Saturday, 23 November 2013

Panduan Mengurut Bayi

panduan mengurut bayi

Urutan adalah satu daripada cara ibu berkomunikasi dengan bayi mereka. Urutan juga mampu merangsang pengeluaran hormon serotonin yang juga dikenali sebagai terapi gembira yang membantu melega dan memberi ketenangan kepada bayi.

Kajian menunjukkan bahawa urutan bayi dengan cara betul memberi banyak kesan positif, termasuk menggalak interaksi antara ibu bapa dan bayi. Namin untuk melakukan urutan pada bayi perlu tahu caranya. Ini adalah apa yang ibu perlu lakukan. 

Persediaan 
  1. Pastikan keadaan selesa dan tenang 
  2. Suasana bilik senyap dan sederhana panas kerana bayi mudah berasa sejuk. Letakkan bayi di atas permukaan yang lembut dan selesa 
  3. Gunakan minyak bayi bagi mengurangkan geseran pada kulit bayi yang halus. Gosokkan kedua-dua tangan bagi mendapatkan rasa hangat. 
  4. Sebilangan bayi lebih suka diurut waktu pagi, sementara yang lain selepas mandi ataupun sebelum waktu tidur. 
Cara Urutan 

1. Muka
Gunakan ibu jari anda dan buatkan isyarat senyuman pada bahagian atas bibirnya, kemudian di bawah bibir bayi. Ulang tiga kali. 

2. Dada 
Menggunakan kedua-dua tangan yang diletakkan di tengah dada batyi, tolak keluar ke arah tepi dan mengikut susunan tulang rusuk. Tanpa beralih tangan daripada badan dan bayi, gerakkan tangan di sekeliling mengukit bentuk hati sehingga bahagian tengah. 

3. Tangan 
Pegang tangan bayi sampai bahagian bahunya dengan kedua belah tangan. Kemudian usaplah lengan dengan bergerak ke atas dari bahu membawa ke arah pergelangan tangan dan rentak diselang-selikan. Pada masa yang sama picit dengan lembut. 

4. Kaki 
Pegang kaki bayi dan pusingkan dengan kedua belah tangan bergerak ke arah bertentangan. Pada masa yang sama, picit dengan lembut. Kemudian, dengan memegang kedua-dua kaki, buat gerakan seperti menggulung dari lutut ke buku lali 

5. Perut 
Menggunakan hujung tangan, lakukan gerakan mendayung pada perut bayi, berselang seli tanga, seolah-olah anda sedang menyodok pasir ke arah diri sendiri. 

Buatkan gerakan separa bulat dengan tangan kanan anda,dari kiri ke kanan. Kemudian buat gerakan bulatan penuh hala mengikut pusingan jam dengan tangan kanan. Ketika tangan kanan anda bergerak di atas, tangan kiri anda di bawah, lakukan satu pusingan bulatan mengikut hala songsang jam dengan tangan kanan anda. 

Menggunakan hujung jari, buat gerakan berjalan di atas perut bayi anda dari kiri ke kanan. Anda mungkin terasa gelembung udara bergerak-gerak di bawah bayi anda. 

6. Bahagian Belakang
Letak bayi dalam keadaan tertiarap dengan kepalanya ke sisi. Mulakan dengan bahagian atas belakang, bersudut tegak pada tulang belakang. Gerakkan tangan anda dari depan ke belakang, pada arah bertentangan, membawa ke bahagian punggung, kemudian naik ke bahu. 

