Saturday, 11 June 2016

Review Pengalaman Bersalin Di Hospital Pusrawi Tun Razak KL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah harini Am dah habis berpantang. Lama dah nak post entry ni tapi tak sempat. Biasalah dunia baru dengan baby, baru nak sesuaikan diri dengan baby. Dan juga tempoh berpantang yang sangat la sensitif hati ini. hahaha Orang kata tempoh berpantang ni banyak dugaan kan. Kalau tak manakan ada penyakit2 macam meroyan tu semua. Nauzubillah himinzalik. Alhamdulillah segalanya dalam keadaan terkawal. Baby menangis mummy ikut menangis tu lumrahlah. kehkehkeh Okay panjang pulak bebel, jom nak citer skit pasal kejadian Am bersalin aritu. 


Am punya due date sebenarnya 11 Mei, nama pon expected kan tapi dengan kuasa Allah baby Maira lahir pada hari Isnin, 2 Mei 2016, pukul 6.37 pagi dengan berat 3kg disambut oleh Doktor Noorfidak.


Dalam entry sebelum ni Am kongsikan kenapa Am tukar dari Hospital Tropicana ke Hospital Pusrawi KL Arini Am nak kongsikan pula pengalaman Am bersalin di sana. Awass.. panjang yaa.



1 May Am dgn suami jalan2 cari makan. Konon nak lepaskan mengidam sebelum berpantang. Dah 2 hari jugak la cari durian crepe tapi tak jumpa2. So arini jumpa kat gerai orang jual coconut shake kat Bandar Baru Sungai Buloh. Alang2 pekena la coconut shake special sorang satu. Pastu melencong makan nasi ayam kampung kat Kota Damansara. Dari pagi dah rasa lain macam sebenarnya. Perut sakit tak berhenti, contraction makin kerap, pinggang rasa macam nak tercabut. Tapi gagahkan jugak sebab nak makan punya pasal.



Sampai rumah nak buang air kecil tengok ada darah kat panty. Hold dulu buang air kecil bagitau kat suami. Suami call doktor noorfidak tapi tak dapat. Tinggalkan mesej kat doktor kata ada darah dan lendir dari faraj. Doktor balas kata itu okay, takde pape just tunggu contraction makin kerap. Walaupun masa tu contraction 5 minit sekali kadang 2 minit sekali. Tapi takpelah, doktor kata selagi boleh tahan, tahan, kalau sakit takleh tahan baru datang hospital. So tahankan ajelah.


Malam tu makan kat umah ajelah suami bungkuskan siap2 lepas die balik dari masjid untuk buatkan air selusuh. Dalam masa dia dok bungkus makanan tu, Am tergoogle pasal air selusuh ni. Katanya jangan minum air selusuh terlalu awal. Air selusuh tu akan buat kita rasa sakit sangat2 sebab baby dah nak keluar tapi bukaan masih belum besar atau belum terbuka lagi. Haaa nasib baik dari siang tadi Am tak minum minyak selusuh yg mak bawak dari kampung. So suami pon kata tak payah minum dulu. Lepas maghrib tu sempatlah basuh baju 2 round siap sidai sekali baru makan sambil layan game Man U.. Durian crepe 6 ketul pon Am gagahkan habiskan jugak. Yelah kalau betol bersalin dah tak boleh makan. Yang kelakar suami simpan 2 ketul dalam peti ais, Am pegi amik balik habiskan. Haha. Kesian die takleh nak merasa.



Dalam pukul 10 lebih macam tu cakap dengan suami tak boleh tahan dah ni. Kena pegi jugaklah. Kalau taknak bersalin pon check la dulu apa yang patot. Dalam pukul 10.45 malam kami sampai terus ke emergency. Bayar deposit Rm2000, nurse kat emergency counter tu terus inform doktor noorfidak yg Am dah nak bersalin. Masuk aje labour room nurse terus tanya "ada minum air selusuh ke? Kalau belum jangan minum dulu ya" haaa nasib baik kan.



Pukul 11 malam masuk labour room, nurse pasang CTG dan check bukaan dah 2cm. Terkejut tau2 dah 2cm. Rasa macam "ish cepat jugak eh". Petang sebelum ke hospital tu Am berendam dalam bath tub isi air suam panas. Berendam agak lama jugak lah sebab baca kat internet salah satu cara untuk cepatkan bukaan dengan berendam dalam air suam panas. Salah satu asbab tapi rezeki Allah juga untuk permudahkan proses Am bersalin. Lepas check bukaan nurse kasi ubat utk buang air besar. Yg ni mula2 sekali rasa tak sedap dah sebab nurse tu sumbat botol kat bontot tu agak kasar. First time i dicabuli dgn ganas. Haha. Kurang 5 minit terus buang air besar.


