Saturday, 27 February 2016

10 Makanan Untuk Kulit Yang Cantik dan Licin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam hujung minggu kepada semua pembaca. Doa saya semoga semua diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan seharian, bahagia bersama keluarga tersayang dan dilimpahruahkan rezeki yang halal. InsyaALLAH Amin... 

Walaupun sekarang ni banyak sangat produk2 untuk kecantikan, sampai kita sendiri pon dah keliru nak consume yang mana, tapi jangan dilupakan juga pengambilan makanan yang baik juga penting untuk kita mengekalkan dan mengembalikan kecantikan wajah ciptaan Allah SWT ini. Orang kata kecantikan hak milik setiap insan. Haaa gitu kan. So kenalah jaga betul2.. 

Ini adalah makanan yang boleh diambil untuk mendapat, mengekal dan mengembalikan kecantikan kulit wajah. 

1. Coklat Gelap

Makanan yang kaya dengan antioksidan, asid lemak dan flavanols yang membantu memberikan kulit yang bersinar. Antioksidan dalam coklat gelap dapat membantu mengurangkan kekasaran kulit dan melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari. Selain itu, koko menenangkan arteri jantung, menambahkan peredaran darah yang menjadikan kulit lebih sihat. Hari2 makan pon takpe kalau yang ni kan. Heee. 

2. Bayam


Bayam adalah makanan yang sihat dan kaya dengan nutrien yang harus dimasukkan ke dalam makanan seharian. Ia merupakan sumber terbaik untuk zat besi, folat, chlorophyll, Vitamin E, magnesium, Vitamin A, fiber, protin tumbuhan, dan Vitamin C. Ia sangat bagus untuk kulit kerana kebolehan antioksidanya serta Vitamin A, C dan E. Dengan pengambilan bayam ke dalam makanan, ia dapat membersihkan kulit dari dalam.

3. Betik


Betik merupakan buah yang mengandungi pelbagai manfaat. Ia sangat rendah kalori (hanya 39 kalori dalam setiap 100g) dan juga langsung tidak mengandungi kolestrol. Bagi mereka yang sedang cuba untuk mengurangkan berat badan, bolehlah mencuba memakan betik setiap hari untuk memaksimumkan manfaat kesihatannya.

Betik rendah fruktosa dan sangat bagus untuk penghadaman. Nutrien antioksidan yang terkandung di dalamnya berserta Vitamin C dan E serta beta-karoten sangat baik untuk mengurangkan keradangan dan jerawat. Vitamin C juga dapat melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran cahaya matahari.

4. Biji-bijian 


Biji Chia, biji bunga matahari, biji labu, dan biji flaks sangat baik untuk kulit. Biji labu dan bunga matahari kaya dengan selenium, Vitamin E, magnesium dan protin. Selenium dan protin dapat menghindari kedutan kulit, manakala Vitamin E dapat menambahkan kelembapan kulit dan magnesium pula dapat menurunkan tahap tekanan anda. Asid lemak Omega 3 yang terkandung dalam biji flax dan chia sangat bagus untuk melawan kedutan dan jerawat.

Hanya taburkan bijian ini di atas hidangan sama ada secara bakar, atau makan sahaja macam tu dan nikmati keenakannya untuk kulit yang hebat. Cara lain boleh juga tabur ke dalam yogurt atau salad yang dimakan.

5. Lobak Merah

Bukan sahaja baik untuk mata, lobak merah juga baik untuk kulit. Ia sangat bagus untuk membersihkan cela akibat jerawat. Lobak merah kaya dengan Vitamin A dan dapat menghindari lebihan pengeluaran sel di lapisan luar kulit dimana ia menjadi tempat sebum berlebihan bergabung dengan sel kulit mati lalu menutup pori-pori kulit

Vitamin A yang terdapat di dalam lobak merah juga dapat mengurangkan pertumbuhan sel barah kulit. Jadi kalau boleh pastikan memakan separuh cawan baby carrot setiap hari untuk kulit yang cantik.