Kelebihan Mengurut Bayi 
  1. Membantu merangsang pembesaran fizikal bayi 
  2. Menguatkan ketahanan tubuh badan 
  3. Mmebina keyakinan diri 
  4. Melancarkan perjalanan darah dan memperbaiki sistem penghadaman 
  5. Membantu memudahkan bayi tidur 
  6. Merangsang aliran oksigen dalam badan
  7. Membantu perkembangan fungsi otot 
  8. Meredakan kesakitan apabila demam 
  9. Memudahkan penyingkiran bahan toksik 
  10. Merangsang perkembangan fizikal dan psikologi 
  11. Mmebuatkan bayi rasa tenang dan selesa 
  12. Mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi 
Tips Hentikan Sendu Bayi 
  1. Ubah posisi menyusu untuk membatasi jumlah udara yang ditelan bayi 
  2. Sendawakan bayi agar udara berlebihan di perutnya boleh keluar 
  3. Urut punggung bayi untuk menenangkannya 
  4. Susu bayi secara berkala dan berhentikan menyusuinya jika bayi masih sedu. Jika diteruskan, bayi akan muntah. 

Friday, 22 November 2013

Miliki Tubuh Pejal, Mantap dan Seksi

Ramai wanita berjaya menurunkan berat badan menerusi diet namun tubuh mereka tidak menawan kerana mengalami masalah menggeleber dan wajah tampak pucat. Sebenarnya, tubuh cantik, bukan beerti kurus semata-mata. Sebaliknya, ia merangkumi struktur tubuh, berbentuk, pejal dan kulit yang sihat. Apakah tips untuk dapatkan tubuh macam ni? Jom saya kongsikan tip-tip berikut. Semoga bermanfaat. 
miliki tubuh idaman
Badan yang langsing, cantik dan seksi menjadi idaman setiap wanita
1. Minum Air Putih 8 Gelas Sehari 
Tubuh kita memerlukan air yang mencukupi. Kurangkan minuman manis dan gantikan dengan air putih. Ia membantu melancarkan sistem penghadaman, menjaga ginjal dan membuatkan kulit lembap. Selain itu, air putih membantu meningkatkan metabolisma dan membuang toksin dalam tubuh. 

2. Senaman Membentuk Tubuh 
Pilih senaman yang sesuai untuk menurunkan berat badan. Aerobik antara senaman yang dikatakan paling efektif untuk langsing kerana ia melibatkan pergerakan seluruh anggota badan. Senaman ini membuatkan tubuh menjadi pejal. Agar tubuh lebih menarik, lakukan senaman khusus seperti latihan angkat berat dan aktiviti renang, ia membantu membentuk dada dan lengan yang cantik. 

3. Elakkan Makanan Segera 
Makanan segera adalah musuh utama untuk kesihatan anda. Ia bukan sahaja mahal malah mempunyai kalori yang tinggi dan serbuk perasa. Makanan ini juga menyebabkan berat badan meningkat dan menyumbang kepada masalah kesihatan lain. Oleh itu, gantikan makanan segera dengan menu sihat seperti aneka salad, kerabu, buah-buahan dan lauk pauk yang dikukus. 

4. Supplement Yang Sesuai 
Hari ini supplement menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat moden. Tidak salah mengambil supplement untuk memastikan tubuh  mendapat nutrien yang mencukupi namun  anda perlu mendapatkan nasihat doktor. Pilih supplement yang sesuai dengan diri anda, misalnya vitamin C untuk kesihatan dan kecantikan atau supplement serat yang dikatakan dapat membantu melancarkan masalah penghadaman. 

5. Lebihkan Pengambilan Buah Dan Sayur. 
Biasanya masyarakat Malaysia gemar mencuci mulut dengan hidangan manis seperti aneka kek, puding dan ais krim. Pencuci mulut seperti ini akan menyebabkan berat badan bertambah dan lambat laun menyumbang kepada penyakit kencing manis. Anda masih boleh menikmati hidangan enak dengan memilih hirisan buah-buahan segar seperti limau, tembikai atau betik. Selain buah, banyakkan makan sayur-sayuran yang sangat tinggi khasiat untuk kesihatan dan kecantikan. 

