Assalamualikum dan selamat sejahtera.
Sejurus disahkan hamil, maka bermulalah fasa baru dalam hidup kita. Fasa baru dimana cara hidup semasa mengandung akan berubah sedikit dari fasa belum mengandung. Semua perkara perlu dijaga dan dititikberatkan demi menjaga kesihatan ibu dan anak. Dari segi pemakanan, aktiviti harian terutama bagi ibu2 yang cergas dan kerap melakukan aktiviti lasak, percakapan, bahan bacaan dan bahan2 hiburan juga perlu ditapis supaya anak tidak terkesan kerana bayi didalam kandungan boleh mendengar, boleh melihat dan boleh rasai apa yang ibu lakukan.













