Tuesday, 19 January 2016

Senarai Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil

Assalamualikum dan selamat sejahtera. 

Sejurus disahkan hamil, maka bermulalah fasa baru dalam hidup kita. Fasa baru dimana cara hidup semasa mengandung akan berubah sedikit dari fasa belum mengandung. Semua perkara perlu dijaga dan dititikberatkan demi menjaga kesihatan ibu dan anak. Dari segi pemakanan, aktiviti harian terutama bagi ibu2 yang cergas dan kerap melakukan aktiviti lasak, percakapan, bahan bacaan dan bahan2 hiburan juga perlu ditapis supaya anak tidak terkesan kerana bayi didalam kandungan boleh mendengar, boleh melihat dan boleh rasai apa yang ibu lakukan. 

senarai makanan yang berbahaya semasa mengandung

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan semasa hamil kerana ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan seperti : 
  1. Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam makanan itu kerana anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak. 
  2. Bahan-bahan dalam hidangan steamboat yang tidak masak sepenuhnya. Pastikan supnya dipanaskan hingga mendidih setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.
  3. Keju lembut. Keju lembut yang diperbuat daripada susu yang tidak dipasteur boleh membiakkan bakteria listeria yang berbahaya kepada bayi dan ibu. Elakkan jenis2 keju seperti brie, camembert, feta, blue cheese, queso blanco, queso fresco, dan panela (melainkan produk keju tersebut dilabelkan "Telah Dipasteur".
  4. Makanan kurang masak atau mentah. Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda. Apabila memasak daging atau telur, pastikan ia masak sepenuhnya. 
  5. Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi. 
  6. Ikan jerung, todak atau marlin. Ikan-ikan tersebut mengandungi raksa (merkuri) yang hadir secara semula jadi dalam jumlah yang tidak selamat. Tuna juga mengandungi raksa, oleh itu hadkan pengambilannya kepada tidak kurang daripada empat tin bersaiz sederhana atau dua stik segar seminggu. 
  7. Kurangkan atau berhenti minum minuman beralkohol  semasa hamil. Kalau nak minum jugak, jangan minum lebih daripada dua unit, sekali atau dua kali seminggu, dan jangan minum hingga mabuk. 
  8. Hadkan juga pengambilan kafein kepada 200mg sehari. Itu bermakna dua cawan besar (mug) kopi segera atau empat cawan teh atau lima tin minuman cola sehari. Sebagai ganti, anda boleh ambil kopi atau cola nyahkafein. 
  9. Rokok. Merokok semasa mengandung selalunya dikaitkan dengan kelahiran bayi tidak cukup bulan, terbantut pertumbuhannya dan berat badan yang rendah. Kes2 kematian mengejut atau "sudden death" yang berlaku pada bayi juga selalu dikaitkan dengan keluarga perokok. Selain itu, keguguran juga sering dikaitkan dengan ibu yang merokok. 
  10. Gula. Pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan komplikasi kencing manis ketika mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi lebih besar dari kebiasaan. 
  11. Vitamin A. Pengambilan Vitamin A adalah dilarang semasa hamil kerana ia didapati boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf bayi
  12. Buah dan sayuran yang tidak dibasuh. 
  13. Susu yang tidak dipasteur. 
  14. Adunan tepung mentah. Adunan tepung mentah yang mengandungi telur mentah boleh membahayakan dan memberi risiko kepada bayi dan ibu. Telur mentah mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan yang teruk. 
  15. Daging yang diproses (DeliMeats). Seperti ham, ayam turki, sosej atau salami yang boleh menyebabkan risiko keguguran atau kelahiran bayi pramatang. 


Jangan lupa untuk jadikan Set Kehamilan Shaklee sebagai sumber makanan tambahan  utama sepanjang tempoh kehamilan. 

Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Shaklee Independent Distributor 

Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 012-2570456
Instagram : @amaniehassan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...