11.15 pm nurse masuk lagi sekali nak offer epidural. Katanya lepas 11.30 person in charge utk injection tu balik dah. Kalau nak selepas 11.30 tu mungkin lambat la. Tanyalah nurse sikit pasal epidural. Epidural tu bertahan utk 4 jam je, lepas 4 jam kalau bukaan masih belum besar boleh nak ambik lagi. Tapi kalau bukaan dah 5cm dan ke atas, dah tak boleh ambik dah. So bincang dgn suami, "skrg dah pon 2cm, kalau utk sakit macam ni, dari siang tadi lagi dok menahannya. insyaAllah boleh tahan kot utk lagi 4 jam". Suami pon ikut ajelah. Die cakap "in case kalau tak boleh tahan panggil ajelah walaupun sampai lambat". So alhamdulillah Maira lahir tanpa epidural. Suami Am pon tak percaya Am tak ambil epidural tau. "tak padan dengan kecik" die cakap. haha



Pukul 12 am nurse datang lg sekali offer injection utk tahan sakit. Injection tu utk kasi tidur kejap, kurangkan sakit sikit utk kumpul tenaga time push nanti. Sebab lama lagi katanya bukaan ni. Injection ni Am hold dulu. Pikir2 last2 terpengaruh. Cakap dgn husband nak injection lah, nak tido kejap. Konon. Dah inject, haram tak tido. Sikit pon tak kurang sakitnya. Tipah tertipu. Sampai sekarang pon menyesal lagi tau ambil injection. Tapi takpelah, kita cuba aje. InsyaALLAH kalau ada rezeki lain kali mungkin tak akan ambik lagi dah. 


Pukul 1 nurse dtg check bukaan. Dah 4cm. Nak bangun berjalan tak boleh sebab sakit contraction sangat kerap dan kuat. So mengiring je lah kekiri kekanan terkebil2, borak2 dgn husband, layan youtube tengok zukieeee. Yang klakar pon dah tak rasa klakar time ni. Huhu



Kat labour room ni memang Am dgn husband je. Bila sakit sangat husband keluar panggil nurse. Pukul 4 am suruh husband panggilkan nurse, check bukaan 8cm. Time ni memang rasa tak tahan dah. Rasa nak push jer dah. Nurse kata lambat lagi. Tahan dulu. Suami tanya doktor dah sampai ke belum? Nurse cakap doktor belum sampai. Suami tanya doktor back up perempuan yg lain ada ke tak? Nurse tu cakap takde. Sedangkan masa first time kami datang situ itulah perkara pertama yang kami tekankan, yang kami request. Masa follow up kandungan doktor noorfidak pon bagi jaminan kalau die tak datang akan ada doktor perempuan lain yang akan back up sebab kat Pusrawi ada 5 orang gynae termasuk doktor noorfidak. Tapi bila hari kejadian sorang pon takde. Nurse yang agak berusia sorang tu lah yg dok kehulur kehilir keluar masuk labour room bila kami panggil.



Tak lama lepas bukaan 8cm tu air ketuban pecah. Nurse tu kata lambat lagi. Tahan dulu. Doktor belum sampai lagi. Memang mengucap panjang. Suami suruh istighfar banyak2. Sabar banyak2. Sambil2 dok menahan tu memang rasa menggigil dah. Memang tak boleh tahan. Cakap dgn husband "sayang rasa macam terpush banyak kali dah ni". Memang tak boleh nak tahan, suruh husband panggilkan nurse. Nurse check bukaan dah 10cm. Barulah kelam kabut nak pasang lapik ape sume benda. Doktor belum sampai lagi, nurse pon kelam kabut tak tahu nak buat ape. Dalam keadaan macam ni die keluar bawak sorang lagi nurse bila tak boleh jawab soalan suami. Tak lama kedua2 nurse ni masuk cakap dengan husband "doktor belum sampai, doktor perempuan yg lain pon takde. Kalau encik nak ada sorang doktor lelaki sekarang ni, kami boleh panggilkan" tak ke menyirap Am dgn suami dengar macam tu? Lain yang dipersetujui, lain yg jadi, doktor ntah kemana, nurse pon terkial2, bidan pon asyik keluar masuk, memang sangat menyakitkan hati. So memang betullah Am pernah baca kat blog sape Am tak ingat. Dia cakap appointment dengan doktor perempuan, tunggu punya tunggu tapi doktor lelaki yang datang, dari masa check up hinggalah ke bersalin. Sepatutnya doktor perempuan yang sambut, end upnya doktor lelaki yang bukan mahram pulak free2 je tengok pegang kita punya time bersalin. Astaghfirullah. 


