Thursday, 25 September 2014

Harga Vitamin Shaklee Cekik Darah

Assalamualaikum..

Yesss.. Vitamin Shaklee mahal giler. Orang kaya je yang mampu beli dan makan vitamin Shaklee.. Orang yang poket tebal je boleh makan vitamin Shaklee.. Orang duit kepuk-kepuk je mampu ambik supplement Shaklee.. Orang biasa-biasa tak boleh makan vitamin Shaklee sebab vitamin Shaklee untuk orang kaya-kaya je..

harga vitamin shaklee cekik darah

Haa penah dengar tak conversation or statement macam tu? Biasa sangat kan. Apetah lagi bagi pengguna dan juga pengedar Shaklee ini sendiri.. That is normal thing. Ape yang mahalnye? Apa yang kaya nyer? tak paham tak paham..

Okay let me explain k. MAHAL bila vitamin shaklee itu dibeli sekaligus untuk full pack yang sebotol penuh tu tapi MURAH apabila ianya sangat menjimatkan. Contohnya B-Complex ada 120 tablets, Vitamin C ada 180 tablets, Lecithin 120 capsules which is lasts for 4-6 months. Means sekali beli terus jadi stock untuk 4-6 bulan yang akan datang. Bukannya perlu dibeli pada setiap bulan.

Tak percaya? Mari saya tunjukkan pengiraan harga vitamin shaklee dengan kuantiti yang diberi. Adakah ianya setanding dengan kualiti yang diberikan? Memang sangat murah tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya tunjukkan beberapa contoh disini ye.

1. Vitamin C
RM92.50/180 = RM0.51 per tabs..

2. Zinc Complex
RM33/120 = RM0.28 per tabs

3. Lecithin
RM53/120 = RM0.44 per capsules

Wednesday, 24 September 2014

Lokasi Santai Terbaik Bersama Keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Wohooo lama xupdate blog.. rindu tak? kikiki.. 

Okay la, amanie nak share pasal port best nak lepak bersama family, pakwe makwe, adik angkat abang angkat pon boleh. Sure baik dan happening lah. Macam-macam activity boleh buat dari yang kecik sampailah ke dewasa. Kat mana? Setia Alam Convetion Centre sebelah Setia City Mall. Nak navigate boleh terus navigate either one laa.. 

Friday, 25 July 2014

Bahaya Asid Folik Ketika Mengandung

Pengambilan asid folik bukan hanya ketika mengandung, malahan sangat penting untuk bakal ibu mengambil asid folik 5 hingga 6 bulan sebelum tempoh kehamilan. Ini kerana, asid folik sangat bahaya kepada ibu yang sedang hamil. Bahaya? Kenapa bahaya kepada ibu yang sedang hamil? Yes, memang sangat bahaya sekiranya ibu-ibu tidak mengetahui fungsi asid folik kepada kandungan. Ini kerana, kekurangan asid folik boleh membawa kepada kecacatan kepada bayi yang sedang dikandung. Jadi, sangat bahaya bukan? 

Masalah pembentukan saraf tunjang (spinal bifida) 
Gangguan pembentukan otak dan tempurung kepala tidak sempurna atau langsung tidak terbentuk (anecephaly/encephalocele) 

Vivix Bahaya Untuk Kesihatan Manusia

Assalamualaikum.. 

Masing-masing tengah update pasal vivix bulan ni kan. Maklumlah bulan ni kan promo vivix, banyak sangat beza harga kalo nak dibandingkan dengan harga biasa. So memang rugilah kalau tak rembat banyak-banyak bulan ni. Lebih dari rm100 jugak tu bezanya.. 

Vivix merupakan satu-satunya produk yang boleh masuk dalam DNA kita. Jadi, hebat sangatlah produknye kalau sampai boleh masuk dalam DNA untuk repair sel-sel dna dalam badan kita. Bila dna kita direpair, automatically ianya baik untuk skin. Pendek kata, awet muda gitu.. 

Lagi satu hebatnye vivix shaklee ialah ia menggalakkan biogenesis iaitu menggalakkan pembentukan mithocondria yang baru. Mithocondria ialah salah satu sel dalam badan yang membekalkan tenaga kepada kita. Makin lama fungsi sel makin berkurang, dan disinilah vivix berfungsi untuk membekalkan lebih banyak tenaga kepada kita. 

Thursday, 26 June 2014

Vitamin E Shaklee - Man Of Steel?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. 


Bila ditanya fungsi vitamin e untuk kesihatan lelaki of course fungsinya untuk performance dan juga kesuburan kan, sesuai dengan jolokan namanya vitamin cinta. Sape yang tak bahagia kalau rumah tangga yang dibina ditemani dengan suara riang kanak-kanak. Vitamin e baik untuk lelaki dan juga wanita. Tapi untuk hari ini, saya fokuskan kepada kaum adam. 

