Banyak cara sebenarnya yang boleh dilakukan untuk tambah pengeluaran susu ibu termasuklah dengan teknik power pumping.
Jadi ibu-ibu yang mengalami masalah susu merudum tak perlu panik, boleh cuba mana-mana cara yang boleh membantu untuk meningkatkan kembali pengeluaran susu badan, dan berhenti daripada berfikir yang susu you tak cukup, baby tak cukup susu, you tak boleh menyusu baby lagi. Sentiasa berfikir positif dan jangan stress okay mommies.
Power pumping adalah satu cara mengepump susu ibu yang seakan mengikut cara bayi menyusu dengan aktif. Ia berfungsi untuk merangsang pengeluaran susu ibu dengan lebih banyak dengan cara mengosongkan breast dengan kerap.
Seperti bayi yang semakin membesar, semakin kuat menyusu dan semakin kerap meminta susu. Begitulah kaedahnya.
Untuk Siapa Teknik Power Pumping?
Untuk ibu-ibu yang sememangnya susu meriah, cukup dengan pumping secara biasa saja. Untuk surirumah mungkin boleh direct-feeding sahaja jika berada dirumah.
Power pumping ni sesuai untuk mereka yang :
- Mengalami masalah susu merudum, kekurangan susu dan ingin meningkatkan kembali pengeluaran susu badan yang disebabkan oleh faktor-faktor seperti hormon yang tidak stabil, datang haid, kurang pump, tidak sihat dan sebagainya.
- Ibu yang ingin melakukan relaktasi atau penyusuan semula selepas berhenti menyusu bayi untuk 1 tempoh masa yang lama seperti sebulan dan lebih atas faktor-faktor tertentu.
Cara Power Pumping
Berapa Lama & Kerap Perlu Lakukan Untuk Dapat Hasil?
Teknik power pumping ni perlu mengambil masa sekurang-kurangnya 1-2 minggu dan perlu dilakukan sekali sehari untuk dapatkan hasil yang you inginkan.
Walaupun awal-awal buat power pumping ni you akan dapat setitik dua je ke, angin je ke yang keluar, jangan stress dan teruskan buat. Banyakkan usaha, berdoa dan berzikir untuk banyakkan susu badan. Makin lama pengeluaran susu pon semakin bertambah dan meningkat dari hari ke hari.
Bila Akan Dapat Hasil Dari Power Pumping?
Ada sesetengah orang paling cepat dalam masa 2 hari pon dah boleh dapat hasilnya. Ada yang lain pula mengambil masa 1-2 minggu untuk dapat hasil.
Walaubagaimanapun, teruskan berusaha dan jangan mudah mengalah. Ingat, sesungguhnya susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak kita.
Bila Waktu Yang Sesuai Untuk Power Pumping?
Tengah malam hingga ke awal pagi sebab masa tu hormon prolaktin tinggi dan peluang untuk merangsang pengeluaran susu lebih tinggi.
Tips Menjayakan Power Pumping
- Jangan stress atau sedih kalau mula-mula pump dapat angin atau dapat setitik dua sahaja. Teruskan pump sampai habis sesi
- Jangan tengok susu masa tengah pump. Memang boleh buat stress kalau tengok-tengok takde susu atau susu sikit. Stress boleh merencatkan pengeluaran susu.
- Guna pump payudara yang berkualiti.
- Rangsang Let Down Reflex (LDR) dengan mendengar alunan ayat Al-Quran, tengok gambar anak, tengok video atau cerita yang mengembirakan. Emosi yang baik dan stabil sangat penting semasa mengepump.
- Lakukan ditempat yang selesa untuk habiskan sesi selama 1 jam. Pastikan air letak sekali kot-kot haus time pumping.
- Konsisten mengempump dan jangan skip
- Mengepump selepas menyusukan bayi. Biasanya bayi tidak mengosongkan breast dengan sepenuhnya sebab bayi cepat tertidur semasa menyusu. Bila breast kosong sepenuhnya, otak akan hantar signal untuk keluarkan production susu yang baru dengan lebih banyak.
- Pump secara biasa setiap 2-3 jam sekali. Jangan lebih dari 3 jam untuk mengepump dan mengosongkan breast.
- Bersyukur. Banyak manapun susu yang kita dapat, bersyukur dan senyumlah. Jangan bandingkan susu badan you dengan susu badan orang lain. Setiap orang rezeki lain-lain yang penting kena konsisten dan istiqomah pumping setiap hari
- Supplement untuk milkbooster. Selain dari buat power pumping, minum air putih 3 liter sehari, pengambilan supplement sebagai milkbooster juga sangat penting.
Untuk ibu-ibu yang masih mencari supplement untuk membantu ibu-ibu melancarkan proses penyusuan susu ibu, membantu untuk memperbanyakkan dan memekatkan susu ibu, boleh cuba dapatkan Set Penyusuan Shaklee ya.
- Susu ibu lebih pekat
- Susu ibu lebih banyak
- Melancarkan pengeluaran susu ibu
- Mengelakkan berlakunya bengkak susu
- Mengatasi masalah bengkak susu
- Bayi kenyang lebih lama
- Kuatkan sistem imun badan ibu dan juga bayi
- Kuatkan memori ibu selepas bersalin
- Merangsang sel otak bayi dengan omega guard. Minyak ikan yang mengandungi DHA, EPA dan ALA
Sebagai seorang ibu yang masih menyusukan bayi yang berumur 1 tahun 11 bulan, Cik Am sangat berpuas hati dan sangat recommended untuk ibu-ibu mengamalkan set menyusu shaklee ini.
Cik Am merupakan pengedar shaklee yang aktif di Bandar Sri Damansara dan di seluruh Malaysia.
Untuk belian produk secara online, klik gambar dibawah.
No comments:
Post a Comment