat kena duduk dan segala macam ketidakselesaan lagi. Asalnya nak pegi check tapi appointment dengan doktor 6 jan. Saya mula sakit dalam 31 dic 15. Jadi rehat je kat rumah tak keluar pegi mana2 dan buat pape pon. 

Menurut Baby Centre pula sakit yang teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi perut boleh jadi petanda beberapa perkara. Ligamen mungkin tertarik dengan kuat atau ia mungkin tanda : 
  • kehamilan ektopik 
  • keguguran 
  • kelahiran pramatang 
  • fibroid menyusut dan berdarah 
  • pemisahan plasenta, iaitu dimana sebahagian daripada plasenta (uri) tercerai dari dinding rahim (uterus) sebelum masanya (plasenta atau uri ialah organ yang terbentuk dalam uterus semasa hamil, dan ia membekalkan nutrien kepada janin dan mengeluarkan bahan buangannya. 
Tapi bagi saya selagi tiada pendarahan dan baby bergerak aktif, insyaALLAH okay. Tapi kalau lebih dari seminggu tu elok pegi check doctor. 

Okay 6hb tu jumpa doctor untuk detail scan. Bagitau doctor pasal sakit bawah perut tu, doctor kata "normal, lepas ni akan kerap lagi dan lagi sakit".. Kata doctor baby sedang membesar tambah2 rangka badan saya kecik jadi die meregang lebih dari orang yang badan besar. Lepas 6 bulan ke atas insyaAllah akan berkurang sebab dah cukup meregang. Gitulah lebih kurang. Doctor pesan bila dah jadi macam tu jangan urut. Rehat je jangan buat pape. Kalau tengah berjalan kena stop kejap. Kalau ada tempat duduk kena duduk kejap kasi lega sikit. 

Alhamdulillah.. Lega hati mummy bila tahu baby okay dan detail scan alhamdulillah dan insyaAllah normal. So mommies yang sakit bawah perut tu banyak2kan berehat dan fikir benda positif je. Banyakkan baca quran dan surah Maryam. Doa yang baik2 insyaAllah everything will be okay. InsyaAllah. Tapi kalau rasa sakit tu berpanjangan, jangan teragak2 untuk pegi check. Kot2lah sakit sebab lain kan. 

Alhamdulillah saya masih lagi amalkan Set Kehamilan Shaklee sampai sekarang. Tak pernah ambil lagi vitamin dari hospital dan setakat ini alhamdulillah semuanya berjalan lancar, baby normal from head to toe, berat pon under control, 5 bulan 2 minggu kehamilan berat baru naik 6kg. 

Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Shaklee Independent Distributor 

Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 012-2570456
Instagram : @amaniehassan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...