Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bila disahkan mengandung, perkara paling penting adalah menjaga pemakanan untuk pastikan ibu dan bayi mendapat nutrien yang mencukupi dan supaya bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan cerdas. Tidak kurang juga untuk mengelakkan daripada masalah seperti keguguran, berat berlebihan dan juga diabetes semasa kehamilan.
10 jenis makanan ini merupakan makanan yang terbaik yang perlu diamalkan oleh para ibu semasa mengandung.
1. Kurma
Sebagai tenaga segera kerana mudah diserap dan diproses. Kurma mengandungi kandungan serat yang tinggi malahan dikatakan tiga kali lebih tinggi daripada pisang. Ia sangat sesuai dimakan oleh ibu hamil terutama yang hilang selera makan di awal kehamilan.
2. Buah Tin
Buah tin kering membekalkan enam kali lebih kalori daripada yang basah. Proses pengeringan telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya menjadikan ia lebih kaya dengan pelbagai mineral dan zat galian tetapi rendah sodium.
3. Madu
Madu yang manis ini sememangnya disukai oleh semua orang. Seperti sedia maklum, ia dianggap sebagai ibu segala makanan. Menjadi penawar pelbagai penyakit jika diamalkan meminumnya setiap hari.
4. Delima
Buah delima bagus sebagai antioksida, mengelakkan sakit jantung, menstabilkan tekanan darah. Jika ibu hamil mengalami masalah bacaan Hb darah rendah, memang disarankan makan buah delima atau minum jus delima.
5. Susu Kambing
Khasiat susu kambing memang diakui bagus untuk membantu masalah asma, reumatik, demam kuning dan menguatkan tulang. Petua orang tua mengatakan ibu hamil amat elok minum susu kambing untuk mengelakkan anak terkena kuning atau jaundis apabila lahir.
6. Barli
Berkhasiat sebagai minuman penyejuk badan. Selain itu ia juga bagus untuk membantu ibu hamil melawaskan kencing, masalah sembelit dan mengurangkan risiko kencing manis (jangan campur gula)
7. Saffron
Ibu hamil digalakkan mengamalkan makan saffron untuk mengelakkan bayi terkena demam kuning semasa lahir nanti. Antara khasiat lain termasuk merawat penyakit sawan, demam serta melancarkan pengaliran darah.
8. Tembikai
Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang baik untuk mencegah penyakit terutama kanser. Wanita mengandung yang mempunyai masalah air ketuban kurang juga digalakkan banyak makan buah tembikai.
9. Zaitun
Sapulah minyak zaitun pada perut ibu mengandung, Insha Allah masalah regangan perut akan berkurangan.
10. Halia
Halia terkenal sebagai makanan membuang angin, memanaskan badan dan membantu penghadaman. Selain itu ia juga berkesan mengurangkan rasa loya yang dialami oleh ibu hamil di awal kehamilan selain membantu melancarkan pengedaran darah.
Link berkaitan
Link berkaitan
sumber pa&ma
Untuk belian produk secara online, klik gambar dibawah.
Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma.
Pengedar Shaklee Bandar Sri Damansara
No comments:
Post a Comment