6. Memanjakan Diri Di Spa 
Beri ganjaran kepada diri sendiri selepas bertungkus lumus bekerja. Belai tubuh dan wajah di spa, rawatan ini membantu anda tampil anggun dan bertenaga. Rawatan sauna atau mandi herba misalnya dikatakan dapat membantu membuang toksin dan membakar lemak. Begitu juga dengan rawatan lulur yang menyingkirkan sel mati dan membuatkan kulit anda mulus. 

7. Krim Pelangsingan 
Bagi yang berepan dengan masalah selulit, anda boleh menggunakan krim pelangsingan. Sapukan di bahagian yang bermasalah secara konsisten. Pilih produk yang selamat dan diperbuat daripada baham semulajadi. Dengan cara ini, bahagian tubuh yang bermasalah seperti paha dan pinggul dapat dikecilkan. 

8. Krim Pelembap 
Amalkan menyapu losen pelembap pada tubuh setiap kali selepas mandi, ia dapat mengatasi kulit kering. Bagi wanita yang bekerja di dalam bilik berhawa dingin, sapukan losen dengan lebih kerap. 

9. Urutan Lancarkan Peredaran Darah 
Pelbagai jenis urutan seperti traditional Melayu, Jawa, Bali mahupun Thai dikatakan dapat membantu melancarkan peredaran darah. Urutan ini juga membuatkan tubuh berasa rileks dan memecahkan lemak pada tubuh. Tubuh juga berasa segar dan isi menjadi lebih pejal. 

10. Kurangkan Karbohidrat Lebihkan Protein 
Makan makanan berasaskan karbohidrat dalam kuantiti sedikit. Karbohidrat yang baik dari buah seperti pisang, sayuran dan gandum. Karbohidrat membekal tenaga pada tubuh, jadi jangan tinggalkan terus kumpulan makanan ini. Lebihkan pengambilan protein kerana ia membentuk otot, organ dan menjaga fungsi sistem imunisasi badan. Menu yang disarankan berasaskan ikan, kekacang, ayam dan tenusu. 

Bagaimana Shaklee boleh membantu untuk memberikan dan mengekalkan tubuh yang cantik, langsing dan pejal? Jom saya kongsikan bersama-sama. 

Alfalfa untuk detoks keseluruhan tubuh 
Manfaat Alfalfa 

1. Setanding kacip fatimah 

2. Menyingkirkan lemak dan kolestrol 
  • Penggunaan jangka panjang alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi
3. Mencuci hati, darah dan usus 
  • Menjadikan badan yang berasid kepada lebih normal, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit 
4. Melawan alahan 
  • Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan, dan ulat air dengan berkesan. 
5. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut 
  • Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastric, hepatitis dan sembelit. 
6. Melawan tumor 
  • Makan secara konsisten untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel kanser dan membuang tumor 
7. Merawat masalah keputihan 

8. Mencegah / merawat artritis 
  • Melegakan sakit artritis dan kesakitan 
9. Menurunkan bacaan urid asid / mencegah dan merawat sakit gout 

Membakar lemak dan mengangkut ke sistem pencernaan 
Manfaat Lecithin 

1. Bertindak sebagai pelarut untuk kolestrol 

2. Berfungsi mencairkan lemak 

3. Bertindak mengemulsikan lemak (mencairkan lemak). Sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf

4. Membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria

5. Membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory) 

6. Lecithin adalah zat untuk kecantikan. Ianya perlu dalam menghasilkan rambut yang sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah ekzema. 