Tuesday, 24 June 2014

Elakkan Vitamin Dari Ibu Hamil!!!

Assalamualaikum...

Apa khabar ibu dan bakal ibu.? Ibu sihat? Baby okay? Kesihatan bagus? Melalui fasa hidup yang penuh ceria? Menanti kehadiran ahli baru dengan berdebar? Alhamdulillah.. Terima kasih Allah atas nikmat yang tidak terhingga.

set hamil shaklee

Semua ibu-ibu yang sedang melalui fasa-fasa kehamilan pastinya menginginkan suasana kehamilan yang ceria dan penuh bertenaga. Oleh yang demikian, pelbagai jenis makanan tambahan diciptakan untuk kegunaan para ibu. Walau bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan itu penting bagi ibu yang mengandung, ianya perlulah mengikut keperluan yang diperlukan oleh badan.

Friday, 23 May 2014

Kenapa Mesti Shaklee? Bukan MLM Lain?

vita world shop

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Ini adalah isu biasa. Sebut je MLM masing-masing punya persepsi wah wah wahhh.. kemain lagi ka.. hahaha. Well saya tak nak cerita yang tu.. Saya cuma ingin berkongsi dengan semua kenapa saya memilih jatuh cinta dengan Shaklee. Walhal saya join member Shaklee hanyalah untuk dapatkan side income, dan upline saya bukanlah orang yang mengajak saya untuk menjadi ahli Shaklee. Tapi dah terlanjur bersama Shaklee, terpaksalah menerima bonus setiap tengah bulan. ngehngehngeh So dari situlah saya kenal apa bendalah Shaklee ni.. Walopon dari 1956 lagi Shaklee ni wujud, tahun 2013 baru saya tahu Shaklee ni ape kemendenya.. huhuhu

Ok ini adalah sebabnya kenapa saya memilih Shaklee dan jatuh cinta padanya. 

Thursday, 22 May 2014

Shaklee Lain Dari Yang Lain?


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sejak terlibat dengan perniagaan Shaklee, macam-macam perkara saya dengar dan belajar daripada ramai orang, terutamanya prospek la. Tapi itu semua proses pembelajaran dan juga ilmu tambahan kepada saya apabila berhadapan dengan situasi yang sama.


Memandangan Shaklee ada beberapa produk makanan tambahan, ianya disalahanggap sebagai ubat. Suka untuk saya jelaskan mengenai benda ni. Seperti yang kita semua sedia maklum, dan bagi yang belum tahu sini saya kasi tahu ya, produk Shaklee berasaskan unsur semulajadi. Bukan sahaja vitaminnya yang semulajadi, malah botol vitamin juga menggunakan unsur semulajadi. Ubat pula kandungannya adalah sintetik, kimia dan campuran lain yang memberikan kesan dengan cepat. Walaupun pelbagai produk menggunakan ahan sintetik di seluruh dunia sama ada dalam penghasilan makanan tambahan, produk kecantikan dan lain-lain, ramai pengguna memilih untuk menggunakan produk yang berunsurkan semulajadi kerana sedar bahawa produk sintetik berkemungkinan besar membawa kesan sampingan yang buruk. Tetapi Shaklee adalah semulajadi dan pihak Shaklee memberikan jaminan selama 3-9 bulan untuk mendapatkan kesan hasil pengambilannya. Walaubagaimanapun, tidaklah kesemua makanan tambahan Shaklee mengambil masa dalam tempoh tersebut. Sebagai contoh, Advanced Jointh Health Tablet memberikan kelegaan kepada sendi dalam tempoh 5 hari sahaja. Set migrain seperti Ostematrix dan B-Complex pula memberikan kelegaan dalam masa 1 hari apabila diambil ketika migrain.

Thursday, 8 May 2014

Snek Segera Untuk Penyerapan Nutrien Dengan Segera

akudanvita.blogspot.com

Alhamdulillah bulan ni Shaklee masih lagi setia bersama promosinya setiap bulan... Bulan May adalah bulan untuk Meal Shakes.. 

Selalunya apabila yang dinamakan snek, majoriti makanan dan minuman tersebut adalah yang tidak berkhasiat, banyak kandungan msg, gula, pewarna dan perasa yang macam-macam yang boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan terutamanya kanak-kanak yang memang sangat gemarkan memakan snek. Jadi, Meal Shakes adalah snek yang berkhasiat yang penuh dengan nutrien yang baik, seimbang dan penuh gizi kerana lengkap dengan kandungan buah dan sayur. Kenapa saya kata Meal Shakes adalah snek segera yang berkhasiat? Inilah sebabnya. 

Friday, 25 April 2014

Turunkan Kolestrol Secara Semulajadi

 Assalamualaikum.. 