End upnya nurse tu cakap "takpelah kita teruskan aje dulu, nanti kalau doktor sampai doktor sambung". So kita ni ready la nak push. Angkat lutut, letak tangan kat buku lali, tunggu contraction paling kuat dengan nafas yg dalam nak push selama mungkin tetibaaaaa. Nurse yg baru tadi cakap dengan nurse lama ni "tunggu kejap ya saya ada nak pegi ambik barang" then terus blah gitu. Seminit kemudian nurse lagi sorang ni keluar jugak tinggal kami berdua. Masa ni dah nampak rambut baby. Suami ajelah teman sambil Am push sendiri. Subhanallah. Sedih betul rasa.



Pastu dua2 nurse ni masuk balik, sorang dok kat kaki belah kanan, sorang dok kat paha belah kiri. "Haa push2.. push lagi. Pandaaaiii." Itulah yg bidan tu cakap sambil terkebil tengok kepala baby stuck kat situ. Dorang takde pon pegang ke ape ke buat space ke kt bahagian bawah tu untuk kasi baby cepat keluar. Dalam 15 minit keadaan macam tu doktor pon sampai. Terus die betulkan position katil,lampu ape sume dan support kat bawah tu untuk cepatkan baby keluar. Tak lama lepas tu baby pon keluar. Baby keluar heartbeat tak bunyi. Am pon tak dengar die nangis terus lepas keluar tu. Nurse pon baru pasangkan alat untuk check condition baby. Suami yang nampak semuanya. Lepas je baby Maira keluar, kesan injection tu terus datang. Pening menggigil serta merta. Bonding skin to skin dgn baby sepatutnya 1 jam, tapi Am tak boleh tahan menggigil dan dalam keadaan separuh sedar, so skin to skin tu dalam 10 ke 15 minit camtu je kot. Lepas tu doktor dtg jumpa cakap apebenda langsung tak sedar. Mata je terkebil tapi ntah kemana2. Sakit hati dengan doktor pon ya jugak. 



Nurse bawak baby utk dibersihkan dan check segala benda, Am pon ditransfer ke wad, kurang 2 jam camtu nurse datang bawak baby dan ajar breastfeed. Honestly Pusrawi memang terbaik bab breastfeed. Yang ni 1 je yg Am suka. Yg lain2 memang hancur lebur. Nurse ajar position macam mana yang sesuai, macam mana nak latch on, tekapan macam mana yang betul, kalau tak betul apa tandanya, macam mana nak bukak mulut baby nak betulkan tekapan semula, berapa kerap kena susukan baby, kalau baby taknak breastfeed macam mana nak buat. Seriously memang bagus


3 hari Am kat hospital, total bil RM3700++. Hari ketiga tu stay sebab nak check kuning baby Maira. Alhamdulillah baby Maira takde kuning. 

Itulah first and the last time saya ke pusrawi. Dari masa check up pregnancy setiap bulan, sampai ke bersalin, sampailah ke follow up selepas bersalin memang tunggu lama gila baru boleh jumpa doktor. Kalau hospital gomen lama tunggu pon takpelah bayar singgit je, ini bayar beratus tapi servis memang hadoiiii. Kalau tak nunggu 3-4 jam memang tak boleh jumpa doktor. Bazir masa kat situ je. 

Okay sampai sini ajelah dulu. Ingat balik menyirap terus. So taknak ingat lagi dah. See u guys in the next entry. 

Mommies yang nak supplement set kehamilan, berpantang dan menyusu boleh contact Am ya. Am memang amalkan ketiga2 set ni. Shaklee effect die nanti Am share di entry akan datang. 


Untuk belian produk secara online, klik gambar dibawah.  

pengedar shaklee bandar sri damansara

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

pengedar shaklee bandar sri damansara

Pengedar Shaklee Bandar Sri Damansara

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...