Thursday 11 February 2016

10 Jenis Masalah Kulit Ketika Hamil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. 

Selamat kembali bekerja selepas hampir seminggu bercuti sempena Tahun Baru Cina. Semoga segala urusan kita dipermudahkan olehNya. InsyaALLAH amin.. 

Sepanjang tempoh kehamilan, bermacam jenis masalah kulit yang akan ibu2 hadapi. Walaupun bukan kesemuanya, mungkin ada satu atau dua masalah yang akan dihadapi oleh setiap ibu yang mengandung. Walaupun ianya tidak membahayakan kesihatan ibu dan bayi, tapi ibu2 perlu maklumkan kepada doctor sekiranya ibu2 mengalami masalah yang teruk seperti radang, ruam, melepuh yang tidak hilang selepas beberapa hari. Saya senaraikan 10 jenis masalah kulit yang biasa dihadapi oleh ibu hamil termasuklah diriku sendiri. 

jenis masalah kulit semasa mengandung

1. Chloasma (perubahan pigmentasi pada muka dan leher)

Chloasma juga dikenali sebagai "topeng kehamilan". Ia kelihatan sebagai tompok-tompok gelap pada dahi, pipi dan leher. Pada wanita yang berkulit gelap, ia muncul sebagai tompok-tompok cerah. Ia disebabkan oleh peningkatan hormon melanin iaitu hormon yang memberi warna gelap pada kulit. Hormon ini melindungi kulit daripada cahaya ultraviolet.

Pendedahan kepada cahaya matahari akan membuatkan tompokan tersebut menjadi lebih gelap dan lebih jelas, untuk mengatasinya, ibu2 boleh pakai krim pelindung matahari dengan SPF15 atau lebih, pakai topi apabila keluar rumah, jika ianya terlalu ketara, ibu2 boleh cuba selaraskan tona kulit menggunakan bedak asas yang agak gelap. Tapi jangan risau sebab tompokan ini akan mula hilang dalam tempoh tiga bulan selepas bersalin.

jenis masalah kulit semasa mengandung

2. Linea nigra (garisan gelap sepanjang perut anda)

Linea nigra ialah garisan menegak berwarna gelap dengan kelebaran sehingga satu sentimeter yang terbentuk pada tengah-tengah perut, biasanya merentasi pusat. Biasanya ia muncul sekitar trimester kedua yang disebabkan oleh pigmentasi pada kulit di mana otot abdomen meregang untuk memudahkan pembesaran bayi anda.

Garisan pigmentasi ini akan pudar dalam masa beberapa minggu selepas bersalin, tapi mungkin perlu gosok dan sental la sedikit untuk hilangkan kulit kering. Bahagian-bahagian badan lain seperti puting payudara, tahi lalat dan bintik-bintik gelap pada kulit mungkin akan turut mengalami perubahan pigmentasi, tetapi ini juga akan hilang.

3. Kulit berseri semasa hamil

"Seri" semasa hamil bukan sekadar kata-kata. Ketika hamil, kulit menyimpan lebih banyak kelembapan, menjadikannya montok serta menghilangkan garis-garis halus dan kedut yang mungkin ada sebelum ini. Apa yang membuatkan kulit cerah bersinar ialah peningkatan tahap darah yang beredar di seluruh badan. Ini juga kadang-kala membuatkan ibu2 rasa agak panas. Saya hadapi masalah ni. Panas je sokmo. Sampai 1 hari 3-4x mandi. Nak tidur kena sejukkan bilik setengah jam sebelum masuk tidur. Kalau tak, berpeluhhh.. 

Malangnya, kesan sampingan daripada ini ialah ibu2 mungkin nampak sembam akibat penahanan air (water retention) dalam badan. Jika ibu2 mempunyai tompok-tompok merah di bahagian muka, ia juga akan kelihatan lebih jelas.

