Friday, 27 March 2015

Resepi ESP Dengan Season Soy Bean

Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada semua. 

Hari ni am nak share resepi esp dengan soy bean. Boleh je guna mana-mana brand soy bean. Am pakai yang brand season. Kelmarin masa husband kat luar am mintak tolong husband belikan soy bean 1 tin. Rasa macam nak minum sejuk sebab am demam selesema dah 4-5 hari dah. Pening kepala pulak mencucuk-cucuk bagai nak rak. Syafakallah. Husband balik dia belikan yang dalam kotak yang besar tu. Jadinya pagi semalam am try lah buat resepi baru esp pakai soy bean ni. Biasanya sebelum ni am minum plain je esp ni dengan air sejuk. Sedap jugak rasanya. Bila campur dengan soy bean lagi subhanallah sedapnya. Kenyang pon memang kenyang lama. Am bancuh sampai 400ml boleh 2x minum. Simpan dalam peti ais. Lagi sejuk lagi sedap. Am minum esp dengan soy bean memang sangat kenyang sampai lupa nak makan. Pukul 7 petang baru makan. Hebat tak? 

Cara untuk buat resepi esp dengan soy bean ni adalah masukkan 200ml soy bean, 2 scoops esp pastu shakes sampailah esp tak berketul. Kalau pakai shaker shaklee bagus sebab shaker esp dalam tu ada spring dimana fungsinya untuk mempercepatkan proses menghancurkan esp walaupun dengan menggunakan air sejuk. Efficient lah. Lepas tu bukak shaker and then tambahkan soy bean fill up to 300-400ml lagi. Jangan masukkan terus soy bean 300-400ml sebabnya takut susah untuk shakes nanti. 

pengedar shaklee damansara
Resepi ESP dan soy bean
Haaa inilah dia rupa resepi esp dengan soy bean. Am pakai shaker shaklee tu. Sebenarnya lagi elok minum esp plain je dari campur dengan mana-mana minuman lain. Sebabnya bila dah campur kandungan calories tu dah bertambah. Tapi bagi mereka yang memang tak lalu minum esp plain, am cadangkan buat resepi esp dengan soy bean ni. Sedap, kenyang, dan bertenaga. 

Untuk membeli ESP secara online, klik disini

Saya merupakan pengedar Shaklee di Bandar Sri Damansara. Untuk belian secara online, klik DISINI.

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi saya di talian berikut :

Your Shaklee Independent Distributor 

Shaklee ID : 1003214 
E-mail : vitaworldshop@gmail.com 
FB Page : Vita World Shop 
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 012-2570456
Instagram : @amaniehassan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...