Protein yang membakar lemak, membuang inci dan membina serta mengekalkan otot 
Manfaat Cinch Shake Mix Shaklee 

1. Menyimpan otot sedia ada dan memelihara otot dari rosak 

2. Membakar lemak yang tidak diingini 

3. Mengurangkan inci yang tidak diingini 

4. Makanan segera untuk mereka yang aktif 

5. Tinggi kandungan serat dan memberi rasa puas dan kenyang 

6. Mengandungi nutrisi lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan 

7. Diperkaya dengan leucin untuk memelihara otot 

8. Merupakan meal replacement yang sihat dan mengenyangkan 


Peranan  Vitamin C dalam kecantikan kulit 
  • Sebagai antioksidan kuat yg melindungi kulit dpd pencemaran udara dan sebagainya 
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit 
  • Mencerahkan kulit 
  • Membentuk kolagen 
  • Menghilangkan jeragat 
  • Merawat kulit kasar dan kering 
  • Melembapkan kulit 
Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Trusted Healthy & Beauty Consultant

Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 012-2570456
Instagram : @vitaworldshop1

Rawatan Penyakit Talasemia

Apa itu Talasemia? 

Talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dengan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan henoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk. 

Badan manusia bergantung kepada tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik. 

Penyakit Talesemia adalah penyakit keturunan yang diwarisi dari ibu atau bapa kepada anak-anak melalui gen. Kedua-dua kanak-kanak lelaki dan perempuan mempunyai peluang untuk mendapat panyakit tersebut. Ianya tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan juga hubungan seksual ataupun boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan. 

Thursday, 21 November 2013

Vitamin Untuk Gout


Gout merupakan sejenis sakit sendi (arthritis) yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Gout akan akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang menghidapi gout. Serangan gout boleh terbahagi kepada dua jenis. Pertama ialah serangan akut (tiba-tiba) dan kedua ialah serangan kronik yang berpanjangan. Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit akan mengadu tulang sendi mereka seolah-olah digigit. Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Gout lebih kerap terjadi dikalangan lelaki. 

Faktor Gout 

1. Umur 
Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30-50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid 

2. Obesiti
Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66kg daripada berat badan normal 

3. Gaya hidup 
Seringkali menyerang lelaki yang mengamalkan pengambilan protein berlebihan dalam menu harian

4. Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat 
Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolestrol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout

5. Gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama individu yang tiada enzim untuk membuang asid urik. 

P/S : kurangkan pengambilan daging dan makanan berprotein terutamanya bagi yang ingin membina badan. Kalau nak ambik makana berprotein bole aje, tapi sila rajinkan diri bersenam ye. 

Set Shaklee untuk pesakit gout boleh membantu meredakan sakit yang dihadapi. Selain itu, perlu juga untuk mengetahi punca, makanan yang perlu dielakkan, dan cara mengatasi atau sekurang-kurangnya cara untuk meredakan kesakitan. 

rawat gout dengan shaklee
set gout shaklee
Alfalfa 
  • Menyah toksin dari badan secara semulajadi dan selamat 
  • Menyingkirkan asid urik dalam badan
Performance Drink 
  • Mengekalkan kandungan cecair di dalam badan 
Omega Guard 
  • Memberi keselesaan kepada sendi 
Pengambilan vitamin
1. Alfalfa 4-10 biji sehari 
2. Performance Drink ambil awal pagi dan petang (boleh juga ambil awal waktu) 
3. Omega Guard ambil 3 biji selepas heavy meal

Saya merupakan pengedar Shaklee di Damansara, Sungai Buloh, Gombak dan Taman Tun Dr. Ismail. COD boleh dilakukan di kawasan-kawasan berikut.

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp : 012-2570456
Instagram : AmanieHassan

Set Senggugut Shaklee - Senggugut Hilang Dengan Shaklee

Saya merupakan pengedar Shaklee di Damansara, Sungai Buloh, Gombak dan Taman Tun Dr. Ismail.

Majoriti wanita mengalami senggugut semasa period kan. Saya pon salah seorang daripada mereka. Sampaikan terpaksa ambil MC sebulan sekali dan kadang2 skip kelas semata-mata kerana senggugut. Masa tu belum kenal lagi Set Senggugut Shaklee ni. 

Kesakitan senggugut ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorea. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang berlainan. Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak, alkohol dan kopi juga boleh mengakibatkan dismenorea termasuklah wanita yang merokok. 

