Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Jerawat pada badan selalunya muncul pada belakang badan, dada, lengan, dan punggung. Kalau dibiarkan dengan alasan ia akan hilang dengan sendirinya, oh noo... memang sangat silap ye. Jerawat mungkinglah hilang, tapi parutnya? Tapi ada juga kes yang jerawat memang naik sokmo. Takde surut2.
Punca yang menyebabkan jerawat pada badan antaranya
- Perubahan hormon terutama untuk wanita dalam lingkungan umur subur iaitu belasan tahun dan awal 20-an. Perpeluhan yang banyak.
- Gangguan rembesan berlebihan dari kelenjar minyak yang menyebabkan liang tersumbat.
- Faktor keturunan seperti ahli keluarga yang juga mengalami masalah jerawat.
- Penggunaan ubat-ubatan dan pil perancang.
- Material dan pemakaian yang menghalang peredaran udara atau apa saja yang menutup liang.
- Ketegangan dan stres.
- Diet tidak seimbang.
- Tidur ketika badan masih berpeluh.
- Resdung.
Antara perkara yang boleh lakukan bagi mengelak jerawat pada badan secara luarannya ialah:
1. Kerap mandi
- Dalam usaha untuk menghilangkan jerawat belakang, kerap mandi dan basuh belakang badan anda sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan sabun yang lembut dan air suam. Lebih baik jika anda menggunakan sabun khas untuk mengubati jerawat badan. Pastikan anda mandi secepat mungkin selepas aktiviti fizikal yang berpeluh. Jangan biarkan peluh melekat di kulit anda kerana ia boleh membawa kepada liang tersumbat dan masalah jerawat yang lebih teruk.
2. Proses pengelupasan
- Satu teknik yang berupaya menghasilkan kulit badan halus dan licin. Proses ini membantu membuang sel-sel kulit mati dan kotoran daripada permukaan kulit anda yang akan menyebabkan jerawat pada badan. Bereksperimen dengan produk pengelupasan yang berbeza sehingga anda jumpa satu produk yang sesuai untuk kulit anda dan tidak menyebabkan kegatalan.
3. Gel jerawat benzoil peroksida
- Gunakan gel jerawat yang mengandungi benzoil peroksida pada belakang badan dua kali sehari selepas mandi. Pastikan anda membiarkan ia kering selama beberapa minit supaya dapat diserap ke dalam kulit untuk mengelakkan kesan pada pakaian.
4. Utamakan pakaian anda
- Jangan amalkan pakai pakaian berlapis-lapis untuk mengelakkan perpeluhan yang banyak. Selain itu, dari segi pemilihan material kain, pilih pakaian dari material kapas berbanding sintetik untuk membolehkan kulit anda bernafas. Apabila bekerja di luar, sentiasa pastikan pakaian luar dan dalam anda bersih untuk mengelakkan penyebaran bakteria pada kulit.
5. Kebersihan tempat tidur
- Kerap menukar cadar tempat tidur dapat membantu mengurangkan masalah jerawat badan yang anda alami. Jangan tunggu hingga sebulan untuk menukar cadar sebaliknya, tukarlah secara kerap dan berkala.
Credit to PesonaPengantin
Untuk penjagaan dari dalaman pula dicadangkan untuk mengambil vitamin berikut :
- Untuk membuang toksin yang berlebihan dalam badan
- Untuk mengurangkan, mengecutkan dan juga menghilangkan parut jerawat malah jeragat pada badan dan wajah juga.
Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.
Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :
Your Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 1003214
E-mail : vitaworldshop@gmail.com
Web : akudanvita.blogspot.com
FB : Noor Amanie
FB Page : Vita World Shop
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 012-2570456
Instagram : @amaniehassan
No comments:
Post a Comment