Ramai tak surirumah sepenuh masa yang sedang mencari peluang perniagaan yang boleh dilakukan dirumah?
Sambil-sambil jaga anak, jaga suami, kemas rumah, masak dan lain-lain, dapatlah juga duit sampingan selain dari duit yang suami bagi setiap bulan kan. Bila ada duit sampingan sendiri ni, boleh la kita bantu ekonomi suami sedikit sebanyak, nak beli barang sendiri tak perlu minta dengan suami, nak belanja suami dan anak-anak makan sempena birthday ke apa, tak perlu berkira-kira duit cukup ke tak cukup atau tak perlu guna duit allowance yang suami bagi. Mesti rasa lebih bahagia dan seronok sebab boleh bayar pakai duit sendiri.