Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Orang kata ibu mengandung tak boleh diet kan. Mungkin akan membahayakan untuk bayi dalam kandungan, ibu akan kurang bertenaga, bayi kurang nutrisi dan sebagainya.
Masalah saya disini adalah sejak kandungan saya mencecah 6 bulan, berat bayi naik dengan mendadak tidak mengikut draft seperti yang sepatutnya. Maksudnya dia terus pecut dan overweight. Masa kandungan saya 5 bulan, berat baby masih normal iaitu 500g, masuk bulan ke-6 berat baby terus 910g, bulan ke-7 berat baby 1.67kg, bulan ke-8 berat 2.3kg dan baru2 ni bulan ke-9 beratnya 2.8kg. haaaa.. banyak tak banyak die naik tu. Walaupun berat saya maintain tak naik2 selama 2 bulan, berat baby still naik banyak.
So masuk bulan ke-6 tu doktor suruh control makan, masuk bulan ke-7 doktor terus PANTANG MAKAN NASI DAN BENDA MANIS. KURANGKAN KARBO. Jadi start bulan ke-7 sampai 9 bulan sekarang ni memang saya jauhkan nasi.
Jadi, mula detik tu saya google lah resepi2 yang rendah karbo, makanan2 pengganti nasi untuk isi perut setiap hari dari pagi sampailah kemalam. Kalau nak diikutkan memang kesian kat baby. Tapi terpaksa, kalau tak nanti agak struggle jugak nak bersalin tu kalau besar sangat. Dahla saya ni anak fisrt.
Antara makanan2 yang rendah karbo yang saya makan ialah :
1. Ayam, ikan dan telur.
- Ayam kalau saya masak apa2 saya makan ajelah ayam tu. Ikan jarang ada kat rumah sebab suami tak suka ikan, telur saya pelbagaikan resepi. Murtabak telur, pizza telur, telur gulung dengan sardin, telur rebus dengan salad, purple cabbage dan tomato puri.
2. Daging merah.
- Daging merah pon jarang ada kat rumah. Kalau ada saya masak singgang ke, sup ke, ratah ajelah. Pastikan daging sahaja ye jangan bercampur dengan lemak2.
3. Produk tenusu
- Produk tenusu macam parmesan dan cheddar boleh makan. Biasanya cheese ni saya letak masak buat pizza telur, daging hancur bakar. Tapi jangan ambil susu cair dan yogurt ya. Yang tu sangat tinggi dengan kalori. Susu segar pon saya tak minum. Saya minum susu ESP Shaklee je. Tiada kolestrol dan rendah GI.
4. Sayur-sayuran
- Sayur2 yang biasa saya makan salad, tomato ceri, purple cabbage, mentimun, brokoli. Boleh makan dengan dressing yang low carb seperti kewpie mayonis tu. Thousand island pon boleh letak jugak sikit.
5. Buah-buahan
- Saya masa pregnant memang suka sangat makan buah. Masa tak pregnant jarang makan buah. Macam2 buah saya makan. Tembikai, mangga, betik, pisang, air kelapa, apple, anggur, jambu batu, jambu air, longan, laici, barli dan apa2 yang saya rasa nak makan.
Ini adalah antara beberapa cadangan la. Kalau mommies sendiri rasa tak mampu, kurang tenaga, jangan dipaksa dan jangan terlalu strict sangat takot membahayakan diri dan kandungan. Saya tak kata saya tak makan nasi langsung, saya makan juga, tapi dalam seminggu tu sekali atau 2 kali je saya makan nasi dalam kuantiti 1 sudu besar sahaja. Banyakkan makan lauk2 dan sayur2.
Di samping tu juga saya ambil Set Kehamilan Shaklee yang lengkap dengan protin, kalsium, asid folik, minyak ikan omega 3, vitamin c, iron, zinc, asid amino yang penting. Jadi walaupun saya kurang makan seperti orang biasa, insyaAllah saya dan juga baby dalam kandungan masih dapat nutrisi yang secukupnya.
Untuk makanan pengganti nasi insyaALLAH saya akan update di entry yang lain ya.
Untuk belian produk secara online, klik gambar dibawah.
Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma.
Pengedar Shaklee Bandar Sri Damansara
No comments:
Post a Comment