Namun begitu, jangan cuba kurangkan meminum air kerana badan memerlukan banyak air. Sebaliknya, berehatlah seberapa kerap yang boleh. Sebarang tompok merah yang ada akan berkurangan selepas anda bersalin. Kalau nak tutup, boleh cuba gunakan bedak asas yang lembap.

jenis masalah kulit semasa mengandung

4. Jaringan urat semasa hamil

Jaringan urat (spider veins atau dikenali juga sebagai spider naevi) adalah kapilari-kapilari darah (salur darah halus) yang biasanya kelihatan pada pipi. Ia biasa berlaku pada wanita hamil, terutamanya mereka yang sudah biasa mengalaminya. Ia disebabkan oleh peningkatan isipadu darah dalam badan yang memberi lebih tekanan pada kapilari yang sememangnya lebih sensitif semasa anda hamil.

Untuk mengurangkan kemungkinan jaringan urat ini berlaku, lindungi muka daripada kesejukan atau kepanasan melampau kerana keadaan ini boleh menggalakkan pembentukan jaringan urat. Urat-urat ini akan hilang setelah tahap hormon menjadi stabil semula selepas bersalin.

jenis masalah kulit semasa mengandung

5. Bintik-bintik dan jerawat semasa hamil

Kehamilan kadang-kala boleh mencetuskan pertumbuhan jerawat. Tahap hormon yang tinggi boleh menggalakkan penghasilan sebum iaitu minyak yang membuatkan kulit lebih anjal. Namun terlalu banyak sebum dihasilkan boleh menyebabkan liang-liang muka tersumbat dan mengakibatkan kulit jadi berminyak dan bintik-bintik hitam terbentuk. 

Cucilah muka dengan kerap menggunakan pencuci muka yang lembut, dan gunakan pelembap muka tanpa minyak. Jangan gosok tempat yang berjerawat kerana akan jadikannya lebih teruk.

Elakkan juga dari menggunakan krim jerawat kecuali atas nasihat doktor. Sesetengah krim seperti ini tidak boleh digunakan semasa hamil. Beberapa minggu selepas bersalin, kulit sepatutnya akan kembali kepada keadaan sebelum hamil.

jenis masalah kulit semasa mengandung

6. Tanda regangan

Tanda regangan (stretch marks) ialah garis-garis halus berwarna kemerahan atau kecoklatan (bergantung kepada warna kulit anda) yang biasanya muncul pada perut, payudara dan paha. Ia berlaku kepada kira-kira 75 hingga 90 peratus wanita hamil. Ia disebabkan oleh regangan kulit apabila berat badan semakin bertambah sewaktu hamil.

Tahap hormon yang tinggi turut mengganggu keseimbangan protein pada kulit dan menyebabkan kulit menjadi lebih nipis berbanding biasa. Selepas bersalin, pigmentasi berwarna kemerahan atau kecoklatan pada tanda regangan ini akan beransur pudar dan garis-garis tersebut akan kelihatan lebih cerah daripada kulit di sekelilingnya.

Sesetengah wanita bernasib baik kerana mempunyai kulit yang lebih elastik daripada orang lain. Ini bermakna, mereka tidak akan mengalami tanda regangan. Tetapi bagi kebanyakan daripada kita, ini hanyalah salah satu kesan kehamilan yang harus kita hadapi. Walau bagaimanapun ianya boleh dikurangkan dengan mengelak daripada menambah berat badan terlalu cepat, menyapu minyak atau krim yang kaya dengan vitamin E pada perut untuk menjadikannya lebih anjal, mengamalkan pemakanan sihat yang kaya dengan vitamin E dan C, serta zink dan silika untuk membantu mengekalkan kesihatan kulit.

7. Melecet semasa hamil

Apabila berat badan bertambah, sesetengah tempat pada badan boleh melecet, seperti pada paha atau bawah payudara. Kulit di kawasan tersebut akan menjadi merah dan lembap, kemudian melepuh, dan mengeluarkan bau. Keadaan ini dikenali sebagai intertrigo.

Pastikan kawasan yang terjejas itu sentiasa kering dan gunakan bedak talkum untuk menyerap kelembapan. Pakailah pakaian yang diperbuat daripada kapas untuk menyejukkan kulit dan elakkan memakai seluar ketat atau tights.

Maklumkan kepada doktor mengenai perkara ini tambah2 kalau banyak berpeluh kerana boleh menyebabkan jangkitan fungus atau keputihan. Keputihan perlu dihapuskan sebelum bayi anda lahir kerana ia boleh berjangkitkepada bayi semasa bersalin.

