Friday, 12 February 2016

Cara Mengelakkan Stretch Mark dan Kulit Kering Semasa Mengandung

Assalamualaikum dan salam hari Jumaat. 

Semalam saya kongsikan mengenai jenis2 masalah kulit yang dihadapi oleh ibu2 mengandung. Setakat ni saya ada beberapa masalah seperti kulit kering, garisan gelap sepanjang perut, selalu panas dan berpeluh melampau2 tambah2 kalau pakai baju yang bukan jenis cotton dan juga jerawat yang tumbuh dibelakang badan semasa awal kehamilan dulu.

Apa yang boleh kita elakkan, kawal dan kurangkan kita amalkanlah kan. Mana2 yang diluar kemampuan kita untuk mengawalnya, nak buat macam mana. Tapi kebanyakan masalah kulit yang timbul semasa mengandung akan hilang selepas 2 hingga 3 bulan bersalin. 

Harini saya nak share mengenai cara saya mengawal daripada timbulnya stretch mark dan mengawal kulit kering daripada menjadi teruk sampai bersisik2 gitu. Hanya dengan menggunakan Bio Oil dan juga Herbal Blend Multipurpose Cream

hilangkan stretch mark selepas bersalin

Inilah dia rakan karib saya sepanjang tempoh kehamilan yang berusia 7 bulan. InsyaAllah lagi 2 bulan 10 hari kalau tiada masalah apa2 keluarlah anak dara mummy. Bio Oil ni dah masuk botol ketiga dah. Herbal Blend masih lagi 1 tube ni dari sebelum mengandung lagi. 

Untuk elakkan stretch mark, sapukan aje bio oil ni kat badan2 yang berisiko untuk meregang seperti perut lah terutamanya, paha, pinggang, pinggul, breast dan juga lengan. Saya sapu juga di tangan sebab untuk atasi masalah kulit kering dan selalu gatal2 lately ni bila tido. Sapu lepas mandi sekurang2nya 2x sehari. Kalau saya mandi 5x sehari pon saya sapu 5 kali. huhu Bestnya bio oil ni sebab dia wangi dan senang menyerap kat badan. Jadi takde rasa badan kita berminyak walaupun hampir keseluruh tubuh kita pakai. 

Herbal Blend ni plak saya sapu ditempat yang naik jerawat kat belakang badan. Awal2 kehamilan dulu jerawat kat badan naik dengan jayanya. Selepas bulan keempat, die dah tak naik lagi dah tapi adalah parut2 peninggalannya. Sekarang alhamdulillah dah berkurang dah pon. Syukur.. Sapu jugak di kaki lebih2 lagi kat tumit kaki tu. Kaki menampung berat sendiri lagi, berat perut lagi, nak memasak lagi, mengemas lagi segala benda dirumah, so kaki cepat penat, cepat kering, kasar dan senang merekah. Lepas mandi dan masa nak tidur sapu kat kaki. Lembut je kaki tu. Nak hulur kat suami tolong picitkan time lenguh2 tu takdelah malu sangat. Jadi isteri ni semua nak kena jaga. Nak semuanya cantik untuk sentuhan dan juga pandangan suami. 

Bio oil boleh didapati kat mana2 farmasi, Guardian ataupun Watson. Macam2 size ada dan harga depends on size la. Sebelum ni saya beli yang kecik. Yang kecik tu harga dalam RM38 something gitu kot tak ingat dah. Tapi cepat sangat habis sebab banyak pakai kan. Jenuh nak beli sebulan sekali kadang tak sempat sampai sebulan pon. Yang dalam gambar ni RM79.80 rasanya. Tahan la lama sikit. Setakat penggunaan sampai harini alhamdulillah sangat best dan berkesan. Tiada tanda2 stretch mark walaupun sikit dan harapnya tak akan ada lah. Peratus wanita hamil untuk ada stretch mark bukanlah 100% tapi dalam lingkungan 78% - 90% sahaja. Kalau kita prevent awal2 mungkin die takdelah. Kalau ada pon tak banyak sangat so senang nak hilang nanti. 

Oh ya, Bio Oil ni pakai bila dah masuk second trimester ye. 1st trimester tu jangan dulu. Bio oil ni boleh juga guna untuk kulit kering, kulit tak sekata, berparut dan juga anti-penuaan. So far untuk stretch mark dan juga kulit kering, thumbs up! 

hilangkan stretch mark selepas bersalin

Sepanjang tempoh kehamilan ni juga saya ambil Set Kehamilan Shaklee yang mengandungi B-Complex yang lengkap dengan asid folik, Vitamin C, Vitalea, Ostematrix, ESP dan juga Omega Guard (2nd trimester). Ia sangat membantu saya lebih bertenaga, tiada morning sickness, tiada bengkak kaki, bacaan darah normal, tiada sembelit, tiada cramp kaki ke perut ke, simpul biawak ke orang kata takde, tiada alahan, kurang pening kepala, kulit badan dan muka makin glowing, cantik dan cerah lagi tau. ESP, VIT C, Vitalea dan B complex kan Set Kecantikan terbaik. 

Untuk belian produk secara online, klik gambar dibawah.  

hilangkan stretch mark selepas bersalin

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

hilangkan stretch mark selepas bersalin

Pengedar Shaklee Bandar Sri Damansara

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...