Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salah satu amalan ketika berpantang adalah berbengkung selain dari mengurut, bertungku, berpilis dan bertangas. Namun, sejauh mana amalan berbengkung diamalkan oleh kaum ibu pada masa kini? Adakah sama macam orang-orang zaman dahulu atau melakukan sambil lewa?
Umumnya bengkung dipakai waktu pagi setelah mandi herba, berurut, bertungku, bertangas dan memakai param. Manakala pada waktu malam pula ia dipakai selepas mandi dan sebelum makan malam. Untuk mengembalikan bentuk asal tubuh, digalakkan untuk memakai bengkung selama 44 hari. Tapi, apa kelebihan dan kebaikan berbengkung selepas bersalin?
Kebaikan dan kelebihan bengkung selepas bersalin ialah :
- Mempercepatkan pengeluaran darah kotor
- Mengempiskan perut serta memulihkan keadaan perut seperti mengurangkan kesan regangan, melicinkan dan menghilangkan tompok hitam pada kulit perut
- Membuang angin dalam badan sewaktu berbengkung
- Mengelakkan badan daripada masuk angin
- Menguatkan dan mengembalikan kedudukan tulang belakang dan menyokong rahim supaya tidak "jatuh" daripada kedudukan asal
- Memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan bengkung dan ubat yang sempurna
- Mendapatkan bentuk tubuh yang ramping
- Mengelakkan masalah perut buncit
- Mengembalikan kedudukan peranakan
- Mengecutkan rahim selepas bersalin
- Mengurangkan rasa sakit pada perut selepas bersalin
Sumber pa&ma edisi Dicember
Set Berpantang Shaklee membantu untuk menjadikan tempoh berpantang lebih bertenaga, lebih sihat, dan yakin untuk mengembalikan bentuk badan seperti sediakala yang pastinya selamat untuk ibu dan juga bayi.
Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :
Your Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 1003214
E-mail : vitaworldshop@gmail.com
Web : akudanvita.blogspot.com
FB : Noor Amanie
FB Page : Vita World Shop
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 012-2570456
Instagram : @amaniehassan
No comments:
Post a Comment