Tahun lepas Shaklee telah memperkenalkan produk baru iaitu CoQHealth Plus untuk penjagaan kesihatan jantung khususnya. Tahun ini, pada bulan 6 ketika majlis National Conference 2013/2014.. 

Jadi, tahun ini Shaklee telah memperkenalkan produk baru iaitu Phytocol-st khusus untuk rakyat Malaysia yang sememangnye suka mengambil makanan berlemak setiap hari, dan sekaligus menyumbang kepada masalah kolestrol tinggi dalam badan yang memberi kesan kepada masalah jantung. 

ubat turunkan kolestrol dalam badan

Wednesday, 23 April 2014

Manisnya Ukhuwah Fillah (Master Celebration)

Assalamualaikum.. 

Hari ni saya nak jamu mata dengan gambar je la bole tak? hehe. Gambar semasa saya pergi Master Celebration  my super duper upline iaitu Master Azrin dan Master Azmie. So pretty young women with beautiful daughter and charming husband. 

noor amanie hassan


Inilah the beauty on that day. Her name is  Azrin Mohd. Ni ikut nama facebook. hehe.. First time say jumpa mamarin time kat Sabah sempena OSF Family Gateway. Ni kali kedua jumpa dan dilantik menjadi usherer semasa Mascel beliau. love u mama.. 

Friday, 11 April 2014

Kenapa Supplement Tidak Berkesan?

kenapa supplement tidak berkesan

Perkara biasa yang akan saya dapat daripada bakal pembeli saya ialah "berapa lama nak tengok perubahan?", "lama tak hasilnya?" "kalau skip takpe ke?" dan macam-macam lagilah. Manusia memang tak boleh lari dari gelojoh, tak sabar dan terburu-buru. Kalau boleh ambil suppelement hari ini, esok dah nak dapat kesan yang luar biasa. Ada ke supplement yang memberi kesan macam tu? Jawapannya takda, melainkan dadah.

Ada juga mereka yang mengambil makanan tambahan a.k.a supplement kecewa dan tidak berpuas hati walaupun telah mengambil pelbagai jenis supplement. Kita disarankan untuk makan supplement secara konsisten selama 3 bulan untuk mendapatkan kerasian dengan tubuh badan kita. Ada juga yang langsung tidak mendapat kebaikan dari supplement walaupun dah berbulan-bulan mengambil supplement. Apakah puncanya? 

Thursday, 27 March 2014

Rahsia Yogurt Untuk Kecantikan Semulajadi

rahsia cantik jelita secara semulajadi

Sekarang ramai yang menghabiskan duit beribu-ribu untuk kecantikan kulit. Suntikan dan pembedahan menjadi jalan singkat yang mudah dan cepat untuk menjadi cantik dalam masa yang singkat. Sedangkan banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk mencantikkan kulit dengan lebih mudah, murah dan menjimatkan serta tidak mendatangkan masalah untuk jangka masa panjang. Syaratnya, mestilah rajin, berdisiplin dan konsisten dengan amalan tersebut. 

Hari ini saya ingin kongsikan kebaikan yogurt dalam memberikan kecantikan secara semulajadi kepada kita. Selain daripada murah dan mudah untuk didapati, yogurt sangat mujarab dalam merawat pelbagai jenis masalah kulit dan rambut. So let's check it out. 

Wednesday, 26 March 2014

Merawat Rabun Jauh dan Dekat

petua merawat rabun

Mata salah satu pancaraindera yang sangat penting bagi manusia kerana dengan matalah manusia dapat melakukan aktiviti rutin dan pekerjaan dengan baik. Walau bagaimanapun, tidak semua manusia dapat menikmati nikmat ALLAH yang satu ini. Oleh itu, mata perlu dijaga dengan sebaik mungkin untuk mengelakkan daripada dijangkiti daripada kuman yang berbahaya. 

Bagi yang rabun, sekarang sudah ada rawatan lasik untuk merawat rabun seperti yang dilakukan oleh Prof. Dr. Muhaya. Bagi yang belum mengalami masalah mata, cuba amalkan pemakanan yang betul untuk penjagaan mata supaya tidak menjadi sudah terhantuk baru tengadah. 

Tuesday, 25 March 2014

Bahaya Rokok Kepada Kesihatan Bayi


Walaupun kita sendiri tidak merokok, tapi asap rokok dari orang lain di sekeliling turut sama menjejaskan kesihatan terutamanya kepada ibu yang sedang menyusu dan bayi. 

Kajian di Santiago, Chili menunjukkan bahawa asap rokok yang terhirup oleh ibu menyusu dapat mengganggu penghasilan susu ibu. Dalam masa tiga bulan, dapat dilihat berat badan bayi daripada ibu yang perokok atau menghirup asap rokok, juga tidak menunjukkan perkembangan yang optimum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...