Tapi itu dulu la sebelum saya kenal Shaklee. Terpaksa bergantung dengan pain killer. Actually pain killer ni bukan ubat tahan sakit pun, tapi ubat yg membuatkan kita tidur. So bila kita tidur tak rasa la sakitnya kan. Bangun dari tidur terus sakit lagi. Nampak tak permainannya kat situ.. Sekarang saya nak kongsikan rahsia saya dah tak sentuh lagi pain killer, dah tak berselubung atas katil tiap kali period. Dan paling penting, TAK MENANGIS SEBAB SAKIT SENGGUGUT! Haa, itu yang penting.. sampai nangis2 tau.. *alamak, banyak pulak bebel..hikhikhik* 

Set Senggugut Shaklee 

senggugut dan shaklee
B-Complex 

  • Vitamin B-Complex khususnya vitamin B5 (asid panthothenik), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut 
  • Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kalenjar adrenal 
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambah aliran oksigen kepada organ wanita, juga mebantu menstabilkan paras estrogan ke tahap normal 
  • Vitamin B6 juga meringankan simptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah 
  • Vitamin B12 membantu meringankan tekanan, menghindar anemia, dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan 
senggugut dan shaklee
GLA Complex 
  • Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi 
  • Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik (sejenis asid lemak yang penting) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut 
  • Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis 
OsteMatrix 
  • Wanita yang mengambil kalsium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut 
  • Sebelum haid bermula, paras bekalam kalsium akan menurun menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain simptom senggugut 
  • Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta simptom-simptom senggugut 
  • Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium 
Jadi ayuh kaum wanita sekalian, kekal sihat dan bertenaga bersama emosi yang stabil dengan bekalan Vitamin B, GLA dan Kalsium yang terbaik. Semestinya selamat, berkesan dan semulajadi dengan Shaklee. 

Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Trusted Healthy & Beauty Consultant

Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 012-2570456
Instagram : @vitaworldshop1

Wednesday, 20 November 2013

Shaklee Collagen Powder - Apa Itu Kolagen?

shaklee collagen powder testimoni
shaklee collagen powder
Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari setiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.

Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut dan kuku), tulang, tendon, rawan sendi, dan gigi, hati. tulang sum-sum, tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.

Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen 1,2,3, 4 dan 5.
  • Kolagen 1 terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi 
  • Kolagen 2 : tulang rawan (kompenan utama tulang rawan) dan mata 
  • Kolagen 3 : reticulate (kompenan utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tidu lembut seperti hati, jantung, tulang sumsum, arteri, kulit, usus dan rahim 
  • Kolagen 4 : membentuk asas kepada sel membran dasar (serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah 
  • Pembuluh 5 : permukaan sel, rambut dan uri. 
Fungsi Kolagen

Menghasilkan asid amino penting seperti : 
  • Lysin, prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel 
  • Hydroxyprolin - memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang 
  • Glisin - melembapkan kulit 
  • Alanin, prolin dan asparagin - menstabilkan struktur, melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan 
  • Arginin - memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur 
  • Mengawal metabolisma tubuh dengan mencerna secara enzimatik 
  • Melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif 
  • Menegang, menganjal dan melembapkan kulit 
  • Menampung air dalam tubuh 
  • Meningkatkan penyerapan kalsium 
  • Menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit 
  • Meningkatkan isyarat induki 
  • Menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik 
Kesan Kolagen Ke Atas Badan 
  • Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit 
  • Memelihara kelembapan kulit 
  • Menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang 
  • Menguatkan otot dan tulang 
  • Membantu hati dalam proses detoksifikasi (buang toksin) 
  • Memelihara kelenturan sendi 
  • Mengurangkan inflamasi (keradangan) 
  • Memberi tenaga 
  • Membantu pola tidur 
  • Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf 
Kesan Kekurangan Kolagen Dalam Badan 

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan penurungannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan. 