8. Kulit sensitif semasa hamil

Kulit biasanya lebih sensitif apabila hamil, bukan sahaja kerana peningkatan hormon dalam badan, tetapi juga kerana ia lebih lembut dan meregang. Sabun dan bahan pencuci mungkin tiba-tiba menyebabkan kulit pedih dan masalah seperti ekzema menjadi lebih teruk. Kulit juga boleh jadi gatal apabila terdedah kepada cahaya matahari.

Cuba kenalpasti apa yang menyebabkan masalah ini samada ianya disebabkan oleh serbuk pencuci ataupun minyak wangi yang ibu2 guna? Pakai pakaian yang longgar dan diperbuat daripada kapas serta kekalkan kelembapan badan. Berendam terlalu lama dalam tab hangat boleh menyebabkan kulit anda kering, maka jangan lakukannya terlalu lama atau tambahkan minyak mandian kepada air mandian untuk mengekalkan keanjalan kulit. (Tetapi pastikan tidak tergelincir ketika masuk atau keluar daripada tab mandi).

9. Ruam dan kegatalan semasa hamil

Ruam dan kegatalan sementara yang datang dan pergi tanpa sebab-sebab tertentu adalah perkara biasa dalam kehamilan. Peningkatan tahap hormon membuatkan ibu2 lebih sensitif apabila bersentuhan dengan bahan-bahan tertentu yang biasanya tidak mempunyai kesan apa-apa. Contohnya mungkin lebih sensitif terhadap klorin dalam kolam mandi.

Keputihan, yang menyebabkan kegatalan pada faraj, dan buasir, yang menyebabkan kegatalan pada dubur, juga lebih mudah berlaku semasa hamil. Pakailah pakaian ringan dan longgar yang diperbuat daripada kapas untuk menyejukkan kulit. Bincang dengan doktor mengenai rawatan yang selamat digunakan sekiranya mengalami keputihan dan buasir. Untuk menghalang buasir, ibu2 perlu meningkatkan pengambilan serat dalam pemakanan.

Bagi masalah lain, menyapu losyen kalamine dapat mengurangkan kegatalan. Jika ruam atau kegatalan berlarutan lebih daripada dua hari, dapatkan nasihat daripada doktor.

10. Kegatalan yang teruk ketika hamil

Rasa gatal yang teruk pada seluruh badan, terutamanya pada waktu malam, serta gatal pada tapak tangan dan tapak kaki boleh jadi tanda satu penyakit hati yang jarang berlaku. Penyakit ini dikenali sebagai obstetric cholestasis dan hanya berlaku kepada wanita hamil. Ia biasanya berlaku dalam trimester ketiga, dari kira-kira minggu ke-28 kehamilan dan biasanya hilang dalam masa tiga minggu selepas bersalin.

Walaupun penyebabnya tidak diketahui, dipecayai bahawa tahap estrogen yang tinggi semasa hamil boleh menghalang hati daripada berfungsi dengan betul dan menyebabkan peningkatan tahap garam hempedu. Kegatalan ini boleh jadi terlalu teruk dan kadang-kala tidak dapat dikawal. Walaupun anda mungkin bimbang kerana hati tidak berfungsi dengan baik, namun obstetric cholestasis tidak membahayakan kesihatan.

Namun begitu, risikonya pada bayi adalah kurang jelas. Kajian awal yang dilakukan dalam tahun 1970an mengaitkan keadaan ini dengan bayi meninggal dalam kandungan, tetapi bukti-bukti baru menunjukkan bahawa risiko bayi meninggal dalam kandungan tidak bertambah jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mengalaminya. Tiada bukti juga yang menunjukkan obstetric cholestastis menjejaskan perkembangan bayi atau menyebabkan kecacatan. 



Jangan lupa untuk dapatkan set kehamilan dari shaklee. Apa yang menarik ialah set2 ini juga boleh diambil semasa menyusu dan berpantang tapi dengan tambahan beberapa produk seperti zinc untuk cepatkan luka bersalin kering, alfalfa untuk milk booster, lecithin untuk elakkan bengkak susu dan omega untuk kuruskan badan ibu semasa berpantang. 

Untuk belian produk secara online, klik gambar dibawah.  


Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 


Pengedar Shaklee Bandar Sri Damansara

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...