Saturday 24 February 2018

Cara Banyakkan Susu Ibu Dalam Pantang

 

Waktu dalam pantang adalah waktu yang paling penting untuk ibu merangsang pengeluaran susu dengan banyak. Bila dalam tempoh berpantang susu berjaya dirangsang dengan betul, insyaAllah selepas berpantang pon ibu masih boleh menyusukan bayi paling kurang dalam tempoh 2 tahun. Dengan syaratnya jika ibu masih mengamalkan teknik dan cara yang betul untuk banyakkan susu badan.

Harini Cik Am nak share pengalaman Cik Am sendiri selama tempoh Cik Am menyusukan baby Maira dari dalam pantang, hinggalah sekarang baby maira dah pon berumur 1 tahun 9 bulan. Lagi 3 bulan insyaAllah kena fikir cara nak wean off pulak. ohh how i will miss this moment.. 

Okay, sebenarnya masa kandungan Cik Am dalam 8 bulan macam tu, Cik Am dah start menggali segala ilmu, baca buku, google dan apa-apa yang berkaitan dengan penyusuan susu ibu.

So apa yang Cik Am buat dalam pantang untuk banyakkan susu ialah

1. Breastfeed baby setiap 2jam



  • Selepas Cik Am keluar dari labour room, nurse bagitau suruh breastfeed baby setiap 2 jam sekali. Sekali breastfeed antara 30-45minit. Lepas bersalin kita akan penat dan mengantuk, mungkin jugak sebab Cik Am dok kat labour room dari pukul 10malam, 6 pagi baru bersalin. So itu pon mungkin kenapa Cik Am mengantuk. hihihi So apa yang Cik Am buat ialah set alarm kat handphone setiap 2 jam. Jam bunyi je terus breastfeed baby. Yess memang kena gigih. Sebab Cik Am first time jadi ibu, so memang kena gigih untuk rangsang susu badan. 
2. Marmet



  • Cik Am stay di hospital 3 hari, sebab doktor nak test baby kuning ke tak. So hari ketiga tu result keluar, alhamdulillah baby takde kuning. Selama 3 hari kat hospital tu, Cik Am dah rasa breast Cik Am keras, maksudnya susu dah penuh. Sebab takde breastpump, storage bag dan lain2, Cik Am just marmet tadah dalam bekas ubat yang nurse bagi. hahaa 
  • Maksudnya kat sini you kena make sure breast you selalu kosong, untuk bagi susu yang baru pulak masuk dan memenuhi breast you. Kalau you tak kosongkan breast you, automatically otak you akan send signal yang menandakan susu you dah cukup. So tak perlu hasilkan susu lagi. So kena selalu kosongkan breast tak kiralah macam mana pon caranya. Cik Am marmet sebab baby ada dengan nurse. 
  • One more thing kalau you tak kosongkan breast bila breast you dah penuh, ada possibility untuk you kena bengkak susu. Bengkak susu sangat sakit sampai boleh demam tau. Lagi teruk kalau tisu yang hasilkan susu tu bengkak dan pecah, dan kena infection. Bila kena infection tisu dan susu yang tersumbat tu akan jadi nanah. Cara untuk buang nanah ni dengan operation sahaja. 
3. Pumping



  • Selepas dah boleh balik rumah, Cik Am start pump susu bila baby tidur. Baby baru lahir biasalah dia akan tidur je memanjang. hahaha So bila baby tidur, Cik Am pump dua2 belah breast dalam 30-45 minit. Sampai breast betul-betul kosong. 
  • Kalau nak buat jadual untuk pumping pon boleh juga. Sebelum tidur dan tengah malam dalam 3 4 pagi tu memang wajib bangun untuk pump. Tak pump memang tak boleh tidur tau. Sebab breast keras, bengkak dan penuh sangat. So memang kena gigih. 
  • Boleh baca mengenai EBM disini
4. Mengurut



  • Dalam pantang masa mak bidan tu urut badan kita, suruh sekali dia urut breast kita untuk melancarkan pengeluaran susu badan. Tapi biasanya tak payah suruh, sebab dia memang akan urut. hahaa Kalau seminggu you upah dia untuk mengurut, memang seminggu lah dia urut breast you. hakss tadah jer lerr 
5. Minum air putih banyak



  • Minum air putih memang sangat-sangat membantu untuk produce susu badan tau. Lagipun kita baru lepas bersalin, tak bersalin pon memang minum air putih banyak-banyak tu dah kita tahu kebaikan dia kan. So pastikan minum air putih paling-paling 3 liter sehari. Letak je botol air atau jug air besar kat sebelah katil atau tilam kita tu. Bila-bila masa boleh terus ambik dan minum. Dah habis mintak tolong husband atau sapa-sapa refill balik. 
  • Boleh baca makanan untuk tambah susu badan disini
6. Supplement



  • Cik Am terus consume set menyusu shaklee lepas keluar dari labour room tu. Selain memantu untuk banyakkan susu badan, ia juga membantu untuk tingkatkan sistem imun badan ibu dan baby, bantu cepat baik luka bersalin, dan cukupkan keperluan nutrisi harian sebab dalam pantang banyak benda kita tak boleh makan kan. So untuk gantikan nutrisi yang kita tak boleh dapatkan dari makanan dalam pantang tu, supplement akan bantu cukupkan nutrisi harian kita. Bila badan kita cukup nutrisi, badan pon senang nak recover balik. 
Untuk ibu-ibu yang masih mencari supplement untuk membantu ibu-ibu melancarkan proses penyusuan susu ibu, membantu untuk memperbanyakkan dan memekatkan susu ibu, boleh cuba dapatkan Set Penyusuan Shaklee ya. 

KEBAIKAN SET MENYUSU SHAKLEE


  1. Susu ibu lebih pekat
  2. Susu ibu lebih banyak
  3. Melancarkan pengeluaran susu ibu
  4. Mengelakkan berlakunya bengkak susu
  5. Mengatasi masalah bengkak susu
  6. Bayi kenyang lebih lama
  7. Kuatkan sistem imun badan ibu dan juga bayi
  8. Kuatkan memori ibu selepas bersalin
  9. Merangsang sel otak bayi dengan omega guard. Minyak ikan yang mengandungi DHA, EPA dan ALA
Sebagai seorang ibu yang masih menyusukan bayi yang berumur 1 tahun 9 bulan, Cik Am sangat berpuas hati dan sangat recommended untuk ibu-ibu mengamalkan set menyusu shaklee ini. 


Cik Am merupakan pengedar shaklee yang aktif di Bandar Sri Damansara dan di seluruh Malaysia. 

Untuk belian produk secara online, klik gambar dibawah.  

pengedar shaklee bandar sri damansara

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

pengedar shaklee bandar sri damansara

Pengedar Shaklee Bandar Sri Damansara
FB Page : Shaklee Sri Damansara
0122570456
HP : 0122570456
IG : @shakleedamansara_amanie
@shakleeby_amanie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...