Friday 17 June 2016

Tempoh Umur Kenalkan EBM Kepada Baby

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Harini Am nak cerita yang Baby Maira lulus minum EBM. Yuhuuuu... so mummy can rest sekejap. Biasanya Am bagi EBM time Am nak shower pagi dan malam dan juga ikut timing die menyusu belah malam. Sebabnya baby Maira ni asal malam je perut die senang masuk angin. Bila perut die masuk angin die memang taknak direct feeding dah. Yelah perut tak sedap kan.

Am google mostly kata better introduce botol kat baby time umur 4-6 minggu macam tu. Takot awal sangat baby senang confuse nipple ibu dengan nipple botol. The worst thing is baby takmau nipple ibu dan nak nipple botol sahaja. Untuk baby Maira Am introduce kat die time die 3 minggu. Sebab time ni die memang teruk sangat kembung perut. Almost hari2 la jugak. Alhamdulillah die tak confuse dan tak reject EBM. Syukur sangat. Jadi bila keluar rumah tu boleh la sediakan EBM untuk dia. Agak menyenangkan dan membantu la sedikit sebanyak.

Untuk stock EBM plak, alhamdulillah rezeki baby Maira murah dan meriah, Am boleh mula pump dari hari ke3 berpantang lagi. Sampai sekarang Am konsisten untuk pump at least 2 kali sehari iaitu petang dan malam sebelum tido. 

Ini Am punya EBM untuk baby Maira. Alhamdulillah. Semoga rezeki baby Maira terus melimpah ruah lagi lepas ni.


Am amalkan milkbooster seperti Alfalfa, ESP dan juga kalsium Ostematrix untuk banyakkan dan pekatkan susu. Selain itu Am juga banyakkan makan kurma dan minum air suam panas. Pump pula memandangkan Am full time housewife Am pump 2x sehari iaitu petang time baby Maira tido dan malam sebelum Am masuk tido dalam pukul 11 ke 12 macam tu. 1 sesi 30mins guna electric double pump. Nanti untuk next entry Am reciew pasal Am punya electric double pump. Am punya pakai brand Lacte Duet. 

Okay itu aje untuk entry kali ni. Mommies yang nak milkbooster, boleh contact Am ya

Untuk belian produk secara online, klik gambar dibawah.  

pengedar shaklee bandar sri damansara

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

pengedar shaklee bandar sri damansara

Pengedar Shaklee Bandar Sri Damansara

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...