6. Minyak Kelapa


Minyak kelapa adalah salah satu sumber lemak saturat yang paling tinggi iaitu lebih kurang 90% kalori seperti lemak saturat. Ia mengandungi asid laurik, agen antibakteria yang sangat hebat yang menghalang virus, jangkitan, keradangan dan jerawat. Minyak kelapa juga kaya dengan asid lemak asas dan vitamin E, yang lengkap untuk menjadikan kulit lembab, lembut dan bebas kedutan.

7. Teh Hijau


Teh hijau merupakan sumber antioksidan yang sangat baik, juga asid amino yang unik, L-theanine yang membantu menenangkan badan dan mengurangkan tekanan. Apabila teh ini dalam keadaan panas, ia akan mengeluarkan catechins, sejenis antioksidan yang terbukti sebagai anti-barah dan anti-keradangan. Teh hijau juga mungkin dapat mengurangkan risiko mendapat tekanan darah tinggi. Minum 3 cawan atau lebih setiap hari untuk hasil yang memuaskan.

8. Lada Benggala Merah

Cili Benggala Merah ini adalah salah satu sayuran lazat yang boleh dinikmati sama ada secara mentah atau dimasak. Sebiji cili benggala mengandungi lebih daripada 100% keperluan vitamin C harian. Ia juga mengandungi sejumlah fiber dan vitamin B6. Tambahan pula, ia juga kaya dengan carotenoids yang dapat membantu menghalang kedutan kulit dan meningkatkan peraliran darah terhadap kulit, menjadikannya lebih muda. Carotenoids dalam cili ini juga bagus untuk menentang jerawat.

9. Saderi


Ramai di antara kita yang memandang rendah terhadap sayuran ini, tetapi saderi mengandungi Vitamin K yang membantu menyihatkan peredaran darah dan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Ini akan mengurangkan tahap tekanan anda, dan seperti yang diketahui tekanan dapat menyebabkan kulit yang tidak sihat, migrain dan juga barah.

Saderi juga mengandungi sodium semulajadi, potasium dan air, dan membantu untuk menghalang dehidrasi. Kulit yang dehidrasi bermakna kulit yang kering, berkuping, berkedut dan juga berjerawat. Pastikan anda mengambil saderi setiap hari atau sekurangnya dua hari dekali. Lagipun, saderi sangat rendah kalori bagi mereka yang menjaga kandungan kalori makanan

10. Salmon

Ikan salmon adalah makanan bagus untuk menetang tekanan, kemurungan dan kebimbangan. Salmon juga membekalkan kebanyakan vitamin yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Seperti yang sudah diketahui, vitamin D bertanggungjawab untuk mengekalkan jantung, tulang, kolon dan otak yang sihat. Ia juga dapat membantu menghalang barah kolon, kemurungan, penyakit hati dan tulang.

Salmon juga kaya dengan lemak asid omega-3 yang handal menangani keradangan, kedutan dan jerawat. Kandungan omega-3 yang tinggi juga membantu melembabkan kulit dari dalam. Lagi pula, memakan salmon membuatkan kulit kepala lembab seterusnya menjadikan rambut kuat dan sihat.

sumber fuh.my

Bagi yang dapat makan makanan2 kat atas ni setiap hari baguslah. Tapi bagi yang culas, boleh mengambil Set Kecantikan Shaklee. 


pengedar shaklee bandar sri damansara

Bagi yang ada masalah jeragat pada wajah, boleh cuba Set Jeragat Shaklee. 


pengedar shaklee bandar sri damansara

Untuk anti-penuaan pula, pastinya dengan vivix yang lengkap dengan resveratrol dan polifenol gabungan daripada ekstrak anggur muscadine, purple carrot, elderberry dan juga polygonum cuspidatum.

pengedar shaklee bandar sri damansara

Untuk belian produk secara online, klik gambar dibawah.  

hilangkan stretch mark selepas bersalin

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

hilangkan stretch mark selepas bersalin

Pengedar Shaklee Bandar Sri Damansara

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...