Menyusukan bayi adalah salah satu moment indah dalam kamus kehidupan seorang ibu. Terutamanya bagi mereka yang pertama kali menyusukan bayi, pada awal proses menyusui ada sedikit rasa sakit dan pedih mungkin kerana belum biasa lagi dengan situasi yang baru. Itu adalah normal. Tapi, jika mommy mengalami puting yang sakit dan pedih sepanjang menyusukan, itu adalah tidak normal dan mungkin ada beberapa punca yang menyebabkan keadaan sedemian. Ini kerana menyusukan bayi sepatutnya menyeronokkan bagi ibu dan bayi.
Cik Am nak share beberapa punca kenapa puting ibu menjadi sakit dan pedih semasa menyusu bayi.
PUNCA PUTING MELECET ATAU PEDIH
1. Bayi tidak melekap dengan betul
- Bayi yang menghisap puting sahaja, atau kedudukan bayi yang tidak sesuai yang memerlukan bayi untuk menarik puting ibu boleh menyebabkan puting ibu pedih dan sakit.
- Pastikan bayi membuka mulut luas-luas dan memasukkan puting berserta keseluruhan areola iaitu di bahagian payudara ibu yang berwarna gelap ke dalam mulut.
2. Dermatitis
- Puting dinaiki ruam dan kemerahan disebabkan penggunaan krim, lotion atau sabun yang tak sesuai.
3. Lidah bayi terikat
- Lidah bayi melekat dengan dasar bibir yang menyukarkan untuk bayi menyusu dengan betul.
4. Bayi tumbuh gigi
- Bayi yang baru nak tumbuh gigi kerapa rasa gatal pada gusi. Untuk hilangkan rasa gatal gusi kadang-kadang semasa menyusu bayi akan menggigit puting untuk bagi selesa. Memang seksa tapi itulah hakikatnya. huhu
5. Pemakaian bra / coli yang tidak sesuai
- Pemakaian bra atau coli dan lapik coli (cup) yang terlalu ketat hingga memberikan tekanan kepada puting. Cup yang terlalu tebal juga menghalang udara memasuki payudara sekaligus memerangkap kelembapan dan menyebabkan naiknya ruam dan dijangkiti kuman.
CARA ATASI PUTING MELECET ATAU PEDIH
- Ibu kena pastikan mulut bayi melekap bersama areola, bukan puting sahaja
- Gunakan posisi menyusu yang selesa dan sesuai untuk ibu dan bayi. Boleh juga guna bantal menyusu.
- Jika lidah bayi terikat, boleh bawa berjumpa dengan pakar untuk rawatan selanjutnya
- Kalau bayi gigit, cepat-cepat buka mulut dia supaya bayi tak gigit lagi kuat dan lagi lama. Cara untuk buka mulut bayi semasa menyusu dengan memasukkan anak jari ibu dari tepi mulut bayi perlahan-lahan sampai bayi buka mulut.
- Sapu air susu ibu sendiri di puting dan sekelilingnya selepas bayi menyusu. Yang ni memang Cik Am sendiri buat, memang berkesan.
- Guna bra/coli dan cup bra yang bersesuian. Tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.
- Guna krim pelembap dan Vitamin E untuk melembapkan kulit. Ada beberapa krim sapu yang boleh didapati di farmasi yang sesuai untuk dihisap oleh bayi seperti Natural Nipple Butter, Vaseline, Nursing Butter by Cocoa Butter Formula dan banyak lagi. Minyak kelapa dara pon boleh juga disapu di puting dan payudara ibu.
Untuk ibu yang mencari supplement untuk banyakkan susu badan, untuk atasi masalah bengkak susu, untuk melancarkan pengaliran dan pengeluaran susu ibu, boleh dapatkan Set Penyusuan Shaklee dari Cik Am.
KEBAIKAN SET MENYUSU SHAKLEE
- Susu ibu lebih pekat
- Susu ibu lebih banyak
- Melancarkan pengeluaran susu ibu
- Mengelakkan berlakunya bengkak susu
- Mengatasi masalah bengkak susu
- Bayi kenyang lebih lama
- Kuatkan sistem imun badan ibu dan juga bayi
- Kuatkan memori ibu selepas bersalin
- Merangsang sel otak bayi dengan omega guard. Minyak ikan yang mengandungi DHA, EPA dan ALA
Sebagai seorang ibu yang masih menyusukan bayi yang berumur 1 tahun 9 bulan, Cik Am sangat berpuas hati dan sangat recommended untuk ibu-ibu mengamalkan set menyusu shaklee ini.
Cik Am merupakan pengedar shaklee yang aktif di Bandar Sri Damansara dan di seluruh Malaysia.
Untuk belian produk secara online, klik gambar dibawah.
Web : akudanvita.blogspot.com
FB : Noor Amanie
HP : 0122570456
IG : @shakleedamansara_amanie
@shakleeby_amanie
No comments:
Post a Comment