Sekarang ramai yang menghabiskan duit beribu-ribu untuk kecantikan kulit. Suntikan dan pembedahan menjadi jalan singkat yang mudah dan cepat untuk menjadi cantik dalam masa yang singkat. Sedangkan banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk mencantikkan kulit dengan lebih mudah, murah dan menjimatkan serta tidak mendatangkan masalah untuk jangka masa panjang. Syaratnya, mestilah rajin, berdisiplin dan konsisten dengan amalan tersebut.
Hari ini saya ingin kongsikan kebaikan yogurt dalam memberikan kecantikan secara semulajadi kepada kita. Selain daripada murah dan mudah untuk didapati, yogurt sangat mujarab dalam merawat pelbagai jenis masalah kulit dan rambut. So let's check it out.