Tapi tu kalau dibiarkan parut tu hilang dengan sendiri. Kalau nak cepat hilangkan parut jerawat hitam kat muka, boleh cuba amalkan petua ni hanya dengan menggunakan bahan-bahan yang senang nak cari dan memang ada kat rumah biasanya.
Patua Hilangkan Parut Jerawat Hitam
1. Aloe Vera (Lidah Buaya)
- Aloe vera ni memang sangat bagus untuk melembapkan kulit dan memperbaiki struktur kulit supaya lebih tegang, lembut, lembap dan berseri.
- Caranya sapukan sahaja gel aloe vera di muka selama 30 minit dan bilas dengan air suam.
2. Baking Soda
- Selain daripada digunakan untuk membuat kek, baking soda ni juga boleh digunakan untuk hilangkan parut jerawat hitam kat muka tau.
- Didalamnya mengandungi kristal sodium bikarbonat yang boleh memudarkan parut serta memperbaharui kulit jadi lebih muda remaja
- Caranya campurkan 2-3 sudu teh soda bikarbonat dengan air suam, kemudian sapukan di bahagian jerawat selama beberapa minit sebelum dibilas dengan air suam.
3. Timun
- Timun biasanya orang letak di mata untuk hilangkan eyebag kan.
- Timun kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga magnesium yang membantu untuk melembapkan kulit dan berkesan menghilangkan parut jerawat yang hitam, berlubang atau yang timbul pada permukaan kulit.
4. Madu Asli
- Sapukan madu asli yang organik di bekas jerawat dan biarkan kering hingga meresap ke kulit.
- Untuk dapatkan kesan yang lebeih berkesan, campurkan dengan 1 sudu teh serbuk kayu manis kedalam setiap 2 sudu teh madu asli tersebut.
5. Minyak Zaitun
- Minyak zaitun kaya dengan vitamin A, D, E, C, B1, B2, zat besi dan juga bertindak sebagai antioksidan.
- Ia juga bersifat anti-radang yang berkesan untuk merawat jerawat dan memperbaharui kulit akibat bekas jerawat.
- Caranya dengan mengurut dengan lembut di bahagian jerawat dengan minyak zaitun, kemudian rendam tuala bersih dalam air suam, dan tekapkan di muka selama 1-2 minit sebelum bilas.
6. Tomato
- Kisar atau lenyekkan tomato dan sapukan dimuka seperti masker selama 15-20minit sebelum bilas dengan air suam.
7. Cuka Epal
- Rendamkan kapas muka dalam larutan air suam dan cuka epal dalam nisbah yang sama, kemudian sapukan di bahagian berjerawat dan biarkan selama 5-10 minit sebelum bilas dengan air suam.
Tips lain jika jerawat kembali singgah dimuka,
- Jangan pegang, kopek atau garu pakai tangan sebab tangan ada banyak kuman dan bakteria. Nanti jadi lagi teruk
- Jangan stress. Biasanya stress akan sebabkan jerawat naik
- Jangan kerap tukar produk skincare. Kekal pakai yang sama jer dari cleanser, toner, serum, moisturizer sampailah ke night cream supaya bahan-bahan dalam skincare tersebut tak saling bercanggah dan berlawanan. Paling bagus pakai yang organik, ada research dan clinical study macam Youth.
Sumber dari siraplimau.com
Cik Am merupakan pengedar shaklee yang aktif di Bandar Sri Damansara dan di seluruh Malaysia.
Untuk belian produk secara online, klik gambar dibawah.
Web : akudanvita.blogspot.com
FB : Noor Amanie
HP : 0122570456
IG : @shakleeby_amanie
@youthby_amanie
No comments:
Post a Comment