Oleh itu, kolagen di ambil sebagai makanan tambahan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembap kulit. 

Tanda-tanda Penuaan 
  • Kulit kusam 
  • Tak bermaya 
  • Tiada seri 
  • Kulit kedut dan mula kendur 
  • Pigmentasi kulit 
  • Cepat letih dan lesu 
  • Sakit badan dan sendi 
  • Mudah lupa 
  • Kurang penglihatan 
Kolagen Yang Diambil Sebagai Supplement Makanan 
  • Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung 
  • Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit 
  • Kolagen hidrolisis adalah supplement pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal. Ia adalah dari jenis kolagen 1
  • Berat molikul rendah daripada 1000 adalah lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing, lembu atau babi seberat 400 000 
  • Menyediakan predigested collagen telah dicernakan dahulu dan cepat diserap 
  • Kolagen ikan dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian "Triple Helix", struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini
  • Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro)
  • Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan. Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan)
  • Memberi nisbah asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu, dan mengekalkan fungsi sel 
  • Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan pembentukan otot. Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisma. Ini mempercepatkan kadar pembakaran lemak. 
  • Lemak yang terbakar daripda peningkatan otot tanpa lemak diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga 
  • Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tisu penyokong terutamanya pada sendi 
  • Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit 
  • Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan. Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan
  • Mempercepatkan proses pemulihan kecederaan 
  • Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi 
  • Ia boleh membentuk dan menegangkan badan 
  • Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan 
  • Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku 
  • Ia membantu menegangkan kulit dalam melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
  • Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrate kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga 
  • Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betuk selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%. 
Saya merupakan pengedar Shaklee di Damansara, Sungai Buloh, Gombak dan Taman Tun Dr. Ismail. COD boleh dilakukan di kawasan-kawasan berikut. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp : 012-2570456
Instagram : AmanieHassan

Rezeki Itu Dari Tuhan


Assalamualaikum.. Entry kali ni saya nak sharing kisah seekor semut zaman Nabi Sulaiman A.S.. Betapa hebatnya iman seekor semut ALLAH ini, setandingkah dengan iman kita? Muhasabah.. Semoga bermanfaat. 

Kisah Iman Semut 

Di zaman Nabi Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. 

Nabi Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut, "Wahai semut, apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?". 

Semut pun menjawab : "Rezeki datang dari ALLAH, aku percaya rezeki datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untukku." 

Lantas Nabi Sulaiman a.s pun bertanya, "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?" 

Jawab semut, " Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan." 

Nabi Sulaiman a.s pun mencadangkan : " Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong." 

Nabi Sulaiman a.s pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut, " Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan. Ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah. 

Jawab semut, " Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong!. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada ALLAH dan ALLAH tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tidak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa."

Begitu tingginya iman sang semut. Sehebat itukah kepercayaan kita dengan rezeki dari ALLAH? Sama-sama kita renungkan. Assalamualaikum.. 

20 Amalan Murah Rezeki


Assalamualaikum. Sharing some tips dari fan page "Ya Allah Terimalah Taubatku". Untuk mereka yang merasakan diri anda sentiasa tidak cukup dengan nikmat ALLAH, adakan masa untuk Tuhan. in sha ALLAH, ALLAH adakan masa untuk kamu. Sesungguhnya ALLAH menjaga orang2 yang menjaga agamaNYA. Semoga bermanfaat. :) 
  1. Menyempatkan diri beribadah 
  2. Memperbanyakkan istighfar 
  3. Tinggalkan perbuatan dosa 
  4. Sentiasa ingat ALLAH SWT 
  5. Berbantik dan mendoakan ibu bapa 
  6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah 
  7. Tunaikan hajat orang lain 
  8. Banyakkan berselawat 
  9. Buat kebajikan banyak2 
  10. Berpagi2 (memulakan aktiviti harian sebaik selesai solat subuh) 
  11. Menjalin silaturahim 
  12. Melazimi kekal berwuduk 
  13. Bersedekah 
  14. Melazimi solat malam (Tahajjud) 
  15. Melazimi solat Dhuha 
  16. Bersyukur kepada ALLAH 
  17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu (Ya Wahhab & Ya Razzaq) (Al-Waqiah & Al-Mulk) 
  18. Berdoa 
  19. Berikhtiar sehabisnya 
  20. Bertawakal 

