Monday, 18 January 2016

Kenapa Yogurt Wajib Ada Dalam Peti Ais Di Rumah?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. 

Mesti tak ramai yang sukakan yogurt kan sebab rasanya yang masam. Saya dulu pun tak suka juga dengan yogurt ni. Tapi bila lama2 cuba, nah terus melekat. Asal pergi 7E ke, 99 ke, shell ke mana2 ke, mesti beli air Bliss dengan yogurt. Flavour? Strawberi of course. 

pengedar shaklee bandar sri damansara

Yogurt merupakan produk olahan susu mengandung kalsium dan protein yang sangat baik. Yogurt mengandungi bakteria baik yang menyihatkan pencernaan iaitu Lactobacillus delbrueckii subsp. bulgaricus dan Streptococcus thermophillus, bahkan ia direkomendasikan oleh WHO untuk menangani dan merawat cirit-birit. 

Antara kebaikan yogurt ialah :

1. Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar imun tubuh
  • Probiotik bacteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mengubah mikrofora pencernaan.  Menurut kajian di Taiwan, probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan (infeksi) di mana yogurt yang mengandung dua jenis probiotik, iaitu lactobacillus dan bifidobacterium, terbukti memberi kesan positif terhadap pesakit yang mengidap H. pylori infeksi. 
2. Bagus untuk wanita lepas bersalin
  • Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal iaitu bentuk badan sebelum hamil, khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.
3. Membantu sistem penghadaman
  • Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu). Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup, di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar. 
4. Mencegah jangkitan pada vagina
  • Infeksi atau jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita pengidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil  yogurt dalam menu seharian didapati mengalami penurunan (pH) serta pengurangan infeksi candida.
5. Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis
  • Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu.  Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium. 
6. Menurunkan kadar kolesterol
  • Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L. acidophilus) dan susu bifidus (dari bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah. 
7. Membantu mengurangkan berat badan
  • Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt. 
8. Yogurt makanan untuk tumbesaran.
  • Amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Pemakanan yogurt boleh membantu kanak-kanak dengan masalah penyerapan usus serta  penghadaman protein yang lebih mudah. Fakta menjelaskan asid laktik dalam yogurt meningkatkan penyerapan mineral. 
9. Mampu atasi masalah stress
  • Menurut sekumpulan pengkaji Ireland, probiotik, atau bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi untuk mengubah kimia otak dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait rapat dengan tekanan. 
  • Rumusan itu hasil daripada uji kaji ke atas seekor tikus yang diberikan probiotik Lactobacillus rhamnosus. Kumpulan pengkaji tersebut mendapati, tikus yang diberi probiotik kurang memiliki tanda-tanda mengalami stres, cemas dan murung. Tikus itu juga mempunyai hormon stres kortikosteron yang jauh lebih rendah. 
  • “Ini membuktikan bahawa probiotik dapat mempengaruhi kimia otak. Ia juga menunjukkan bakteria berperanan penting dalam komunikasi di antara usus dan otak,” ujar Profesor John Cryan dari Kolej Universiti Cork, Ireland. 
10. Sumber kalsium dan protein terbaik
  • Non fat yogurt merupakan salah satu sumber kalsium terbaik. 8 ons yogurt menyediakan 452 mg kalsium dan 127 kalori. Selain rasa yogurt yang sangat enak, ternyata yogurt memiliki manfaat yang luar biasa dalam memenuhi keperluan kalsium harian kita. 

Dengan segala kelebihan dan manfaat yogurt, kita perlu untuk memasukkan yogurt dalam diet harian dan jadikan yogurt sebagai salah satu minuman dan makanan yang wajib ada dalam peti ais. Setakat ni hanya saya sorang je yang minum dan makan yogurt. Suami memang tak suka produk2 tenusu melainkan cheese. Armee anakku itu? Picky eater ya amat. Nanti dah besar sikit mummy ajar makan sikit2 ye. Sekarang mummy minum dan makan yogurt untuk mummy dan juga baby yang dah berusia hampir 6 bulan dalam perut mummy. Alhamdulillah. Semoga kita sama2 mendapat khasiat yang baik. InsyaAllah. 

Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Shaklee Independent Distributor 

Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 012-2570456
Instagram : @amaniehassan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...