Walaupun kita sendiri tidak merokok, tapi asap rokok dari orang lain di sekeliling turut sama menjejaskan kesihatan terutamanya kepada ibu yang sedang menyusu dan bayi.
Kajian di Santiago, Chili menunjukkan bahawa asap rokok yang terhirup oleh ibu menyusu dapat mengganggu penghasilan susu ibu. Dalam masa tiga bulan, dapat dilihat berat badan bayi daripada ibu yang perokok atau menghirup asap rokok, juga tidak menunjukkan perkembangan yang optimum.