Set Subur Wanita - Subur Selepas Kurus Dengan Shaklee

Set kurus dari Shaklee ada pelbagai jenis mengikut cadangan pengedar Shaklee itu sendiri. Set kurus yang paling famous ialah lecithin dengan alfalfa atau sangat famous dengan jolokan "Set Kurus Budget" sebab harga yang memang mampu milik. Bagi wanita yang sudah berkahwin dan ada masalah kewanitaan seperti period tak teratur, keputihan, berat berlebihan sehingga mengganggu hormon untuk hamil, saya cadangkan untuk mengambil Lecithin + Alfalfa + GLA untuk customer saya. Yang belum berkahwin pun bole juga ambil GLA sebab banyak lagi fungsi GLA ni. Tapi, GLA memang terkenal untuk kesuburan isteri. Hasilnya, ramai yang berjaya hamil selepas berjaya kurus dengan set kurus dari Shaklee. Selalunya doktor pakar atau doktor sakit puan akan mencadangkan bakal2 ibu menurunkan berat badan terlebih dahulu kerana berat yang berlebihan akan mengganggu hormon wanita untuk hamil. Wahh, memang marvelous la kan. 2 in 1 sekali dapat. 

set subur shaklee

Jom kita tengok macam mana setiap satu produk ni berfungsi untuk menurunkan berat badan dan menyuburkan kaum wanita. Terujanye... hehe

Kelebihan Alfalfa
1. Setanding kacip fatimah 

2. Menyingkirkan lemak dan kolestrol 

  • Penggunaan jangka panjang alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi
3. Mencuci hati, darah dan usus 
  • Menjadikan badan yang berasid kepada lebih normal, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit 
4. Melawan alahan 
  • Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan, dan ulat air dengan berkesan. 
5. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut 
  • Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastric, hepatitis dan sembelit. 
6. Melawan tumor 
  • Makan secara konsisten untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel kanser dan membuang tumor 
7. Merawat masalah keputihan 

8. Mencegah / merawat artritis 
  • Melegakan sakit artritis dan kesakitan 
9. Menurunkan bacaan urid asid / mencegah dan merawat sakit gout 

Kelebihan Lecithin 
1. Bertindak sebagai pelarut untuk kolestrol 

2. Berfungsi mencairkan lemak 

3. Bertindak mengemulsikan lemak (mencairkan lemak). Sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf

4. Membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria

5. Membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory) 

6. Lecithin adalah zat untuk kecantikan. Ianya perlu dalam menghasilkan rambut yang sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah ekzema. 

Kelebihan GLA Complex 
1. Membantu meningkatkan kesuburan 
  • Membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni waktu subur. 
2. Membantu membetulkan kitaran haid 
3. Melegakan PMS (sindrom pra-haid) 
4. Membantu dalam menangani menopaus 
5. Menguatkan kuku dan rambut 
6. Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri 
7. Membantu menangani ekzema 
8. Melegakan simptom akibat artritis rheumatoid 
9. Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri (rahim) 
10. Mengawal bacaan kolestrol jahat (LDL) 
11. Merawat keputihan 
12. Mencantikkan kulit 

Bagi yang berminat nak kurus, at the same time nak tingkatkan kesuburan, sangat digalakkan untuk try set ni. 100 pembelian pertama akan dapat harga super special price.. Jom sape cepat dia dapat ok.. bubye. see u in next entry. check it out.. ;) 

Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Trusted Healthy & Beauty Consultant

Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 012-2570456
Instagram : @vitaworldshop1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...