Tuesday, 3 March 2015

Resepi Stew Ayam Ringkas dan Marvelous

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. 

Okay settle makan lunch untuk hari ini. Alhamdulillah. Since kawen ni memang selalu sangat lah memasak kat rumah. Dah jadi hobi plak memasak. Pompuan biasalah kan. Kemana pon tetap kedapur jugak.. huhu Selagi suami dan anak suka, makanan bersih dan selamat untuk dimakan, should be okay la kan.. Air tangan sang isteri tu yang menyedapkan lagi makanan.. ye dok? kikiki 

Okaylah hari ni am nak share resepi stew ayam. Stew ayam ni memang sedap, ringkas dan senang untuk dimasak. Sebelum ni am tak pernah masak dan makan pon stew ayam ni. Tahu pon sebab masa zaman-zaman berkawan dengan husband dulu. Dia selalu masak stew ayam. Actually anything yang ada ayam die suka makan. So, dah jadi isteri belajarlah masak ayam pelbagai resepi. Sedap ke tak, so far alhamdulillah sedap. 

resepi stew ayam ringkas
Bahan-bahan stew ayam

Ini adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak stew. Actually am jenis masak main agak je. Takdelah detail sangat. Kalau rasa kurang tu tambah je la. 

Bahan-bahan
1. 5-6 ketul ayam 
2. 1 biji kentang (potong 8) 
3. Separuh biji lobak merah (potong bulat)
4. 3 kuntum bunga cengkih
5. 1 kuntum bunga lawang
5. 1 batang kulit kayu manis
6. Garam
7. Serbuk lada sulah 
8. Tepung jagung (kacau dengan air)
9. Sedikit air 
10. Ajinamoto (optional) 
11. Minyak untuk menggoreng
12. Bawang holland (potong wedges) 

Cara-cara : 
1. Perapkan ayam dengan garam dan lada sulah selama 5 minit. 
2. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap tadi sehingga masak. 
3. Bila ayam dah hampir masak, buang minyak dan tinggalkan sedikit sahaja minyak. Kemudian masukkan bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis. 
4. Masukkan air (ikut banyak mana nak kuah)
5. Masukkan ayam, kentang dan carrot. Biarkan mendidih seketika. 
6. Masukkan 1 1/2 sudu teh garam dan 1/2 sudu teh ajinamoto dan masukkan bawang besar
7. Masukkan tepung jagung (ikut kepekatan yang anda suka)
8. Biarkan mendidih seketika dan rasakan. Jika kurang garam, tambah ikut kesesuaian. 
9. Siap untuk makan. 

resepi stew ayam ringkas
Stew ayam siap untuk dijamu

Inilah dia rupa stew ayam am. Anak am armee pon suka makan. Dengan potato sekali dia makan. Makan sikit "ermm sedaplah mummy masak" ngeee.. berbunga-bungalah hati mummy.. So, to mommies boleh la try atau mereka yang tak suka makan pedas, boleh try menu ni. 

Thank you.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...